THREE

91 2 0
                                    

8 tahun sebelum,

"Weihhh kau dapat tak", tanya Sofea kepada Noah.

Noah sedang membuka lembaran surat yang baru sahaja diterimanya. Dengan penuh perasaan berdebar, dia menyelak helaian kertas itu.

"Tahniah anda berjaya"

Sofea mengintai halaman yang dibuka dengan penuh debaran.

"Wehhh aku dapat", jerit Noah dengan perasaan penuh gembira. Sofea meraikan kejayaan sahabatnya itu berjaya ditawarkan ke sebuah syarikat lakonan.

"Congrats Noah, famous la kawan aku lepasni", kata Sofea mencuit lengan Noah.

"Thanks weh kau banyak tolong aku selama ni", balas Noah tersenyum lebar.

Akhirnya, segala penat lelah Sofea membantu ketika uji bakat dan interview terbalas dengan kejayaan lelaki itu mendapat tawaran. Sofea turut menemani Noah ketika sesi uji bakatnya dengan memberi sokongan.

"Takde hal la, kau kan bestie aku", kata Sofea bangga akan kawannya yang sorang ni.

"Jom aku belanja makan kat kedai hujung sekolah", kata Noah terus menarik lengan Sofea berjalan menuju ke arah kedai makanan.

Di kedai makan,

Sedang mereka asyik makan berdua di meja makan, terdengar suara-suara yang berbisik sambil memerhatikan mereka.

"Korang tengok couple dua tu, kemain happy harini. Aku dengar Noah kena casting dengan company famous tu, apa tah nama dia", kata seorang perempuan terus-menerus melihat ke arah Noah dan Sofea.

"Serius la, famous la Noah tu nanti. Yang girlfriend dia pun mesti happy jugak kan", balas seorang perempuan lagi.

"Hmm tak lekat lamanya diorang tu, mesti ada yang nak tackle Noah lepasni", kata perempuan itu lagi.

Hampir setahun kemudian,

"Noah aku tengok kau busy semacam je sekarang, banyak job ehh", tanya Sofea yang baru sahaja duduk di sebuah kerusi sebelah Noah.

"Haa aku busy sangat ni. Aku gerak dulu tau", jawab Noah acuh tak acuh dengan Sofea. Barangnya terus dikemas dan berlalu pergi.

Sejak mendapat tawaran belakon dari beberapa buah produksi, jarang sekali dapat Sofea berjumpa dengan Noah. Kalau jumpa mesti ada hal yang Noah cuba lakukan untuk mengelak daripada berbual lama dengan Sofea.

Dapat dikira dengan jari berapa kali mereka berbual dan lepak sama-sama macam dulu.

Pada waktu malam suatu hari,

Sedang Sofea berjalan menuju ke tempat membuang sampah, dia terlihat sosok tubuh lelaki yang amat dia kenali bersama sosok seorang perempuan sedang berbual di kawasan gelap berdekatan sebuah lorong.

Derapan kaki Sofea berjalan perlahan menuju ke arah sosok badan itu dan cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Sosok perempuan itu diperhatikan dan Sofea sangat mengenali suara dan rupa itu.

"Tisya", desis hati Sofea.

"You ni tak elok la buat macam tu kat dia", kata perempuan itu atau lebih dikenali sebagai Tisya.

"Mana ada I buat pape, perempuan tu yang tak sedar diri, dahla miskin nak rapat-rapat dengan I apahal", kata Noah menyampah.

"Bukan you ke couple of the year dengan dia dulu", tanya Tisya mengusap lembut lengan sasa Noah.

"Sekarang ni I dah annoying tengok muka dia hari-hari tau. Cerita dulu tu biarkan jelah, sekarang I dah ada you", jawab Noah menolak badan perempuan itu ke dinding.

"So you nak buat apa sekarang", tanya Tisya dengan suara yang menggoda.

Tangannya tidak henti menyentuh lembut dada Noah yang masih berbalut baju. Muka Noah semakin dirapatkan ke arah perempuan itu.

"I want you", kata Noah menggigit bibirnya dan memberikan ciuman yang lembut namun agak rakus kepada Tisya.

Sampah yang dipegang Sofea terjatuh kerana sangat terkejut melihat kelakuan Noah dan Tisya. Kedua mereka berpaling ke arah bunyi itu.

"Siapa tu", laung Noah.

Sofea tanpa berfikir terus berlari menjauhi mereka berdua.

Keesokan harinya,

Sofea cuba beriak biasa ketika berjalan pergi ke sekolah, namun rata-rata pelajar lain sedang berbisik antara satu sama lain.

"Tengok la perempuan tu la kena tinggal dengan Noah. Ni tengok post ni", kata seorang pelajar menunjukkan post yang dihantar Tisya di akaun Instagramnya bersama Noah dengan hashtag #mylove.

"Ye la tu. Kesian betul", balas kawannya itu.

......................

Hari terakhir sebagai pelajar senior di sekolah berjalan seperti biasa dan selesai sahaja majlis perpisahan, Sofea berjalan menuju ke rumahnya.

Ketika berjalan menuju ke rumah, di kawasan yang agak sunyi tiba² sebuah van putih berhenti di hadapan Sofea dan menekup mulutnya menggunakan kain yang mengandungi chloroform. Badannya meronta meminta pertolongan namun pandangan mata Sofea semakin kabur dan akhirnya dia pengsan.

Sebaldi air dituang ke atas badan Sofea.

"Hoii betina bangun la", kata seorang wanita menunjal kepala Sofea dengan kasar.

Dengan sisa tenaga yang ada, Sofea menggagahkan diri untuk membuka matanya. Dia sedang duduk di atas sebuah kerusi dan di belakangnya adalah sebuah tangga bangunan dengan tangan diikat di kerusi itu. Sofea memerhatikan susuk tubuh di hadapannya. Ya Tisya.

"Kau nak apa dari aku", tanya Sofea dengan nada sedikit marah.

"Aku sebenar dah lama nak buat benda ni kat kau tapi itulah tak sempat, so harini la aku nak buat", kata Tisya sambil memberikan senyuman yang sinis.

"Apa! Apa yang kau nak buat", tanya Sofea lagi.

"Oh sebelum tu, aku tak ingat nak tanya. Acaner best tak kena tinggal dengan boyfriend sendiri", tanya Tisya sambil menolak bahu Sofea.

Sofea cuba untuk belagak biasa namun Tisya kelihatan semakin marah.

"Kau nak tahu tak aku dah lama perhati kat kau. Sejak kau pindah sini, semua orang nak tahu pasal engkau. Kau itulah ini bla bla bla", kata Tisya penuh dengan kebencian.

"Tak sekarang ni kau nak apa dengan aku", tanya Sofea dengan perasan tidak berpuas hati.

"Aku nak semua attention yang kau dah ambik dari aku", jawab Tisya marah.

"Kau ambik la aku tak nak pun semua tu", jawab Sofea.

"And one more thing. Baby come here", kata Tisya berpaling memanggil seseorang. Lelaki itu berjalan dengan penuh keangkuhan ke arah Sofea dan Tisya.

"To your ex boyfriend, Noah. Anything to say. This might be last time you talk to him", tanya Tisya. Sofea memerhati silih berganti antara Noah dan Tisya.

"You not going to do it right Noah", tanya Sofea melihat ke arah Noah yang suatu ketika dulu pernah dikenalinya. Kini yang tinggal seorang Noah yang sangatlah angkuh memandang Sofea.

"Nothing can change my mind. You should just die", kata Noah tergelak dan terus menendang kaki kerusi dan badan Sofea terjatuh menghempap satu per satu anak tangga. Sofea dapat mendengar gelakkan dari lelaki dan perempuan yang menolakknya tadi.

Dan kepala Sofea terhantuk kasar dengan dinding batu itu, darah keluar sedikit demi sedikit sehingga penglihatannya semakin kabur.

...................

Akibat kemalangan itu, Sofea ditahan di wad selama beberapa minggu. Cubaan membuat laporan polis ditolak kerana kekurangan bahan bukti untuk menuduh Noah dan Tisya punca kecederaan Sofea.

END OF FLASHBACK

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now