"Ha! baru nak balik ingat dah tak reti nak balik dah, kau pergi mana hah perempuan?!"Kata Tuan Hafiz dengan secara mengejut.
"Ay...ayra pergi beli barang da..dapur tadi pa"Balas Ayra dengan gagap apabila sudah melihat papanya yang sedang marah, badan Ayra pun sudah bergetar.
"Pergi beli barang dapur konon, entah - entah pergi melacur"Sinis Tuan Hafiz.
"Astaghfirullah halazim, ayra tak buat benda tu pa ayra keluar pergi beli barang mama yang suruh"Balas Ayra dengan penuh kesabaran apabila dituduh melacur.
"Kau tak payah nak acah - acah alim lah macam lah kau tak pernah buat benda tu"Sinis Tuan Hafiz sekali lagi
Semakin bergetar tubuhnya apabila bapanya sendiri mengingatkan kejadian yang sudah berlalu lama, ya dia pernah menjadi seorang pelacur tetapi itupun dipaksa dan diugut oleh bapanya sendiri iaitu Tuan Hafiz.
"Ayra pergi dapur dulu"Balas Ayra singkat dan terus berlalu pergi ke arah dapur, tidak mampu lagi dia berada di situ hanya untuk menyakitkan hatinya sendiri.
"Ha dah habis beli barang, mana yang mama suruh beli tadi"Kata Puan Mira secara sedikit mengejut
"Ni ma, barang yang mama suruh beli tadi"Balas Ayra kepada mamanya.
"Ha baiklah, ni tolong hantarkan air ni dekat papa ye"Suruh Puan Mira
"Em..ok..okay"Balas Ayra dengan gagap.
"Kamu ni dah kenapa tergagap - gagap?"Tanya Puan Mira kepada anaknya.
"Tak ada apa lah ma, ayra pergi hantar air ni dekat papa sekejap"Balas Ayra terus berlalu pergi sambil membawa air.
"Pa na...nah air mama bu..buat"Ucap Ayra, mukanya sudah mula pucat
"Ha letak dekat situ"Balas Tuan Hafiz sambil tersenyum apabila melihat Ayra Marissa takut.
"Saya naik dulu"Kata Ayra kepada Tuan Hafiz terus ingin berlalu pergi tetapi dihalang oleh Tuan Hafiz.
"Eh eh kau nak pergi mana hah?"Tanya Tuan Hafiz sambil memegang tangan Ayra.
"Ish lepas la papa!"Balas Ayra Marissa sambil merayu kepada Tuan Hafiz untuk melepaskan tangannya
"Kau cantik sangat harini, cantik dari mak kau"Puji Tuan Hafiz sambil mengusap pipi anaknya.
"Papa lepaslah!, kalau mama nampak macam mana, lepas papa!"Rayu Ayra sekali lagi
"Lantak dia lah!"Balas Tuan Hafiz
"Ayra!!"Jerit Puan Mira daripada dapur.
"Ish kacau la perempuan tua tu!, dah kau pergi la dekat dia entah nak apa, dah nak mati agaknya"Suruh Tuan Hafiz dan terus melepaskan tangan Ayra Marissa.
'Kau tunggu Ayra Marissa'Kata Tuan Hafiz di dalam hatinya.
Puan Mira - Nama penuh Amira Nazreen, ibu kandung kepada Ayra Marissa, lingkungan umur 50.
Tuan Hafiz - Nama penuh Hafiz Naim bapa tiri kepada Ayra Marissa, lingkungan umur 60.
"We, Ayra ada orang nak jumpa kau"Kata Sabrina kepada Ayra Marissa yang sedang leka membuat kerja.
"Siapa nak jumpa aku?"Tanya Ayra Marissa pelik, dia tiada membuat temu janji dengan sesiapa pun.
"Pergi jelah tengok banyak tanya pulak"Balas Sabrina lalu terus ke tempatnya.
"Haish siapa lah yang nak jumpa aku ni"Kata Ayra di dalam hati sambil mengeluh.
"Hai Ayra Marissa"Sapa Aydan apabila melihat Ayra keluar dari tempat kerjanya
"Er...hai, tengku buat apa dekat sini?"Tanya Ayra kepada Aydan, pelik tiba - tiba sahaja jejaka itu ingin bertemu dengannya.
"Saja nak ajak girlfriend aku dating"Balas Aydan sambil tersenyum.
"Oh nak ajak girlfriend dating, siapa girlfriend tengku? Sabrina or Iqa?"Tanya Ayra Marissa kepada Aydan
"Bukan diaorang lah"Balas Aydan dengan muka mencebik.
"Aik habis tu siapa, tak akan Fadli pulak?"Balas Ayra pelik dah kalau bukan Sabrina or Iqa siapa lagi.
"Kau ni fikir biar masuk akal sikit, tak akan kut aku nak bercinta dengan lelaki."Balas Aydan sambil menepuk dahinya sendiri.
"Habis itu siapa girlfriend tengku?"Tanya Ayra.
"Kau la"Balas Aydan dengan singkat.
"Aik kenapa saya? sejak bila kita bercinta? tengku salah orang kut"Kata Ayra dengan pelik ya lah bercinta pun tidak tiba - tiba cakap orang girlfriend dia.
"tak la aku tak salah orang, dah sekarang ni nak ke taknak ke kau kena teman aku juga"Balas Aydan.
"Pergi mana?"Tanya Ayra.
"Pergi jalan - jalan, aku boring la jadi aku ajak kau keluar sambil tu kita sembang - sembang pasal diri ke pasal keluarga ke kan?"Balas Aydan.
"Em boleh la kejap saya ambik barang dulu"Balas Ayra Marissa.
"Ha okay, aku tunggu dekat kereta tau"Kata Aydan.
"Ha okay"Balas Ayra terus berlalu pergi untuk mengambil barangnya.
*Happy reading🫶🏻😊*
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
Ficción GeneralAku seorang pendosa yang engkau cintai