HARI ketiga pun bermula, awal pagi lagi Rose sudah bangun dari tidur dan menunaikan solat Subuh. Selesai mandi, wanita itu mula bersolek sakan di depan cermin untuk pergi ke tempat kerja. Dia mengeluarkan baju kurung yang sudah dia gosok malam tadi lalu menyarungnya. Lengkap bertudung bawal cotton menghiasi kepala.
Kemudian Rose mula menyarung sandal nya dan mengunci pintu bilik asrama pekerja itu, membiarkan Misha masih lagi di buai mimpi dengan air liur basi. Perjalanan ke pejabat tersangatlah dekat kerana Rose masih lagi menetap di dalam kawasan hotel.
Angin pagi yang dingin memberi kesegaran kepada wanita itu, dia berjalan sendirian di lobi sambil menikmati mood pagi dan berdoa supaya segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada debaran di hati, tetapi Rose tetap perlu menempuhinya jua.
Dia bersyukur kerana masih diberi rezeki mendapat pekerjaan selepas dilanda musibah. Allhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Dan diakui hidupnya kini lebih tenang berbanding dahulu ketika dia bekerja di Kuala Lumpur. Ketenangan pantai dan kehidupan ceruk kampung memang sangat kena dengan jiwa Rose yang haus kan kedamaian.
Wanita itu mula sampai di dalam office pada pukul tujuh pagi. Hanya ada segelintir sahaja staff yang juga sepertinya memacak diri pada awal pagi. Sempat Rose dan Irdina bertegur sapa di koridor kawasan pengurusan sebelum wanita itu hilang ke depan pintu office Isaac.
Rose mengeluarkan buku nota kecilnya dan menekan kod angka keselamatan di pintu itu ambil pandangan selang seli dari buku ke pintu. Setelah lampu hijau menyala, Rose menolak pintu tadi dan melangkah masuk.
Keadaan office yang gelap membuatkan Rose sedikit cuak. Dia mencapai suis lampu dan menyalakannya hingga terang berderang. Wanita itu mencekak pinggang melihat suasana pejabat untuk mencari kerjaan di pagi hari.
Dia mula membuka lampu bilik kecilnya dan meletakkan tas di atas meja lalu kembali ke office Isaac. Rose mula mengemas apa yang patut, merapikan file, menyapu lantai, mengelap habuk. Sedar tidak sedar baki sepuluh minit lagi hendak pukul lapan.
Segera Rose menuju ke pantri dan menyiapkan kopi. Tergaru juga kepalanya berfikir tentang kopi apa yang Isaac suka. Dia bimbang jika lelaki itu marah kalau-kalau kopi yang dia hidangkan tidak masuk dek anak tekak. Sempat Rose menelefon Sabrina untuk kepastian.
"Hello Puan Sabrina. Err.. I nak tanya, boss suka minum kopi apa ya? ha? Tak, takde lagi kopi tu. Oo yeke? Masuk lusa lah kalau macam tu kan? So buat je Nescafe ea? Takpe ke? Dia tak marah? Okay puan. Terima kasih." Rose mematikan talian. Dia meletakkan telefonnya di atas meja dan melepaskan satu keluhan.
Apa yang dia dapatkan dari Sabrina ialah.. Sebenarnya Rose tidak faham kerana kata Sabrina yang Isaac suka minum sejenis kopi yang sekian-sekian dan dibuat dari mesin kopi yang special. Yang menjadi masalahnya kopi dan mesin-mesin sekali masih belum tiba, lusa baru sampai. Dan kata Sabrina hidangkan dahulu Isaac kopi biasa.
"Okay kaya, biasalah. Harap kau tak mengamuk lah kopi mahal kau tak sampai hari ni.." Rose membecok sendirian sambil membuat kopi Nescafe 3 in 1.
Wanita itu membawa mug tersebut masuk semula ke dalam office Isaac dan meletakkan mug itu di atas meja. Serentak itu kedengaran kod pintu ditekan dari luar, ia menimbulkan debaran di hati Rose.
Isaac mula melangkah masuk ke dalam office sambil menggalas beg dan juga membawa blazer. Dia memandang Rose yang tercegat di meja.
"Morning Rose,"
Rose cair sekejap. Lama dia memandang bosnya itu. Ketampanan Isaac semakin mengganggu fikirannya. Aish, bahagia mata aku kalau tengok dia hari-hari.
"Morning boss." balas Rose.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOSS : Isaac Navaro.
RomanceRose Hannan, wanita yang lari dari masa lalu itu menjadi assistant kepada Isaac Lozano selepas pertukaran pemilik hotel yang dia bekerja. Dari seorang housekeeping kepada pembantu peribadi. Bekerja di bawah Isaac Navaro yang liar itu bukan mudah, le...
