"Kamu berdua jadi ke nak balik kampung esok Aydan, Ayra?"Soal Dato Muzakir.
"Jadi daddy tapi tak lama kut mungkin dalam dua ke tiga hari je duduk dekat sana lepastu kitaorang terus balik KL"Balas Aydan.
"Oh tak apa la kalau macam tu hati-hati drive esok, esok daddy kena pergi kerja awal tak sempat la nak jumpa esok pagi"Ucap Dato Muzakir.
"Tak apa daddy"Balas Ayra lalu tersenyum.
"Mommy jom teman Mikha main mainan dinosaur boleh?"Soal Mikha kepada Ayra.
"Boleh tapi sekejap mommy nak basuh pinggan"Balas Ayra lalu ingin bangun dari kerusi makan dia terlupa yang kaki dia terseliuh tadi.
"Eh yang nak basuh pinggan tu kaki boleh berjalan ke?"Perli Aydan kepada isterinya lalu menarik lengan Ayra untuk duduk ke kerusi kembali.
"Saya lupa"Balas Ayra lalu tersenyum.
"Tak apa Ayra tinggal sahaja sekejap lagi mommy suruh Mak Som yang basuhkan"Ucap Datin Alina.
"Tak apa ke mommy?"Soal Ayra segan.
"Tak apa tu memang tugas dia dah jom"Balas Aydan lalu mendukung Ayra dibawa ke ruang tamu.
Clara pun ingin bangun berjalan ke arah ruang tetamu pinggannya dibiarkan begitu sahaja.
"Eh kamu nak ke mana? pinggan ni basuh la"Ucap Dato Muzakir kepada Clara.
"Nak ke ruang tamu la uncle, ala pinggan tu kan Mak Som boleh basuhkan"Balas Clara.
"Eh kamu basuh sendiri la kamu tak sakit dekat mana-mana pun kan pergi basuh sendiri!"Ucap Datin Alina dengan tegas.
"Perempuan tu tak basuh pinggan aunty bagi pula dekat i aunty tak bagi i ni anak buah aunty tau dia tu orang luar je entah dari mana datangnya"Ucap Clara.
Pap!!
"Jaga sikit mulut kamu tu! dia menantu aunty kamu perlu hormat dia"Datin Alina menampar Clara dengan kuat.
"Oh sebelum ni aunty tak pernah pun naik tangan dekat i bila beti..."Belum sempat Clara habiskan ayatnya dia sudah ditampar buat kedua kalinya bukan bukan Datin Alina yang menamparnya tetapi Aydan.
"Kau cakap tu biarlah elok sikit! aku dah lama sabar dengan kau ni jangan sampai muka kau hancur dekat sini!"Tengking Aydan.
"Sakitlah! you ni kenapa hah! gila ke"Ucap Clara lalu mengusap pipinya yang mulai merah.
"Dah la kau pergi balik la buat malu je datang sini tolak orang sampai jatuh pastu nak mengata orang kau tak ada perasaan malu ke? aku bukan nak kata apa lah kan tapi nak kata isteri aku ni terlalu baik and ada adap la kan Mak Som yang bibik dekat rumah ni pun dia malu nak suruh Mak Som cucikan pinggan dia padahal tu memang kerja Mak Som sebab apa dia malu sebab dia tahu Mak Som lebih berumur daripada dia dan dia tahu dia perlu hormat Mak Som sebagai orang tua, kau ada buat macam tu? tak ada kan!"Ucap Aydan.
"Dah la pergi balik"Ucap Aydan lalu menolak Clara ke arah pintu rumah.
"Mommy Mikha ngantuk"Mikha menggosok matanya lalu baring diatas paha Ayra.
"Mikhail Alexander tidur la dekat bilik jangan la tidur atas paha mommy, mommy kan tengah sakit"Tegur Datin Alina.
"Tak apa la mommy Ayra okay je lagipun esok kitaorang nak balik kampung, dah tak dapat jumpa dino Ayra ni"Balas Ayra lalu mengusap kepala Mikha.
"Kitaorang pergi dulu ya mommy, assalamualikum"Ucap Ayra lalu salam Datin Alina.
"Waalaikumusalam jaga diri elok-elok, Aydan hati-hati drive"Datin Alina memeluk tubuh Ayra.
"Okay mommy"Balas Aydan lalu salam Datin Alina.
"Bye dino mommy"Ayra memeluk erat tubuh Mikha lalu mencium pipi Mikha.
"Bye mommy i love you"Mikha mencium pipi Ayra.
"Love you more"Balas Ayra.
"Amboi bukan main bercium-cium bagai"Ucap Aydan lalu menjeling.
"Ala kamu tu hari-hari boleh bercium bagai Mikha ni kalini aje itupun nak jealous"Ucap Datin Alina.
"Eh mommy ayat yang first tu macam pelik aje nanti ade la orang tu blushing"Sinis Aydan.
"Okay la mommy kami pergi dulu bye!"Aydan menarik tubuh Ayra lalu berjalan ke arah kereta.
"Bye!"Datin Alina melambaikan tangannya.
****
"Kalau cinta mengantuk tidur la dulu kalau dah sampai aku kejut"Suruh Aydan apabila melihat isterinya sudah menguap lalu dia mengusap tangan Ayra.
"Tak apa ke?"Soal Ayra.
"Tak apa tidur je lagipun lambat lagi nak sampai ni"Balas Aydan.
"Okay"Ayra letakkan kepalanya diatas bahu Aydan lalu kepalanya diusap oleh Aydan.
*Maaf kalau ada kekurangan*
~Happy Reading~
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
Algemene fictieAku seorang pendosa yang engkau cintai