NINE

16 2 0
                                    

Matanya dibuka perlahan-lahan dan cahaya mula menyinari pemandangannya. Sekujur tubuh yang ditutupi dengan sehelai selimut lembut. Fikiran Sofea mengingati setiap perkara yang berlaku semalam sebelum pengsan untuk kali kedua.

Bunyi pintu yang terkunci itu dibuka menarik perhatian Sofea memandang ke arah pintu.

"Cik Sofea dah bangun. Ni akak ada bawak sarapan, makan tau. Nanti tuan marah", kata seorang wanita dalam umur lingkungan 50 tahun melihat wajahnya. Dulang berisi makanan dan minuman diletakkan di atas meja berhampiran katil.

"Terima kasih", ucap Sofea perlahan. Walaupun badan Sofea terasa penat namun digagahkan untuk bangun dari baringan di atas katil yang empuk itu.

"Ehh cik Sofea baring jelah, badan cik Sofea lemah lagi tu", kata wanita itu ingin kembali menyelimuti badan Sofea.

"Takpe saya okay", balas Sofea menolak bantuan wanita itu.

"Okaylah kalau macam tu , akak keluar dulu ya, ada apa-apa panggil je kat bawah", kata wanita itu tersenyum sebelum keluar dari bilik itu.

Pintu itu kembali dikunci dari luar bilik.
Sofea duduk di bucu katil merenung nasibnya.

"Arghhh", marah Sofea mencampakkan bantal jauh dari katil. Rambutnya diraupkan ke belakang memikirkan jalan untuk keluar dari rumah ini.

Tiba-tiba pintu itu kembali terbuka dan seorang lelaki melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kau nak apa huhh, dahla kunci aku dalam bilik ni. What's wrong with you?", tanya Sofea cuba menahan rasa marahnya kepada lelaki itu.

"I'm trying to help you", kata Adryan cuba menahan kesabarannya.

Sofea bangun dan berjalan mendekati Adryan.

"Aku tak kenal pun kau siapa, tiba-tiba datang nak protect aku. Aku hampir mati dulu pun takde orang peduli la", balas Sofea. Pandangan mata yang sangat dingin diberikan oleh Sofea.

"Okay listen. I'm really sorry because I'm not there to protect you but now I'm here, I will do anything just for you", kata Adryan memegang bahu Sofea memandang tepat ke anak mata Sofea cuba menenangkan emosinya yang tidak stabil.

"Kenapa sekarang? Kenapa baru sekarang kau muncul", tanya Sofea menahan rasa sedih bercampur marah mengingati setiap insiden yang menimpa dirinya sejak beberapa tahun yang lepas.

Namun seorang lelaki yang tidak dikenali muncul ingin menjaganya. Air mata Sofea tidak dapat ditahan lagi, tangannya digerakkan menekup mukanya menangis seperti seorang kanak-kanak menangis teresak-esak.

"I'm so sorry for not being there for you before. It must be hard for you", kata Adryan menarik Sofea dalam pelukannya.

Tanpa disedari air mata yang turun membasahi pipi Sofea kian semakin banyak mengalir keluar. Setelah beberapa tahun memendam perasaan seorang diri, akhirnya hati Sofea tewas di dalam pelukan seorang lelaki bernama Dylan Adryan.

"Just cry as much as you want", kata Adryan mengusap lembut kepala Sofea. Adryan juga sedar bahawa dirinya juga leka tidak menyedari apa yang telah berlaku kepada Sofea beberapa tahun yang lalu. Namun dirinya bertekad ingin menjaga Sofea sebaik mungkin.

..........

Selepas beberapa minit,

"Feeling better now?", tanya Adryan kepada Sofea yang sedari tadi menangis tidak berhenti.

Sofea mengangguk perlahan. Pelukan dilepaskan dan sisa air mata Sofea disapu dari mukanya.

"Let me show you something", kata Adryan menarik tangan Sofea mengekorinya berjalan ke suatu tempat.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now