Bab 6

86 7 0
                                        

ROSE terkial-kial menjahit pinggang seluar slacknya yang agak besar itu. Bukannya dia salah memilih saiz, tetapi apabila muat-muat di pinggang, ketat di kaki pula. Rose tidak suka memakai seluar yang terlalu 'menyeksakan', ianya akan menyukarkan dia untuk bergerak. Jadi mahu tidak mahu, Rose ambil sahaja saiz yang berbeza, dan dia kecilkan pinggang seluar di hostel.

"Kenapa hang tak hantaq tailor ja Rose?" tanya Misha sambil mengunyah keropok di atas katil.

"Nak hantar tailor apanya Cik Misha oi. Esok nak pakai dah, kan tadi baru beli? Bila masa pulak nak siapnya." geleng Rose.

Misha tersengih-sengih. Betul juga apa yang rose katakan. Bila pula mahu siap nanti?

"Mesti best kan jadi hang? Kerja Isnin sampai Jumaat ja. Balik pukul enam tiap haghi. Bos pulak helok." Misha tersenyum-senyum siput sambil memeluk bantal. Barangkali membayangkan wajah Encik Isaac Lozano.

Rose tersenyum sinis. "Takda nya balik pukul enam tiap haghi, Isnin Jumaat. Hang tak tau kerja jadi assistant ni macam mana. Kena ikut pungkok dia ke hulu ke hiliq. Baik kirja housekeeping tu ha, kemas hotel, topap barang, sekian-sekian. Senang."

"Ala, tapi bos hang helok.. kalau aku jadi hang, dengan suka rela aku ikut dia." juih Misha.

"Eh gatalnya kau, aku bagi tahu Johan." jengkel Rose sambil menuding jari. Gatal!

Misha membuat muka. "Ala bukan selalu pun aku merenyam. Tiga tahun sekali.."

"Eeee tak faham aku. Dah ada boyfriend pun dok macam tu perangai. Aku report kat Johan."

"Ala, jangan lah Rose. Kami gurau jaa."

Rose menggeleng kecil. Dia menyimpan semula alatan jahit itu di bawah katil dan menyediakan uniform untuk esok harinya. Setelah siap menggosok baju, tudung dan seluar slack, Rose mula merebahkan diri di atas katil. Esok hari dia dan Isaac ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu meeting di sana. Mujur sahaja Kuala Lumpur dan Morib tidak jauh mana.

Tepat pada pukul lima setengah pagi, Rose bangkit dari lena. Mengambil baldi, alatan mandi dan tuala terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selepas itu, dia mula solat subuh di pagi hari sebelum menyarung pakaiannya. Wanita itu bernyanyi kecil sambil menyolek diri di depan cermin kecil yang dia sandar di atas katil.

Senyumannya lebar menatap diri di depan cermin. Entah apa yang membuatkan dia semakin bersemangat untuk bekerja, apakah kerana dia mendapat bos yang tampan? Eh? Mungkin juga? Lagi pun siapa tidak suka melihat ciptaan Allah yang hampir sempurna bukan?

Rose sedikit gemuruh pada hari ini, kerana buat pertama kalinya dia perlu mengikut Isaac untuk ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat di Navaro group.

Wanita itu mula menyimpan segala barang yang dia perlu bawa untuk bekerja. Bag laptop, botol air, buku nota, telekung, fail-fail kerja dan sebagainya. Angka enam lima puluh pagi dia bergerak dari hostel untuk menuju ke ofis.

Masa yang diperuntukkan untuk dia bersiap setiap pagi cukup-cukup untuk Rose. Bermakna memang dia perlu bangun pada pukul lima setengah pagi setiap hari bekerja. Maklumlah, masuk office pukul tujuh pagi. Bayangkan jika Rose sudah duduk di luar hotel nanti, pastinya dia perlu bangun pada pukul lima pagi untuk menggantikan waktu dan tempoh menunggang ke tempat kerja.

Terperanjat dia apabila mendapati Isaac sudah berada di dalam office terlebih awal darinya. Lelaki itu sedang sibuk menyiapkan kerja di meja yang luas itu dengan mata yang separa terbuka. Mengantuk barangkali?

"Morning boss, awal hari ni?" tegur Rose lalu meletakkan barangnya semua ke dalam biliknya sekejap.

"I tertinggal Macbook kat office semalam. Then ada kerja tak siap pulak, hmn." Isaac menggeleng kecil. Hampa dengan kesalahan sendiri.

BOSS : Isaac Navaro.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang