SEVENTEEN

7 1 0
                                    

Kepala Sofea dihalakan ke kiri dan kemudiannya ke kanan memandang sekeliling namun tiada orang selain dirinya dan Adryan sedang berjalan menuju ke arah kapal terbang bersama beberapa orang bodyguard yang memakai suit hitam. Namun Sofea hanya mengikuti Adryan malas untuk bertanya bertambah pulak dengan rasa takutnya untuk naik kapal terbang.

..........

Selangkah kaki Sofea menjejak ke dalam kapal terbang itu, alangkah terkejutnya melihat dalam kapal terbang, sangat mewah.

"Dylan Adryan", panggil seorang lelaki yang menghampiri tempat duduk Sofea dan Adryan.

Kepala Sofea mencari kelibat yang bersuara itu. Kelihatan seorang lelaki kelihatan santai mengenakan hoodie dan seluar jeans beserta kacamata hitam.

Tangannya dihulurkan kepada Adryan dan Adryan menyambut huluran tangan itu.

"And who are you?", tanya lelaki itu memandang ke arah Sofea sambil menurunkan kacamatanya dan turut memandang Adryan.

"You know her", balas Adryan ringkas.

Dengan muka berkerut lelaki itu berfikir sejenak sebelum tiba-tiba teringat sesuatu.

"Adryana.. Adryana Sofea right?", tanya lelaki itu ke arah Sofea kelihatan teruja dan terkejut.

Sofea hanya membalas dengan senyuman.

"Hi I'm Aiden Alexander, just call me Aiden", kata lelaki bernama Aiden menghulurkan tangannya. Dengan teragak-agak Sofea turut menghulurkan tangannya membalas huluran tangan itu.

"What a nice day to meet you here today", kata Aiden bersama senyuman yang lekang dari bibirnya dari tadi.

Dan sekali lagi Sofea hanya tersenyum.

..........

"Are you okay, Sofea? You look scared..", tanya Aiden yang berada di kerusi sebelah Sofea.

Adryan yang sedari tadi fokus melakukan kerja di laptopnya terus berpaling ke arah Sofea.

Sofea hanya mengangguk perlahan cuba mengawal perasaan takutnya.

"Kau okay tak ni?", tanya Adryan risau akan Sofea.

Sofea menghela nafas panjang dan cuba untuk bertenang

“I’ll be fine,” kata Sofea perlahan namun masih ada getar ketakutan dalam suaranya.

Adryan memandang Aiden dan Aiden turut memandang Adryan, seolah-olah bertukar signal untuk membantu tanpa bersuara. Aiden yang faham dengan isyarat itu, tersenyum lebar.

“Sofea, how about I tell you a story? It might help." kata Aiden.

Sofea memandang Aiden dengan rasa teragak-agak, tetapi akhirnya mengangguk.

Aiden tersenyum dan memulakan ceritanya, “Okay, Sofea, this one is about my trip to Japan. I was really excited to visit Tokyo for the first time. So, I decided to explore the city on my own, without any guide. Brave, right?”

Sofea mengangguk, menantikan sambungan cerita itu.

“So I decided to visit this famous ramen shop that supposed to have the best ramen in all of Tokyo. I followed the map, but somehow I ended up in a narrow alley. The signs were all in Japanese, and I couldn’t read a thing. But being the adventurous guy that I am, I decided to keep going.” kata Aiden dengan bangganya.

Aiden menarik nafas seketika dan tergelak sedikit, mengingat kembali pengalamannya.

“So, there I was, wandering through these tiny alleys, getting hungrier and more lost by the minute. And then, I saw this little door with a picture of a bowl of ramen on it. I thought, ‘Yes! I’ve found it!’ I walked in confidently, ready to devour the best ramen ever.”, sambung cerita Aiden.

Adryan tersenyum kecil, sudah tahu apa yang bakal diceritakan oleh Aiden.

“Aku try masuk dalam kedai tu and ada wanita macam nenek kebayan kat belakang kaunter. Aku tanya dalam Bahasa Inggeris, tetapi dia tak faham sepatah pun. So, aku guna sign language, tunjuk gambar ramen dan perut aku, berharap dia faham.” kata Aiden lagi.

Sofea tergelak kecil, membayangkan Aiden menggunakan isyarat untuk berkomunikasi.

“Nenek tu tersenyum dan mengangguk, pastu terus ke dapur. Aku tunggu punya tunggu, membayangkan semangkuk ramen. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan semangkuk besar... You know what.. cacing tanah! Rupanya, aku masuk ke kedai umpan memancing, bukan kedai ramen!”, kata Aiden.

Sofea ketawa kecil mendengar cerita itu, hampir tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Aiden turut ketawa, mengingat kembali betapa malunya dia pada masa itu.

Adryan tersenyum kecil memandang ke arah Sofea yang sedari tadi tergelak mendengar cerita Aiden.

Tidak lama kemudian, bunyi pengumuman terdengar, memberitahu bahawa kapal terbang akan berlepas tidak lama lagi. Sofea kembali merasa resah.

Adryan memandang Sofea dengan wajah penuh kebimbangan. Dia menutup laptopnya dan memindahkannya ke tepi. Kemudian, tanpa berkata apa-apa, Adryan memegang tangan Sofea dengan lembut. Sentuhan itu membuatkan Sofea tersentak sedikit, tetapi Sofea merasa tenang dengan kehangatan tangan Adryan.

“Just relax, okay? I'm here with you,” kata Adryan dengan suara lembut.

Sofea mengangguk, berasa sedikit lega. Kapal terbang mula bergerak perlahan di landasan sebelum berlepas ke udara. Sofea memejamkan mata, merasakan jantungnya berdebar-debar.

Jari-jari Adryan yang kuat tetapi lembut menggenggam tangannya dengan erat, seolah-olah memberi jaminan bahawa dia tidak perlu takut.

Aiden yang sedar akan situasi itu, segera menyambung ceritanya, kali ini dengan lebih kelaka untuk memastikan Sofea terus terhibur.

Tanpa Sofea sedari, kapal terbang itu sudah berada di awang-awangan dan jantungnya kembali tenang.

"Dah okay?", tanya Adryan.

Sofea mengangguk sambil melepaskan tangannya dari jari-jemari Adryan.

"Thank you", kata Sofea perlahan.

..........


Still With You (On Going)Where stories live. Discover now