EIGHTEEN

4 1 0
                                    

Setibanya di Paris, suasana kota yang romantik dan menawan menyambut mereka. Sofea kagum dengan keindahan bangunan-bangunan bersejarah dan jalan-jalan yang dipenuhi kafe-kafe kecil yang nyaman. Adryan dan Aiden membawa Sofea ke sebuah hotel mewah di tengah kota, di mana mereka akan menginap selama beberapa hari.

Pada waktu malam, selepas makan malam di sebuah restoran mewah, Adryan dan Sofea berjalan-jalan di sepanjang Sungai Seine. Lampu-lampu kota Paris memancar indah di permukaan sungai, mencipta suasana yang sangat mempesonakan.

"Paris is beautiful at night," kata Sofea dengan mata yang bersinar-sinar, kagum dengan pemandangan di sekelilingnya.

Adryan tersenyum melihat Sofea yang kelihatan begitu teruja. Jarang untuk Adryan melihat senyumam ikhlas yang terukir di bibir gadis bernama Adryana Sofea.

"You know, there's a saying that Paris is the city of love," kata Adryan, sambil memandang ke arah sungai. "It brings out the best in people."

Sofea tersenyum, tetapi tidak menyedari nada lembut dalam suara Adryan. "I can see why. Everything here feels so magical.", tambah Sofea.

Bagaikan tidak dapat percaya segala perkara yang telah terjadi kepada dirinya. Kini, kaki Sofea mampu berpijak di sebuah negara yang sangat indah.

"Borak apa tu?", soal Aiden yang tiba-tiba datang mengambil tempat di sebelah Sofea.

"Nothing, just a talk", balas Adryan.

"Here for you", kata Aiden menghulurkan setin air kepada Sofea.

"Yalah untuk Sofea je, kat aku takde", kata Adryan seperti merajuk tidak dapat air daripada Aiden.

"Kau boleh pergi beli sendiri ya, aku beli for this beautiful girl only", kata Aiden mengenyitkan matanya ke arah Sofea.

Sofea tergelak kecil melihat karenah dua orang lelaki di hadapannnya.

"Nak ke, ambil la air ni", tanya Sofea menghulurkan air tin kepada Adryan.

"Ehh, noo saje je nak test si Aiden ni. Mentang-mentangla dah ada kawan baru", jawab Adryan.

"Yelah bukan selalu dapat kawan baru, perempuan pulak tu. Bosan la hari-hari hadap muka kau je Adryan", balas Aiden memerli kembali Adryan.

"Sofea jangan layan sangat Aiden ni, dia playboy sikit. Awek keliling pinggang", kata Adryan menggelengkan kepalanya.

Aiden ketawa besar. "Jangan dengar cakap dia. Aku ni gentleman tau."

Sofea tersenyum melihat perbualan mereka. Kehadiran kedua-duanya membuatkan dia merasa lebih tenang dan gembira.

Malam itu, mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar Paris, menikmati pemandangan indah Eiffel Tower yang bercahaya. Adryan, yang biasanya serius, kelihatan lebih santai dan gembira di samping Sofea dan Aiden.

Ketika mereka berjalan di tepi sungai Seine, Sofea berhenti dan memandang ke arah Adryan.

"Kita buat ape je sebenarnya kat sini", tanya Sofea.

Adryan mengalihkan pandangan dari memandang Sofea ingin menyembunyikan tujuan sebenarnya ke kota Paris ini.

"Aku ada kerja nak kena settle kat sini", balas Adryan.

"Are you sure?", tanya Sofea lagi mencari apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuannya.

"Tanya Aiden kalau tak percaya", tambah Adryan.

"Yeah, Sofea. Adryan memang ada kerja di sini. Tapi kami juga nak pastikan kau enjoy percutian ni," kata Aiden dengan senyuman meyakinkan.

Sofea mengangkat keningnya, masih merasa curiga.

...

Mereka terus berjalan, menikmati malam yang semakin larut. Namun, hati Sofea masih dipenuhi dengan pertanyaan. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh Adryan, tetapi dia tidak ingin merosakkan suasana malam itu.

Keesokan paginya, Adryan meninggalkan hotel lebih awal, meninggalkan nota untuk Aiden dan Sofea bahawa dia ada urusan perniagaan yang perlu diselesaikan. Sofea dan Aiden memutuskan untuk melawat beberapa tempat menarik di Paris, termasuk Louvre dan Notre-Dame.

Semasa mereka berjalan di taman, Sofea melihat 2 orang lelaki berbaju hitam berdiri tidak jauh dari mereka. Mereka kelihatan seperti sedang memerhati seseorang. Perasaan tidak enak mula menjalar dalam dirinya.

"Jom balik," kata Aiden secara tiba-tiba. Tangan Sofea ditariknya mengekorinya ke arah kereta.

Ketika mereka sampai di kereta, Aiden dengan pantas membuka pintu dan menyuruh Sofea masuk. "Cepat, masuk!" katanya dengan nada tegas.

Sofea mematuhi tanpa banyak soal, tetapi hatinya berdegup kencang.

"Somethings not right" kata Aiden sambil menghidupkan enjin dan memecut laju meninggalkan taman itu.

Dalam perjalanan, Sofea mengerling ke cermin sisi dan menyedari bahawa sebuah kereta hitam mula mengejar mereka. "Aiden, they following us!"

Aiden melihat melalui cermin pandang belakang dan mengumpat perlahan. "Hold tight, Sofea. Kita tak boleh biarkan mereka tangkap kita."

Aiden memandu dengan kecepatan tinggi melalui jalan-jalan sempit di Paris, cuba melepaskan diri dari pengejar mereka. Namun, kereta hitam itu tetap mengekori rapat, tidak memberi peluang kepada mereka untuk meloloskan diri.

Tiba-tiba, kereta hitam itu mempercepat dan merempuh sisi kereta mereka, menyebabkan Aiden kehilangan kawalan dan kereta mereka terbabas ke tepi jalan. Kedua-duanya terpinga-pinga seketika, tetapi Aiden segera menyedari bahaya yang semakin mendekat.

"Sofea, keluar sekarang!" jerit Aiden sambil membuka pintu kereta.

Sofea, dalam keadaan panik, mengikuti arahan Aiden. Mereka berlari menuju sebuah lorong sempit, berharap dapat melarikan diri. Namun, musuh mereka terlalu cepat. Beberapa lelaki berbaju hitam muncul di hadapan mereka, memegang senjata.

Aiden menarik Sofea ke belakangnya, melindunginya dengan tubuhnya. "Kau lari, Sofea! Lari sekarang!"

"Aiden, no! Aku tak boleh tinggalkan kau!" balas Sofea dengan air mata mengalir.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now