SIXTEEN

6 1 0
                                    

Sofea terkebil-kebil menatap komputer di depannya.

Adryan sedang berjalan menghampiri Sofea dengan hadiah ditangannya.

"Here for you", kata Adryan tersenyum dengan seribu makna meletakkan selonggok buku kepada Sofea yang sedang tekun menatap komputer di hadapannya.

"Books?", soal Sofea. Buku-buku yang berada di atas meja diperhatikannya.

"Dia punya tebal ni kalah lecture note", kata Sofea di dalam hatinya.

"Baca semua buku ni, kalau tak habis tak boleh balik", kata Adryan cuba bermain dengan Sofea.

"Banyak kot ni, takkan la nak kena habiskan harini?", tanya Sofea menyoal tindakan Adryan memberikan semua buku itu di atas meja.

"Good luck", kata Adryan tersenyum puas hati kerana dapat mengenakan Sofea dan berlalu pergi berjalan ke arah tempat duduknya.

..........

Mata Sofea mula berkelip-kelip ingin menutup matanya ke alam mimpi. Jam di tangannya dikerling dan menunjukkan jam 6.17 petang. Dipandang Adryan yang masih tekun membuat kerja di atas meja.

"Aishh dia ni tak nak balik ke apa", soal Sofea perlahan.

Buku di tangan Sofea ditekup memberhentikan bacaannya. Langkah dimulakan menuju ke arah Adryan.

"Kau memang tak nak balik ke", tanya Sofea.

"Dah siap ke baca semua tu", soal Adryan  dengan matanya masih menatap komputer itu tidak memandang ke arah Sofea.

"Belum", jawab Sofea perlahan namun masih boleh didengari.

"Aku ada kerja sikit lagi, pergi sambung buat kerja kau", balas Adryan.

Sofea dengan muka tidak berpuas hati tidak kembali ke mejanya namun kerusi di hadapan Adryan ditarik.

"No", jawab Sofea ringkas dan padat. Otaknya sudah tepu membaca buku yang diberikan Adryan. Ada info yang sempat masuk ke dalam otaknya dan ada sudah berlalu bagaikan angin.

"Ouhh pandai melawan ya sekarang", kata Adryan mengangkat mukanya memandang Sofea.

"Buat jelah kerja kau, aku tunggu sini", balas Sofea malas melayan Adryan yang sampai ke sudah ingin menyiapkan kerjanya.

Belum sempat Sofea duduk di mejanya, Adryan mengemas mejanya dan terus bangun dari kerusi.

"Jom", kata Adryan berjalan meninggalkan Sofea.

"Adryan", panggil Sofea yang terkejut tiba-tiba Adryan berlalu pergi.

"Ehh dia ni kan, memang meminta betul nak kena sepak", desis Sofea perlahan.

Beg tangan di atas meja dicapai dan Sofea mempercepatkan langkahnya mengejar Adryan.

..........

Sofea memandang Adryan yang sedari tadi berbual di telefon dan sesekali sesuap nasi masuk ke dalam mulutnya.
Selepas beberapa minit, talian diputuskan.

"We need to go to Paris tomorrow", selamba kata Adryan kepada Sofea.

Makanan yang masih dikunyah tersedak masuk ke dalam tekak Sofea.

"Uhuk.. uhukk", batuk Sofea dan Adryan menghulurkan air menghampiri Sofea, terkejut melihat Sofea yang tiba-tiba tersedak nasi.

Nafas cuba diperbetulkan.

"Paris?", kata Sofea.

"We have a work there", kata Adryan menyuap spaghetti ke dalam mulutnya.

Termenung seketika Sofea mendengar apa yang dikatakan Adryan.

"Should I trust him? What if all of these are lies?", soal Sofea di dalam hatinya meragui tindakan yang dilakukan Adryan.

"Don't you believe in me?", tanya Adryan seperti memahami isi hati Sofea yang agak meraguinya.

Sofea hanya terdiam. Walaupun Adryan kelihatan baik dengannya namun tidak dapat dinafikan Adryan mempunyai aura yang agak menakutkan apatah lagi bila Sofea teringat akan apa yang dilakukan kepada Noah dan Tisya dengan serangan yang dialaminya di rumah lamanya dahulu. Sofea yakin Adryan masih menyimpan pelbagai rahsia dengannya.

"Just believe that I'll be by your side and protect you", balas Adryan.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now