SEVEN

18 2 0
                                    

Tepat jam 10 malam, Sofea keluar dari kedai dan terus menguncinya. Sedikit senaman ringan dilakukan sebelum berjalan menuju ke perhentian bas.

Tanpa disedari, dirinya diperhatikan dari jauh.

Sebaik sahaja sampai diperhentian bas berhampiran rumahnya, Sofea berjalan menuruni kawasan jalan yang berbukit.

Jam menunjukkan hampir jam 11.30 malam membuatkan kawasan di sana semakin sunyi dan gelap.

Tiba-tiba...

Badan Sofea ditolak kasar menghempap sebuah dinding. Lehernya diacukan dengan sebilah pisau yang tajam.

Muka lelaki di hadapannya itu tertutp dengan topi dan memakai mask.

"Hi miss me baby", tanya lelaki di hadapan Sofea melepaskan mask dan topi mengukirkan senyuman sinis.

"Noah..", kata Sofea terkejut akan figura yang berada di depannya.

"Ouhh still remember me. Ingatkan dah lupa", kata Noah.

Ingin sahaja diludah muka lelaki dihadapannya itu mengingatkan kembali apa yang telah Noah lakukan kepadanya.

"Kau nak ape lagi dengan aku", tanya Sofea marah cuba menolak lengan Noah yang memegang pisau di lehernya.

"Ehh ehh kau tak payah nak ganas sangat, nyawa kau sekarang kat tangan aku", tegas Noah merapatkan lagi pisau sehingga sedikit berdarah leher Sofea.

Datanglah seorang wanita berpakaian mini skirt dan crop top berjalan menuju ke arah Noah.

"Hi Adryana Sofea. Remember me", tanya Tisya, perempuan yang sama ketika di sekolah.

"Apa yang korang nak, tak cukup lagi ke apa korang dah buat kat aku", tanya Sofea dengan perasan marah yang membuak-buak.

Memori silamnya tiba-tiba berlegar di fikiran.

"No, its never enough. Kau tak layak pun untuk bernafas dalam dunia ni", jawab Tisya.

"So nak bunuh aku, bunuh la sekarang", jawab Sofea memberanikan dirinya walaupun ketika itu hatinya bagainya ingin meletup.

"Ala tak syok la bunuh terus", kata Noah berpaling ke arah Tisya.

Tisya mengeluarkan sesuatu seperti ubat.

"Telan ni", kata Tisya memaksa Sofea untuk menelan ubat ditangannya dengan menyumbatnya ke dalam mulut Sofea dengan penuh paksaan.

Sedikit pergelutan berlaku sehinggalah ubat itu masuk ke dalam tekak Sofea. Sofea jatuh tersembam ke atas jalan tar itu dan pandangannya mula kabur disebabkan effect ubat itu.

Lelaki yang tiba² datang menumbuk muka Noah dan tercetusnya pergaduhan.

Sebelum Sofea menutup matanya, masih terdengar pergelutan yang berlaku sehinggalah matanya tertutup sepenuhnya.

..........

Keesokkan harinya,

Matanya dibuka perlahan-lahan. Cahaya malap dari lampu bilik kian menerangi matanya yang lama tertutup. Digagahkan badan untuk bangun dari baringan di atas.

Kepalanya yang pening diurut perlahan, mungkin kesan ubat yang dipaksa untuk Sofea telan semalam.

"Aku kat mana ni", desis hati Sofea.

Mata Sofea melilau ke memandang bilik yang sangat asing untuk dirinya. Matanya dipejam cuba mengingati apa yang berlaku semalam.

"Noah, Tisya", kata Sofea mengingati kejadian yang menimpa dirinya.

Tangannya pantas memeriksa lehernya dan luka di lehernya sudah ditutupi dengan bandage.

Kakinya diturunkan dari katil dan terus ingin menuju ke arah pintu yang tertutup rapat.

Namun, mata Sofea sempat melihat ke arah balkoni dan berjalan menuju ke arah balkoni yang pemandangan luarnya masih gelap.

Pintu balkoni ditolak perlahan.

Alangkah terkejut melihat dirinya berada di sebuah rumah agam yang sangat besar.

"Ni kalau terjun, tak cakap banyak auto KO", desis hatinya melihat ketinggian balkoni yang Sofea berdiri ketika itu.

Bebola matanya memandang ke arah beberapa orang lelaki berada di sekeliling kawasan rumah itu.

"Aku kena culik ke", soal Sofea lagi.

Derapan kakinya menuju ke arah pintu yang tertutup rapat itu. Sofea sempat memandang ke arah jam dinding yang menunjukkan tepat jam 4.35 pagi.

Dengan penuh perlahan dan berhati-hati, tombol pintu dipusingkan dan Sofea menolak sedikit demi sedikit pintu itu.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now