SUDAH hampir tiga minggu Rose bekerja. Masih banyak lagi perkara yang perlu dia belajar tentang Navaro Group dan sebagainya. Adakalanya Isaac menyuruh dia untuk membantu Sabrina sahaja kerana lelaki itu sibuk ulang-alik dari Morib ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Kadang-kala hampir tiga hari Isaac tidak masuk pejabat.
Siapa kata menjadi pengurus tidak sibuk? Ini dia.
Oleh disebabkan itu, sampai satu tahap. Rose pula yang disidai lama tergapai-gapai dengan pekerjaan sendiri. Lagipun urusan kerja dan hotel kebanyakan di uruskan oleh Sabrina, sementara skop kerjanya lebih banyak menguruskan hal peribadi Isaac sahaja.
Sampai dia juga keliru adakah dia assistant yang berkhidmat untuk kompeni ataupun personal assistant yang hanya berkhidmat untuk lelaki itu sahaja.
Pada awal pagi lagi dia menjadi runner antara bos-bos di bawah Isaac untuk mengumpul maklumat dan proposal baharu. Kerja macam senang tetapi dia yang perlu menjawab apabila kerja-kerja orang bawahan Isaac tidak siap pada masanya.
Sebaik sahaja file-file data dan proposal itu mendarat di atas meja Isaac, lelaki itu terus membuat kerja yang tidak kalah banyaknya. Manakala dia pula menguruskan hal lain bersama Sabrina.
ROSE Hannan berjalan sambil menyising lengan bajunya, sambil itu sempat dia menjeling jam tangan di belah kiri. Ada lagi dua puluh minit berbaki sebelum waktu rehat nya tamat.
Ketika wanita itu melalui kawasan lobi dan menjejak berdekatan dengan meja receptionist, dia mengabaikan sahaja seorang wanita yang berada di depan kaunter tersebut.
Rose mengundur setapak dua dan menjatuhkan pandangan pada staff yang bertugas itu. Setelah dipanggil lagi sekali, barulah wanita itu maju mengorak langkah ke kaunter dan berdiri di sebelah wanita berpakaian ketat tadi.
Melongo sekejap Rose dibuatnya, matanya bulat memandang wanita di hadapan kaunter itu. Dengan rambut yang panjang gulung-gulung ala artist lagi.
"Macam bidadari.. Fuh."
"Yes miss, Welcome to Pearl Hotel. May we help you?" senyum Rose pada wanita jelita tadi. Helok betul awek ni, aku pulak yang tak betul tengok dia arf..
Sekar juga menghadiahkan senyuman kecil kepada wanita bertudung itu. "Hello. Nice to meet you miss?"
"Rose," Rose menghadiahkan salam ramah kepada wanita di hadapannya ini. Memang Rose akan menjadi ramah dan sopan apatah lagi apabila berhadapan dengan client. Walaupun tidak ada kepastian apakah wanita di depannya ini ialah penginap di sini atau tidak.
"Miss Sekar, if you nak jumpa Encik Lozano, you boleh berurusan dengan Rose. Dia assistant Encik Lozano." Staff kaunter itu menerangkan posisi Rose.
Senyuman Sekar seakan mati, tangannya ditarik semula setelah mengetahui yang Rose ialah Assistant Isaac. Jadi wanita jelita di depannya ini yang dipilih menjawat dan sentiasa berdampingan dengan Isaac Lozano?
Seraya itu Sekar dihurung rasa cemburu. Wanita di depannya ini tidak kurang cantiknya, wajah ala-ala mix pun ada, dengan mata coklat, bibir yang penuh terbentuk. Berkulit cerah dan comel.
"Boleh you bawa I jumpa boss you?" tanya Sekar tersenyum sambil menyentuh bahu Rose sedikit. Dia memerlukan Rose untuk bertemu dengan Isaac memandangkan staff kaunter tidak habis-habis mengatakan yang Isaac sibuk seharian.
"Cik Sekar ada buat appoiment? Atas urusan?" tanya Rose. Setahunya hari ini Isaac tidak akan bertemu dengan sesiapa. Meeting pun telah berlalu dua jam tadi. Takkan lah dia terlepas pandang?
"I girlfriend Isaac." senyum Sekar.
"Oh.. Girlfriend Mr, Lozano.. Okay.. I see." Rose terangguk kecil memandang ke arah lain, dua tangannya bercantum. Hmn, awek dia rupanya, patut lah helok bukan main. Padan sangat lah, dua dua tan-tan sweet. Okay bos aku tak gay, dia straight.
ANDA SEDANG MEMBACA
BOSS : Isaac Navaro.
RomanceRose Hannan, wanita yang lari dari masa lalu itu menjadi assistant kepada Isaac Lozano selepas pertukaran pemilik hotel yang dia bekerja. Dari seorang housekeeping kepada pembantu peribadi. Bekerja di bawah Isaac Navaro yang liar itu bukan mudah, le...
