FIVE

30 2 0
                                    

Selepas beberapa bulan,

"Adryan, jangan lupa malam ni kita gerak ke New Zealand", kata Daniel menarik kerusi duduk di depan Adryan.

Wajah sahabatnya itu dipandang dengan hampa.

"Kenapa kau dah penat ke nak cari dia", tanya Daniel.

Hampir 5 tahun mencari, namun tiada sebarang maklumat yang diperolehi mereka berdua berkaitan perempuan itu.

"Aku tak penat tapi hati aku kuat rasa perempuan tu ada kat sini", kata Adryan.

"Aku bukan apa, ni dah kali kedua kita sampai sini tau, but still nothing", kata Daniel.

Tangan Adryan disilangkan dan matanya ditutup seketika sambil memikirkan cara untuk mencari perempuan itu.

"Takpelah aku gerak dulu. Pukul 3 nanti jangan lupa ada farewell kat tingkat 9", kata Daniel berlalu pergi meninggalkan Adryan yang masih diposisi sama.

..........

"Sofea~~ boleh tak tolong hantarkan dessert ni, please", tanya Ethan kepada Sofea yang sedang makan.

"Boleh tapi gaji kau tolak kasi kat aku sikit", gurau Sofea cuba menguji Ethan.

"Ya, ya ambik la aku ada kerja sikit nk kena buat sekarang ni", jawab Ethan.

"Ehh takdelah aku gurau je. Mana dessertnya, pastu send location kat aku", kata Sofea.

"Nanti jap aku send. Thank you tau wehh, kaulah yang paling memahami aku", kata Ethan terharu dengan sikap Sofea yang sanggup membantunya ketika saat penting.

"Welcome", balas Sofea.

Helmet itu dipakaikan dengan rapi sebelum mengambil dessert di atas meja dan terus menuju ke arah motosikal.

'Ting'

Bunyi notifikasi menandakan satu mesej diterima.

"30 minit jugak nak sampai ni", kata Sofea.

Setelah meletakkan bungkusan dessert dengan kemas, Sofea menghidupkan enjin motosikal dah bergerak menuju ke lokasi.

Di hadapan sebuah bangunan yang besar,

"Mak aii berapa tingkat company ni, kemain besar", kata Sofea menanggalkan helmet. Rambutnya diikat kemas dan mengambil dessert itu untuk dihantar kepada penerima.

Mata Sofea melilau ke kiri dan kanan melihat keadaan di dalam bangunan itu.
"Hmm kan best kalau aku dapat kerja sini", bisik hati Sofea.

Kakinya terus berjalan sehingga disapa oleh seseorang.

"Ya cik boleh saya bantu", tanya wanita yang menjaga di kaunter pertanyaan itu dengan penuh ramah.

"Saya ada penghantaran makanan ni", jawab Sofea menunjukkan ke arah dessert yang dibawa.

"Owhh cik boleh naik guna lif tu ke tingkat 9 ya", jawab wanita itu.

"Okay thank you", kata Sofea terus berjalan menuju ke arah lif yang disediakan. Matanya masih melilau melihat beberapa orang yang lalu lalang di sana.

"Ermm tingkat berapa dah dia kata tadi", desis hati Sofea yang tiba-tiba hilang ingatan.

"Aduhh lupa la", kata Sofea menepuk dahinya. Biasalah tu khusyuk sangat tengok orang tadi.

"Ni kena guna tektik lama ni", kata Sofea menekan tingkat yang paling atas iaitu tingkat 15.

'Ting'

Pintu lif terbuka dan kelihatan seorang lelaki segak bergaya memakai suit berwarna brown menunggu di hadapan lif.

Mata berwarna hazel green dan hazel brown itu bertaut untuk seketika sebelum Sofea bergerak ke kiri memberikan ruang kepada lelaki itu untuk masuk.

Butang nombor 9 ditekan lelaki itu. Suasana yang sunyi sepanjang menuruni lif ke tingkat 9.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 9, suasana meriah menghiasi ruang udara.

"Owhh meriah ni mesti kat sini", kata Sofea turut keluar dari lif tersebut mengekori lelaki di hadapannya.

..........

"Awal kau sampai sini, tak pukul 3 lagi", kata Daniel kepada Adryan yang tiba-tiba turun awal ke farewell party hari ini.

Mata Adryan masih melihat ke arah wanita yang memegang bungkusan dessert.

"Kau tengok sape tu", tegur Daniel yang pelik melihat kerenah Adryan ketika itu.

"Uihh cantik tu cantik tapi kau ni agak-agak la berkenan dengan perempuan macam tu. Bro, she just delivery girl", kata Daniel.

"No, I think its her", kata Adryan secara spontan.

"HUHH!", kata Daniel terkejut mendengar kenyataan dari sahabatnya itu. Beberapa orang staff berpaling ke arah mereka.

"Suara tu selow la sikit bongok", marah Adryan.

Mata Adryan masih kekal memerhati ke arah wanita yang terserempak di dalam lif tadi.

"Macam mana kau tahu tu dia", tanya Daniel tidak dapat menerima kenyataan Adryan. Macam mana perempuan sebegitu merupakan gadis yang mereka cari selama ini.

"Her eyes", kata Adryan pendek.

Kaki Adryan bergerak ingin menuju ke arah wanita itu namun tangannya ditarik.

"Kau nak pergi mana, Adryan. Majlis nak start 10 minit lagi", tegas Daniel menahan Adryan daripada pergi meninggalkan majlis yang akan bermula.

"I need to follow her", kata Adryan yang melihat gadis itu berjalan menuju ke arah lif. Kakinya berjalan menghampiri gaida itu.

Belum sempat Adryan menahan gadis ith, pintu lif telah tertutup rapat.

"No, I need to find her", kata Adryan berjalan menuju ke arah tangga berdekatan.

Daniel yang melihat perkara itu terus menarik tangan Adryan.

"Bro majlis nak start dah. Nanti kita cari dia, aku janji dengan kau. Investor pun semua dah sampai ni", kata Daniel memberikan harapan kepada Adryan bahawa mereka akan mencari gadis itu.

..........

Selesai sahaja majlis itu, Adryan berjalan menuju ke arah meja terletaknya dessert yang dibawa gadis sebentar tadi. Tangannya membelek kotak bungkusan itu.

"Areas Cafe"

Telefon bimbit di keluarkan dan nama cafe itu terus ditaip.

"Found it", kata Adryan tersenyum sedikit sebelum bergegas menuju ke arah lif.

Pintu kereta Ferrari dibuka, enjin dihidupkan dan kereta itu terus memecut laju membelah jalan.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now