Bab 31

414 28 1
                                    

"Abang! cantik tak baju ni"Ayra memusingkan badannya didepan Aydan.

"Cantiknya isteri abang!"Aydan tersenyum apabila melihat isterinya memakai baju abaya yang dibeli olehnya.

"Cantikkan baju ni cinta suka!"Ucap Ayra.

"Cinta suka? nanti kita beli lagi ya, dah jom keluar diaorang dah tunggu kita dekat bawah"Aydan megenggam tangan Ayra lalu berjalan ke arah ruang tamu.

"Cantiknya Ayra!"Puji Datin Alina apabila melihat Ayra dan Aydan keluar dari bilik mereka berdua.

"Cantikkan mommy baju ni abang yang belikan!"Ayra tersenyum kecil lalu memandang suaminya.

"Tengok la menantu mommy ni orang puji dia, dia pula puji baju"Aydan menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat Ayra.

"Betul! orang puji dia la bukan baju"Ucap Datin Alina.

"Hehe, okay la abang cinta nak pergi tolong diaorang dekat dapur"Ayra berlalu pergi ke arah dapur.

"Ameera! nak kakak Ayra tolong apa-apa ke?"Soal Ayra kepada Ameera yang sedang sibuk mengelap cawan.

"Boleh! akak tolong lapkan pinggan tu"Ucap Ameera.

"Okay!"Ayra terus mengambil kain lalu mengelap pinggan-pinggan itu.

"Akak Ameera ke tandas sekejap ya"Ucap Ameera.

"Ha okay"

"Oi betina! tolong lapkan cawan ni jap aku nak guna"Clara mencuit bahu Ayra lalu memberi cawan kepada Ayra.

"Tu kan banyak yang dah lap ambil jelah yang tu"Balas Ayra lalu menyambung lap pinggan.

"Dah anak aku suruh lap tu lap jelah apa yang susah sangat!"Puan Natisya menarik rambut Ayra.

"Argh! sakit la gila!"Ayra menarik rambutnya kembali supaya dilepas oleh puan Natisya.

"Eh! sedap mulut kau panggil aku gila dah kalau aku gila kau tu apa? sakit jiwa? ke pelacur?"Sinis puan Natisya itu membuatkan Ayra terdiam.

"Diam terus betina ni ma, haha"Clara tertawa kecil melihat Ayra yang terdiam.

"Saya bukan pelacur la!"Bentak Ayra dengan kuat namun air matanya sudah ingin mengalir akibat dipanggil pelacur sedangkan bukan dia yang inginkan semua tu.

"Tak mengaku pula ke malu? kut la dah ada isi dalam perut tu kan sebab tu la nak kahwin sangat dengan Aydan tu!"Ucap Clara.

"Disebabkan kau la aku tak dapat kahwin dengan Aydan! entah dari mana kau datang tiba-tiba je Aydan tu nak dekat kau dia tak tahu ke kau ni pelacur? ke kau tak bagi tahu dia sebab kau malu? kalau kau belum bagi tahu dia aku boleh tolong bagi tahu sekarang nak tak?"Soal Clara kepada Ayra yang mata sudah mula berkaca.

"Ta... tak jangan"Ayra menghalang Clara untuk ke ruang tamu kerana disana terlalu ramai orang takut Clara memberitahu semua orang yang berada disitu.

"Kesah pulak aku!"Clara menolak Ayra sehingga Ayra terjatuh kepalanya terkena pula dihujung buju meja makan namun Clara hanya menghiraukan sahaja dia terus berlari ke arah ruang tamu manakala puan Natisya pula mengikuti jejak anaknya.

"Eh korang! dengar sini aku nak bagitahu something ni, korang nak tahu tak sebenarnya Ayra Marissa tu seorang pelacur yang hanya menumpang dekat keluarga kita korang rasa layak tak?"Ucap Clara kepada semua orang yang berada di ruang tamu termasuklah Aydan.

"Apa kau cakap ni!"Bentak Aydan.

"Betul la apa yang aku cakap isteri kau tu pelacur!"Balas Clara.

"Akak! akak, darah kak ya allah! abang! abang!"Jeritan Ameera membuatkan Aydan berlari ke arah dapur.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now