Bab 37

394 23 0
                                    

"Kamu duduk sini sampai hari apa Aydan?"Soal Dato Muzakir lalu mengambil tempat di sebelah Aydan yang berda di sofa ruang tamu.

"Aydan ingat lusa nak balik dah sebab banyak kerja nak kena buat dekat sana lagi pun lama dah kami duduk dekat sini"Balas Aydan dengan serta-merta menyebut soal kerja kerana sudah lama dia tidak ketempat kerja bertimbul la kerja dia.

"Oh tak apa la kalau macam tu"Dato Muzakir kini ralit menonton televisyen mana kala Aydan pula mencari kelibat isterinya yang tadi kata ingin ke dapur sebentar tetapi sampai sekrang tak nampak kelibatnya.

"Daddy ada nampak Ayra tak?"Soal Aydan kepada ayahnya mana tahu ayahnya ada nampak Ayra.

"Ada tu dekat dapur tengah tolong mommy dengan nanny masak"Balas Dato Muzakir.

"Okay la daddy Aydan ke dapur dulu"Aydan terus berlalu pergi meninggalkan Dato Muzakir di ruang tamu.

"Buat apa tu hm?"Soal Aydan dari belakang tubuh Ayra itu membuatkan Ayra terkejut.

"Ish abang ni tak boleh datang dari depan ke? nak kena datang dari belakang juga? hm"Ayra sambung memasak dia hiraukan sahaja perbuatan Aydan selanjutnya.

"Tak boleh hehe, cinta tak bagi tahu abang pun cinta nak masak tiba-tiba je hilang em..."Tangan Aydan mula merangkul pinggang isterinya.

"Kan cinta dah bagi tahu tadi cinta nak ke dapur abang tak dengar ke?"

"Memang la cinta bagi tahu nak ke dapur tapi cinta tak bagi tahu nak masak"Ucap Aydan yang masih tidak puas hati dengan perbuatan isterinya.

"Kamu ni Aydan isteri kamu tak ada sekejap pun tak boleh dia bukan ke mana-mana pun ada dalam satu rumah juga, kalau nanny jadi Ayra nanny rimas dah asyik nak melekat aje"Nanny mula bersuara dia pula rasa rimas dengan Aydan.

"Betul tu biar la Ayra ni bebas sikit dia ke dapur aje tolong mommy dengan nanny bukan kemana-mana pun kamu dengan daddy kamu tu sama je asyik nak melekat dengan isteri ni kalau ada anak nanti tak tahu la macam mana"Datin Alina menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Ingat abang tak dengar ke wahai isteriku yang berada di dapur tu hm?"Dato Muzakir yang berada di ruang tamu kini bersuara apabila terdengar namanya dipetik.

"Ala biar la orang nak berkepit je dengan isteri orang, Ayra tak pernah cakap pun dia rimas kan sayang kan"Ucap Aydan.

"Memang la dia tak cakap tak akan la dia nak cakap dia rimas dengan laki dia depan-depan"Ucap nanny sahaja ingin mengusik Aydan.

"Cinta rimas ke? cinta ada cakap belakang abang eh?"Aydan memandang tajam ke arah Ayra yang tidak bersalah itu.

"Mana ada"

"Tipu"Aydan masih tidak percaya.

"Betul cinta tak pernah cakap belakang abang"Ucap Ayra kini dia pula memeluk pinggang suaminya.

"Tipu"

"Ya Allah buat apa cinta nak cakap belakang abang bagi tahu cinta buat apa cinta nak cakap belakang abang, cinta tak pernah buat la benda tu"Ucap Ayra tetapi masih tidak dilayan oleh Aydan terus Ayra melepaskan pelukannya buat malu sahaja peluk-peluk tetapi tidak dilayan.

"Dah kamu ni Aydan tak boleh orang mengusik sikit, isteri kamu ni tak pernah pun cakap belakang pasal kamu kitaorang tak pernah dengar lagi dia buruk-burukkan kamu haih"Ucap nanny.

"Betul?"Soal Aydan dituju kepada Ayra.

"Ish malas cakap dengan abang orang cakap tak nak percaya buat apa lah abang kahwin dengan cinta kalau abang tak percaya apa yang cinta cakap"Ayra sudah menyebut pasal kahwin.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now