Bab 10

71 4 3
                                    

ROSE menekan kod kunci keselamatan di pintu dan membuka bilik kerja Isaac. Tercengang dia melihat bilik Isaac yang agak bersepah dengan timbunan kertas dan file. Wanita itu menggeleng kecil. Dia membetulkan sedikit baju koporatnya yang agak ketat itu lalu memulakan kerja mengemas. Masih ada lagi baki setengah jam sebelum Isaac masuk kerja.

Wanita itu bermula dari meja kerja. Dia mengemas dan menyimpan semula segala file di dalam laci dan rak yang ada di belakang meja. Segalanya dia susun rapi. Macbook Isaac juga dia biarkan di tengah meja. Sempat wanita itu mengelap kesan cawan kopi yang sedikit tertumpah di atas meja.

Wanita itu mula membuka laci-laci meja dan merapikan segalanya. Laci terakhir dia buka, dan sekelip mata wanita itu menutup semula laci tersebut dengan laju. Mata Rose membulat.

Perlahan-lahan Rose membuka kembali laci itu kembali. Ada beberapa pek 'stoking getah' yang sudah dibuka. Dan ada yang masih rapi di dalam kotak. Mujur sahaja isi dalam sudah hilang dan gagal ditemui. Gila apa Isaac ni? Aku hampir lupa dia mamat import..

Wanita itu mengambil dan membaca plastik jenama 'Durex' itu. Kotak Durex berwarna beige bertulis Nude itu juga Rose teliti. Terus mukanya berbahang dan tercengang. What the fish? "Crap sia, kenapa lah aku kerja dengan orang macam ni?"

Rose mengutip plastik stoking getah itu dan menyimpannya. Dia tidak boleh buang sebarangan. Aib bos ni.

Sebaik sahaja Rose menyiapkan segala benda. Dia meletakkan cawan kopi yang ditutup di atas meja. Agak jauh dari Macbook lelaki itu. Setelah segalanya bersih dan kemas, Rose kembali ke biliknya sebelum Isaac masuk.

Rose mula mencuba segala jenis pendrive yang dia jumpa di dalam kotak itu. Ada beberapa pendrive yang dia format dan ada juga yang dia satu kan di dalam pendrive yang paling besar pengisian nya. Tanpa dia sedari, dua jam telah berlalu dan dia tidak perasan pula yang Isaac masuk ke dalam office hari ini. Mungkin lelaki itu sibuk lagi.

Wanita itu mula teringat akan sesuatu. Dia menyeluk sakunya dan mengeluarkan plastik stokin getah tadi lalu dia letak di atas meja. Rose mencari-cari kertas kosong untuk dia balut barang terlarang itu. Mujur sahaja dia tidak terlupa.

Selembar kertas A4 dia letak di atas meja. Rose meletakkan sama plastik benda tadi di atas kertas itu. Belum sempat dia ronyok segalanya, Isaac masuk ke dalam bilik kerjanya.

Mata Isaac terarah pada atas meja Rose, menghulurkan tapak tangannya "Bak sini benda tu."

Rose terdiam seribu bahasa. Perlahan sahaja rentaknya meletakkan benda itu di tangan Isaac.

Isaac menghela nafas berat, dia simpan barang itu ke dalam poketnya. Kemudian pandangannya naik pada Rose yang terdiam. Situasi yang sangat akward.

"Seroja, Morib Bay ada rumah kosong. 250 K.. tiga bilik dua bilik air.. Tu kalau you nak buat personal loan.. tapi kalau nak menyewa dalam tujuh ratus sebulan. Tak sampai sepuluh minit dari sini.. Kalau you nak. Gold coast pun ada apartment. Tapi I suggest yang ni untuk you." suara garau Isaac bergema semula sambil menyeluk saku untuk menyimpan benda tadi.

"Mana bos tahu I cari rumah?" tanya Rose curiga.

Isaac terdiam, sorotan matanya dia alih ke tepi. Mencari ayat. "Nak ke tidak?"

"I ada cari rumah kat situ jugak tapi diorang kata full." Rose menggaru kepalanya, dia buntu dengan pencarian rumah.

"Untung kerja bawah big bos, banyak cable. Kalau you nak nanti I cuba dapatkan. I rasa deposit dalam seribu lapan ratus macam tu." Isaac mengira-ngira dalam benaknya. Boleh lah dia mencari duit lebih untuk membayar semula hutangnya.

BOSS : Isaac Navaro.Where stories live. Discover now