"Morning" Ucap Aydan dan Ayra yang sedang berjalan ke arah meja makan untuk sarapan pagi.
"Morning"Balas Dato Muzakir, manakala yang lain sedang enak menikmati makanan sehinggakan Aydan dan Ayra tiba di meja makan pun mereka tidak perasan.
"Aydan sekejap lagi kamu ikut daddy ke office ya, ada meeting penting tapi tak lama pun lepas habis meeting kamu boleh balik dah, Arif pun sama ya"Dato Muzakir memandang ke arah kedua anak lelakinya untuk menunggu jawapan.
"Baik dy"Balas serentak Aydan dan Arif.
"Psss! Ayra tanya la husband kamu tu boleh ke tidak?"Bisik Dayana sambil mencuit lengan Ayra.
"Erm, nanti la"Ucap Ayra dengan wajah keliru dan takut, "Nak bagi tahu ke tak nak eh"
"Ala tanya je, Aydan mesti bagii"Pujuk Dayana.
"Apa bisik - bisik ni?"Soal Aydan dengan wajah yang tegas rahangnya diketap kuat, sahaja ingin menakutkan Ayra, Sebenarnya dia sudah tahu apa yang dibisikan oleh mereka berdua Ameer sudah memberi tahunya malam - semalam yang Ayra dan Dayana mahu keluar nak girl's time katanya.
"Aa...erm"
"Hm?"Aydan merenung tajam ke arah isterinya.
"Nak ke...keluar"Ayra menunduk ke bawah sambil memainkan jarinya sendiri, tak mahu melihat wajah suaminya seram.
"Siapa nak keluar?"Soal Aydan, rambut Ayra yang menutup wajah Ayra itu diselit ke belakang telinga Ayra supaya wajah Ayra dapat dilihat olehnya.
"Ay...ayra, ayra dengan kak dayana nak keluar haa"
"Tak boleh"Singkat sahaja yang dibalas oleh Aydan.
"Alaaaa boleh la abanggg, bukan selalu lagipun kan abang ada meeting sayang bosan duduk rumah, izinkan la sayang keluar, janji sekejap je abang balik sayang pun balik pleaseeee"Rayu Ayra sambil menggoyangkan tangan suaminya.
"Ye laa sayangg abang izinkan, tapi..."Belum sempat Aydan meneruskan percakapannya, Ayra sudah mengeluh terlebih dahulu. "Banyak tapi la suami aku ni".
"Tapi apa abang?"
"Tapi Jayden dengan Mar ikut korang berdua sekali, sekejap lagi dua ekor tu sampai abang dah call Jayden semalam suruh teman sayang dengan Dayana keluar"Ucap Aydan, kopi didepannya diteguk perlahan.
"Kenapa pulak Jayden dengan Mar kena ikut kami? kan aku dah cakap girl's time sebuk aje" Marah Dayana pada Aydan, tetapi jelingan diberi pada suaminya bukan pada Aydan.
"Jeling je tahu, orang nak keselamatan mak - mak buyung ni terjaga mana la tahu ada orang nak mengorat mak - mak buyung kami ni macam mana, korang berdua ni dah la mengandung tapi tak macam perempuan mengandung pun sama je lawanya tak kemana pun"Ucap Ameer, tersenyum Dayana dibuatnya bila dipuji lawa oleh suaminya manakala Aydan pula memandang tajam wajah abangnya.
"Apa? betul la aku cakap diaorang mengandung pun badan still menggod..."Betis Ameer ditendang kuat oleh Aydan.
"Arghhh"
"Padan muka kau, kau buat aku risau tau nak bagi isteri aku keluar ni kang tak pasal - pasal balik bawa suami lain"Ucap Aydan matanya memandang wajah Ayra yang sedang menikamati makanan.
"Eh kitaorang ni keluar nak me time je tau tak ada masa nak bawa laki lain balik rumah la, mengorat laki lain la kitaorang buat hal kitaorang aje bukan macam laki keluar tanpa isteri je pergi
mengorat perempuan lain pantang la nampak anak dara dekat luar sana tu, kan Ayra kan?"Dayana mencuit siku Ayra inginkan pendapat Ayra."Em betul tu betul!"
"Eh abang tak pernah pun buat macam tu sayang"Ucap Aydan.
"Sayang tak cakapp abang yang cakap, ohh jadi kiranya selama ni betul la abang suka tengok perempuan lain bila keluar tanpa sayang ohhh"Ayra menganggukkan kepalanya lalu sambung mengunyah.