Dua bulan kemudian.
Mereka masih berada di rumah Dato Muzakir sepanjang Ayra mengandung kerana Aydan dibenarkan cuti sehingga Ayra habis pantang, itu semua diberikan oleh daddynya sendiri. Takut apa - apa yang terjadi kalau Ayra ditinggal seorang diri didalam rumah yang besar itu.
"Abangg"Ayra sedang mencuba untuk bangunkan suaminya yang masih diulit mimpi walaupun sekarang sudah hampir tengahari Aydan masih tidak bangun dari tidurnya. Malam - semalam dia sudah tidur lambat kerana perlu melayan karenah isterinya yang sedang mengandung itu.
"Abang bangun laa..."Pipi Aydan ditepuk perlahan - lahan, tangan yang menepuk pipinya tadi mula berlari ke arah telinganya lalu ditarik sekuat hati dengan penuh geram kerana dari tadi Ayra memanggil namanya tetapi Aydan masih tidak bangun.
"Arghh!!"Aydan yang tadi masih tidur terus bangun apabila dia merasa kesakitan ditelinganya, terus dia menepis tangan Ayra yang sedang menarik telinganya sehingga merah itu.
"Sakit la sayangg..."
"Siapa suruh tak nak bangun! dari tadi Ayra kejut abang tapi tak bangun - bangun pun! Ayra tepuk - tepuk pipi abang pun abang tak bangun, tarik telinga tahu pula nak bangun! macam mana la kalau dah ada anak nanti, anak menangis pun mesti tak dengar nak kena tunggu anak berak atas muka tu dulu baru la kelangkabut nak bangun! pastu complain macam - maca...."
"Shhh"Aydan meletakkan jari telunjuknya dibibir Ayra lalu pipi Ayra yang gebu itu dicium, tergamam isterinya melihat gelagat Aydan dipagi hari.
"Dah - dah la tu membebel sayangkuu cintakuuu my lovely wife abang dah bangun kan, sekarang ni sayang bangunkan abang sebab apa hm? dah makan pagi ke belum ni sayang?"Aydan tak habis lagi menggomol pipi Ayra yang semakin hari semakin tembam.
"Belum..."
"Kenapa tak makan lagi? dah tengahari ni makan pagi pun sayang tak makan lagi?"Soal Aydan dengan tatapan tajam kearah isterinya. Ayra hanya menggelengkan kepala sahaja.
"Sayang tunggu abang, nak makan sama - sama dekat bawah tak ada siapa - siapa sayang takut nak makan sorang - sorang, jom la makan sayang lapar baby pun lapar dah"Ayra membuat muka sedih dihadapan suaminya. Aydan terus mendukung Ayra tanpa memberi amaran apa - apa lalu keluar dari bilik menujuk kearah dapur tetapi dia tidak menaiki lift dia menggunakan tangga sahaja lebih dekat dengan dapur.
"Haih mana la pergi semua orang, kenapa tinggal sayang sorang - sorang, budak - budak pun tak ada ke sayang?"Belum sempat Ayra membalas pertanyaan suaminya, sudah ada seorang budak kecil menempel dikaki Aydan terhenti sebentar langkah Aydan apabila merasa ada yang memeluk kakinya.
"Eh sayang mummy ada la, baru bangun tidur ke baby hm?"Ayra terus lompat kecil turun dari dukungan Aydan, dengan cara lompat itu membuatkan Aydan terkejut lalu memandang tajam mata isterinya.
"Sorryy...."
"Lain kali jangan buat macam tu kalau nak turun bagitahu abang, kalau jatuh tadi macam mana hah?"Tegas Aydan bersuara.
"Mummy mana mommy Dayyan? dari tadi lagi adik Dayyan ni cari mommy dayana tapi mikha pun tak tahu mommy Dayana dekat mana"Soal Mikha kepada Ayra.
"I'm not sure la son, nenda tak ada cakap dekat you diaorang pergi mana?"
"Tak pun tadi Mikha bangun je dari tidur cari nenda dengan yang lain semua dah tak ada, lepastu Mikha tengok adik dayyan tengah minum susu sorang - sorang dekat atas katil"Jelas Mikha.
![](https://img.wattpad.com/cover/359162103-288-k573368.jpg)
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
Fiction généraleAku seorang pendosa yang engkau cintai