"Cinta, bangun kita dah sampai"Aydan mengejut ayra yang sedang lena dibahunya apabila mereka sudah tiba di kampung.
"Em"Ayra bangun lalu menggosok matanya.
"Jom kita turun"Aydan membuka pintu Ayra lalu mendukung Ayra ke arah pintu rumah.
"Assalamualikum"Ucap Aydan.
"Waalaikumusalam"Balas Puan Aminah iaitu Tokma kepada Ayra.
Belum sempat Ayra dan Aydan masuk kedalam rumah tiba-tiba ada satu muzik lagu dipasang oleh sepupu-sepupu Ayra lalu mereka menyanyi beramai-ramai.
'Ada sebuah kisah
Tentang dara jelita
Hidup slalu penuh
Dera dan siksa
Datang sebuah berita
Tentang adanya pesta
Pangeran mencari permaisurinya
Cinderella pun tiba
Dengan kereta kencana
Sepatu kaca hiasi kakinya
Semua mata terpana
Akan kedatangannya
Pangeran pun jatuh cinta padanya!'Selepas sahaja mereka habis menyanyi mereka tepuk tangan beramai-ramai Aydan tersenyum apabila melihat gelagat mereka semua manakala Ayra pula berasa ingin marah.
"Ye pun bagilah kitaorang ni masuk dulu kesian Aydan ni ha dukung aku yang seberat gajah ni!"Ucap Ayra.
"Sila lah masuk"Ucap Maira seroja iaitu sepupu Ayra yang paling rapat dengan Ayra.
"Sorry la singa lagipun kitaorang nak sambut kau dengan suami kau tak tahu pula sampai-sampai dah kena dukung kenapa ek? tak boleh jalan ke sebab malam pertama?"Soal Akmal sepupu lelaki Ayra.
"Ish kau ni mengarut lah! kaki aku sakit"Balas Ayra.
"Eh Ayra semak dooh la tok laki mu"Ucap Tokma Ayra 'Eh Ayra handsome la suami kau.' Lebih kurang la ek dia punya ayat anggap sahaja sama.
"Jolo lah semak tok laki mu ni Ayra"Ucap Umairah 'Betul la handsome suami kau ni Ayra.'
"Mestilah semak tok laki kito kea"Ucap Ayra dengan bangga 'Mestilah handsome suami saya kan.'
"Jolo doh, gi la masuk bilik dulu gi rehat-rehat dulu lepasni tubik la balik"Suruh Tokma.
"Okay la tokma kitaorang masuk bilik sekejap eh"Ucap Aydan lalu mendukung Ayra masuk ke dalam bilik. Tubuh Ayra dihentak kuat diatas katil.
"Ish awak ni kenapa? sakit dah kaki saya"Ayra mencebikkan bibirnya lalu menggosok kakinya yang terkena kaki katil.
"Kau cakap aku semak tadi!"Marah Aydan.
"Semak tu maksud dia handsome lah!"Bentak Ayra kepada Aydan terkedu Aydan dibuatnya ini kali pertama dia melihat isterinya marah.
"Huh! tak tahu tanyalah orang dulu suka-suka hati je baling orang sakit tahu tak!"Marah Ayra lalu air matanya ingin mengalir entah kenapa tiba-tiba dia emosi.
"Shhh aku minta maaf sebab baling kau tadi ye la aku ingat kau kata aku ni semak"Aydan memeluk tubuh Ayra.
"Sini aku letak minyak dekat kaki kau"Aydan mengambil minyak yang berada di dalam bag lalu disapu ke kaki Ayra.
"Kau tahu tak ni first time aku tengok kau marah memang macam singa patutlah Akmal panggil kau singa"Ucap Aydan lalu mengurut kaki Ayra.
Bukk!
Ayra memukul Aydan guna bantal kerana suaminya memanggil dia singa.
"Aduh sakitlah cinta"Adu Aydan.
"Eleh baru sikit awak baling saya tadi tak apa pula"Sinis Ayra.
"Ala aku minta maaf dah kan"Ucap Aydan.
"Lantak kau la"Balas Ayra.
"Oi! siapa ajar kau ber aku-kau dekat aku ni hm?"Soal Aydan dengan nada tegas.
"Kau ah siapa lagi"Balas Ayra dengan muka cool.
"Kau ni kan memang esok kau bertambah tak boleh jalan lah kau tunggu malam ni"Ucap Aydan.
"Eh tak! tak! okay saya minta maaf awak tak kesian kan saya ke?"Ayra mencebikkan bibirnya.
"Tak!"Aydan memeluk tubuhnya sendiri.
"Eee awak jahat! awak tak kesian kan saya, saya nak cari suami ba..."Belum sempat Ayra menghabiskan ayatnya muka Aydan sudah didepan mukanya terkejut Ayra.
"Apa kau cakap tadi hm?!"Soal Aydan lalu mendekatkan lagi mukanya.
"Erk... ta...tak ada apa"Gagap Ayra.
"Emm sorry la"Ayra menolak muka Aydan lalu dia memeluk Aydan.
"Yelah"Aydan memeluk Ayra kembali.
"Eh sekmu japgi nok dok kito gi main basikal"Ajak Akmal. 'Eh korang nak tak sekejap lagi kita pergi main basikal.'
"Tokse!"Balas Umairah dan Maira serentak 'Taknak!.'
"Nak!"Ucap Ayra.
"Mu buke sakit kaki ko?"Soal Umairah 'Kau bukan sakit kaki ke?'
"Dah okay dah"Balas Ayra.
"Kalau mu nok ikut aku mu kena gi bagitahu tok laki mu dulu"Ucap Akmal 'Kalau kau nak ikut aku kau kena bagitahu suami kau dulu'
"Okay meta deh"Ayra ke arah halaman luar rumah lalu mencari suaminya 'Okay sekejap tau'
"Awak!"Panggil Ayra apabila dia melihat suaminya sedang berborak dengan Tokma.
"Ye"Balas Aydan lalu memandang ke arah Ayra yang sedang berjalan mendekati mereka yang berada diatas pondok.
"Saya nak ikut Akmal main basikal boleh tak?"Soal Ayra kepada Aydan.
"Eh nok gi main basikal tu kaki dah okay ko?"Soal Tokma kepada Ayra.
"Dah okay dah, boleh tak awaknya?"Balas Ayra.
"Boleh tapi aku nak ikut"Ucap Aydan.
"Nak ikut?"Dahi Ayra berkerut pelik kerana Datin Alina pernah bagitahunya yang Aydan tidak suka main basikal.
Aydan mengangguk lalu berdiri memakai selipar
"Tokma kitaorang pergi dulu tau"Ucap Aydan lalu menarik tubuh isterinya."Betul ke awak nak ikut?"Soal Ayra untuk kepastian.
"Ye betul lah kenapa kau tak percaya"Balas Aydan.
"Tak ada la mommy cakap awak tak suka main basikal"Ucap Ayra lalu memuncungkan bibirnya.
"Takyah la muncung-muncung sangat la bibir tu kang aku cium baru tahu"Ucap Aydan.
*maaf kalau ada kekurangan*
YOU ARE READING
Aku hanya seorang wanita pendosa
General FictionAku seorang pendosa yang engkau cintai