Bab 5

91 2 5
                                    

ROSE bernyanyi kecil sambil menjinjing satu plastik berisi bekas polisterin makanan melalui koridor hotel sendirian untuk menuju ke asrama pekerja di bahagian belakang. Apabila melalui kawasan yang berdekatan dengan kolam, telinganya dapat mendengar beberapa kali percikan air, seakan ada yang berenang di malam hari.

Wanita itu mula cuak, dia melihat angka jam di telefon sendiri sudah menunjukkan memang malam benar dan tidak sesuai untuk penginap bermandi-manda. Takkanlah hantu?

Berderau darah Rose sekejap. Hotel ini agak keras sebenarnya dan tipu lah dia dan staff lain tidak mengalami banyak gangguan dan penampakan. Kadang disebabkan terlalu biasa, Rose tidak begitu mengambil peduli tentang gangguan itu semua kerana dia akan menjauh dan mengelak sahaja.

Tetapi yang menjadi masalahnya, satu-satunya jalan yang dia perlu lalui ialah jalan ke kolam tersebut juga. Ya Allah, janganlah muncul mambang air pulak.

Sempat Rose panik sekejap lalu mencari kekuatan untuk melangkah pergi. Perlahan-lahan kakinya di atur dengan mata yang bulat memandang ke hadapan. Plastik itu digenggamnya erat, menyediakan diri untuk menyertai sukan lari pecut  jika tertampak bayangan asing.

Namun ketakutan tadi terus hilang apabila benar ada manusia yang berendam sakan di sana.  Mamat ni gila ke mandi kat sini malam macam ni? Dasar mambang air!

Isaac yang sedang meraup wajah itu terpandang seorang wanita yang memakai tudung sarung dan mata sembab, berdiri tidak jauh dari kolam. Mahunya terperanjat dia melihat kehadiran Rose di situ. Mat lampir!

Mata mereka berdua bertembung.

"Apa bos buat kat sini?" tanya Rose berkerut sambil mencekak pinggang. Gila ke?

"Berenang. Takkan tanam betik?" Isaac menjeling, meneruskan aktiviti berendamnya.

Ei kau ni. Rose menjuih dan berjalan merapati kolam. Rumah kau takde kolam ke jah?

"Bos, sekarang dah malam lah.. Mana boleh mandi kolam." Rose berkerut sambil mencekak pinggang memandang Isaac yang sedang berenang-renang di dalam kolam hotel .

"I own this place." Isaac membalas selamba dan bongkak.

"Eee, tahu. Bos.. Naiklah.. I risau apa-apa jadi kat bos.. Bos tak tahu ni tempat apa." Rose mengibas-kibas tangannya menyuruh bosnya naik.  Mencangkung simpuh di tepi.

Isaac menggeleng kepalanya. Dari hujung kolam dia berenang menuju ke arah Rose yang menunggu di sisi lain. Isaac mendarat di tabir kolam dan memandang Rose.

Rose melarikan pandangannya. Aduh mamat ni, buat scene booktok pulak. Aku tahu kau handsome.

"Apa besar sangat masalah kalau I mandi malam macam ni?"

Rose terdiam melihat lengan Isaac yang berurat dan berotot itu. Tangan Isaac begitu sasa sehingga membuatkan Rose terdiam. Tattoo burung dan beberapa lagi tattoo lain itu jelas terukir di lengan Isaac. Pertama kali dia melihat Isaac dalam keadaan begini. Ni kalau dia cepuk muka dengan lengan dia ni mahunya aku pengsan seminggu..

"Bos naik dulu please.." kata Rose bimbang.

"No, bagi tahu I. Kenapa?" kepala Isaac dilentokkan sedikit, matanya kecil merenung Rose.

Rose terdiam seribu bahasa, sekali lagi dia semakin tergoda dengan bos sendiri. Ya Allah. Tak selamat iman aku yang senipis bawang takoyaki ni kalau aku kerja bawah dia. Aku ni dah la alim-alim kucing, kalau kena ngorat komfem aku terbabas punya.

Isaac tersenyum nakal melihat mata Rose yang membulat mengalihkan pandangan ke arah lain. Dia tahu Rose tergoda. I mean who doesn't?

Wanita itu menjauh sedikit dari dirinya.

BOSS : Isaac Navaro.Where stories live. Discover now