SIX

28 2 0
                                    

Cermin tingkap kereta diturunkan setelah sampai di lokasi yang dituju.

"Areas Cafe"

Sebuah kafe yang beroperasi hampir 6 tahun di bawah kendalian Myra.

Cermin mata hitam diturunkan bagi melihat keadaan kafe itu. Susuk tubuh seorang gadis dicari dengan penuh tumpuan.

Akhirnya matanya menangkap susuk tubuh yang dicari.

Tanpa berlengah, Adryan keluar dari keretanya dan menuju ke arah kafe tersebut.

Sebuah kerusi kosong dicari dan terus mengambil tempat duduk di meja yang agak jauh dari kaunter.

Mata Adryan tidak lekang memandang seorang gadis yang sedang mengambil order di kaunter itu.

..........

Setelah melihat sudah tiada pelanggan di hadapannya, Sofea mengambil tempat duduk di atas sebuah kerusi. Matanya melilau memandang ke arah customer yang datang hari ini.

"Kemain ramai datang harini. Kalau la macam ni hari-hari mahunya aku pengsan", desis hati Sofea.

Tiba-tiba, mata Sofea ter'eye contact' dengan seorang lelaki yang memandang ke arahnya. Dengan pantas matanya beralih ke arah telefon berpura-pura tidak melihat lelaki itu.

"Ehh tu bukan ke mamat yang kat company tadi ke. Dia stalk aku ke", gumam Sofea perlahan.

"Eishh tak elok tuduh orang macam tu, perasan ke lebih", tambah Sofea lagi perlahan.

Bahu Sofea tiba-tiba ditolak perlahan dari belakang.

"Mak engkau", latah Sofea. Terus matanya memandang ke arah sang pelaku.

"Kau dah kenapa termenung macam tu, orang panggil pun tak dengar", kata Ethan duduk di sebelah Sofea.

"Ada ehh kau panggil. Sorry la aku kayal sikit tadi", kata Sofea cuba mengawal perasaannya yang gelabah.

"Tulah engkau, berangan lagi petang petang ni", tambah Ethan lagi.

"Kau nampak rileks je takde delivery ke", tanya Sofea mengubah topik perbualan.

"Hmm takde pun noti masuk ni, tu yang rileks semacam ni", kata Ethan.

..........

Sebelum beredar pergi, Adryan berjalan menuju ke kaunter.

"Ada customer datang", kata Sofea kepada Ethan menolak badan lelaki itu untuk berdiri.

"Tu kan kerja kau, pergi la buat", kata Ethan pelik akan Sofea yang tiba-tiba tidak mahu mengambil pesanan.

"Tolong la aku nak rehat kejap", dalih Sofea. Sebenarnya dia dah nampak lelaki memakai suit brown itu datang ke arah mereka.

Ethan dengan pasrahnya bangun menuju ke arah kaunter.

"Ya encik boleh saya ambik order", tanya Ethan tersenyum ke arah Adryan.

"Just ice americano one", kata Adryan. Sesekali matanya memandang ke arah Sofea yang sedang menunggu pesanannya.

Mendengar sahaja ice americano, Sofea terus menggerakkan tangannya membuat order tersebut. Selepas seketika air itu diletakkan di atas kaunter.

"Thank you", kata Adryan melihat ke arah Sofea.

Dang...

Eye contact kali kedua.

Sebenarnya dah beberapa kali sebelum ni.

"Dia ni pandang semacam je. Ke aku yang berhalusinasi", soal Sofea di dalam hatinya.

"Asal kau pandang dia macam tu. Dah tercrush ke", tanya Ethan kepada Sofea sambil tersenyum-senyum.

"Ehh dia ni macam macam la. Tu tengok dia bawak kereta apa, Ferrari. Memang tak la", balas Sofea tidak tertarik akan topik yang dibincangkan.

"Cun betul kereta dia. Bila la aku nak ada macan tu", soal Ethan dengan muka sedih.

"Esok la aku belanja kau kereta tu", kata Sofea dengan muka selamba.

"Serius la wehh, aku nak warna merah, baru cantik", tanya Ethan ingin kepastian.

"Ye ye esok tapi kereta mainan jelah", kata Sofea sambil tergelak.

Bahu Sofea dipikul perlahan oleh Ethan.

"Kau ni kan, aku dah excited tadi", balas Ethan yang kecewa dengan gurauan Sofea.

"Betul la kereta mainan, kereta jugak kan", sambung Sofea dengan ketawanya yang masih tersisa.

"Kemain seronok gelak. Topik apa harini", soal Myra yang tiba-tiba datang dari arah belakang.

"Takde ahh saje je mengusik si Ethan ni", kata Sofea mengelap sisa air matanya yang mengalir akibat gelak sakan sebentar tadi.

"Dah dah pergi buat kerja sana", arah Myra.

"Baik big boss", kata Sofea memberikan salute kepada Myra.

Kepala Myra digeleng-geleng melihat karenah Sofea.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now