ELEVEN

10 2 0
                                    

Sebuah kereta sampai di kawasan apartment usang. Jika melihat dari luar, mungkin orang ramai akan bercakap tiada penghuni yang tinggal di situ kerana struktur bangunan yang boleh dikatakan hampir roboh.

Sofea membuka pintu kereta itu. Langkah demi langkah diatur berjalan menghala ke rumahnya.

Mata green hazel yang berada di luar kereta memerhati setiap pergerakan Sofea menuju ke arah rumahnya.

"Haishh macam mana aku nak cakap kat dia ni", kata Adryan gusar menarik rambutnya ke belakang.

Telefon di tangan Adryan tiba-tiba berdering.

"Dylan Adryan kau gila ke hantar Sofea balik rumah", marah lelaki di hujung talian. Adryan tidak menjawab persoalan lelaki itu.

Kunci pintu dikeluarkan dari beg dan pintu itu dibuka. Sebuah katil bersize single dituju dan badan Sofea dibaringkan di atas katil itu. Siling rumah kecilnya itu ditenung merenungkan semua peristiwa yang terjadi. Tanpa disedari Sofea terlelap dibuai mimpi.

..........

Bunyi muzik kedengaran dari arah telefon Sofea. Dalam keadaan masih mamai, Sofea mengangkat telefon itu.

"Hello Fea, kau okay tak? Seharian aku tak nampak kau harini", kata perempuan di hujung talian. Telefon itu dipandang melihat siapakah yang menelefonnya ketika itu.

"Haa.. aku okay je", jawab Sofea kepada Myra.

"Dia ni kan, betul ke okay? Nanti aku datang rumah kau la", kata Myra risau akan sahabatnya.

"Myra tak payah la aku okay je, tak mati lagi ni", kata Sofea cuba menenangkan Myra.

"Betul ni?", tanya Myra lagi menginginkan kepastian.

"Ya cik Myra, kau tak payah risau sangat la", jawab Sofea.

"Jangan buat aku risau lagi tau lain kali", tegas Myra kepada Sofea.

Manakan tidak dari pagi tidak nampak batang hidung. Tidak pernah Sofea menghilangkan diri tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

"Baiklah cik Myra, aku okay je", kata Sofea lagi ingin memastikan sahabatnya itu mengetahui dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Okaylah kalau macam tu. Bye, take care", kata Myra.

"Bye-bye", jawab Sofea.

Jam di dinding menunjukkan hampir jam 11 malam. Sofea mencari sedikit makanan di dalam peti sejuk dan duduk di atas sebuah kerusi. Sejak dari pagi tidak makan apa-apa membuatkan Sofea betul-betul lapar malam itu. Makanan disuap masuk ke dalam mulutnya.

"Knock, knock,knock"

Tiba-tiba bunyi pintu rumah Sofea diketuk dari luar.

"Siapa tu?", laung Sofea yang masib berada di atas kerusi. Namun tiada jawapan balas dari luar rumah itu.

"Myra ke? Ke Adryan?", soal Sofea di dalam hatinya yang mula terasa berdebar.

Manakan tidak waktu-waktu malam sebegini siapakah gerangan yang ingin mengganggunya. Derapan kaki Sofea berjalan menuju ke muka pintu namun hatinya berasa sangsi untuk membuka pintu itu. Telinga Sofea ditekupkan ke muka pintu untuk mendengar bunyi dari luar. Namun tiada bunyi pergerakan dari luar rumahnya itu.

"Salah ketuk kot", desis Sofea cuba menyedapkan hatinya supaya tidak berdebar. Ditekupnya sekali lagi telinga ke muka pintu untuk kepastian.

"Ishh takde pape ni, aku je overthinking", kata Sofea selepas mendengar tiada apa-apa.

Sebaik sahaja langkah pertama Sofea menjauhi muka pintu itu, bunyi seperti kunci pintu rumah Sofea cuba dipecah masuk.

"Shit", carut Sofea. Walaupun bunyi itu agak perlahan namun dirinya memgetahui bahawa ada seseorang ingin masuk ke rumahnga secara paksa.

Langkah Sofea seperti terkaku mendengar bunyi itu. Badannya disandar di sebuah dinding dan matanya terlintas melihat ke arah batang penyapu. Tangan Sofea pantas mengambilnya dan menggenggam erat batang penyapu itu.

Tanpa berfikir panjang Sofea menyembunyikan dirinya di dalam sebuah almari kecil yang memuatkan baju-bajunya.

Seketika kemudian, pintu itu ditolak luas melihatkan gerangan yang cuba memecah masuk.

'Gedegang'

Hanya cahaya lampu dari meja makan Sofea menerangi seluruh ruang rumah kecil itu.

Hati Sofea bagaikan ingin luluh mendengar bunyi itu dan mulutnya pantas ditekup kuat. Nafasnya bagaikan tersekat-sekat mencari oxigen dan tangan Sofea mula terketar-ketar. Peristiwa dulu kian menerjah ke fikirannya.

Bunyi seretan pisau di dinding memenuhi ruang bilik itu.

"Hey girl where are you?", tanya lelaki yang berlegar di dalam rumah itu.

Dapat didengari dalam almari itu derapan kaki yang berjalan mencari mangsanya.

Seketika kemudian, derapan kaki itu berhenti buat seketika sebelum secara tiba-tiba membuka pintu almari tersebut.

"Got you", kata lelaki itu tersenyum sinis.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now