TWENTY SIX

0 0 0
                                    

Sofea memalingkan wajahnya, mengelak daripada tatapan mata Haider yang seolah-olah menembusi jiwanya. "Haider, tolonglah. Aku penat. Tolong keluar," pinta Sofea dengan suara yang lebih lembut, cuba mengawal emosinya yang berserabut.

Haider menarik nafas panjang, kelihatan sedikit kecewa tetapi memahami keadaan Sofea. "I'm just worried about you. Aku tahu kau tengah marah dekat aku," ujar Haider.

Sofea menghela nafas panjang. Walaupun hatinya keras, dia tahu Haider hanya ingin membantu. Namun, dia masih tidak bersedia untuk membuka hatinya. "Just get out," kata Sofea sambil memandang ke lantai.

Haider tahu saat ini bukan waktu yang sesuai untuk memaksa Sofea. Badannya bangun dan melangkah keluar dari bilik itu.

Setelah Haider keluar, Sofea merebahkan dirinya di atas sofa, merenung siling dengan fikiran yang kusut. Dia tahu dia perlu berdepan dengan perasaannya, tetapi untuk sekarang, dia hanya ingin bersendirian, mencari ketenangan dalam kesepian.

...

Malam itu, Sofea sukar untuk melelapkan mata. Fikirannya terus berputar mengingati kejadian di bilik Haider. Setiap kali dia cuba menutup mata, bayangan wajah Haider yang dekat dengan wajahnya kembali muncul, mengganggu ketenangannya. Sofea tahu perasaan yang bercampur baur ini tidak akan hilang begitu saja, dan dia perlu mencari jalan untuk menghadapinya.

Keesokan paginya, Sofea terjaga agak lewat dari kebiasaanya dengan mata yang berat dan kepala yang sedikit pening akibat kurang tidur. Setelah membersihkan diri dan bersiap, dia turun ke dapur untuk membantu kak Siti membuat sarapan. Namun, sarapan sudah siap terhidang di atas meja.

"Pagi, kak Siti. Awalnya dah siap sarapan", sapa Sofea ke arah kak Siti yang sedang menuang air teh panas ke dalam cawan.

"Ehh cik Sofea, pagi. Ni akak ada buat nasi goreng, meh makan", pelawa kak Siti. Sofea terus menuju ke arah meja makan untuk menjamu selera.

Seketika kemudian, langkah kaki yang berat kedengaran menghampiri meja makan. Sofea menoleh dan melihat seorang lelaki berpakaian kemas, yang dikenalinya sebagai salah seorang anak buah Haider, berdiri di hadapannya. Dia tersenyum kecil tetapi ada sedikit kebimbangan di wajahnya.

"Cik Sofea, tuan Haider suruh saya datang jemput cik pagi ni," katanya dengan nada hormat. "Dia minta cik bersiap sebab dia nak bawa cik ke suatu tempat."

Sofea terkejut dan sedikit keliru. "Haider nak bawa saya ke mana?"

Lelaki itu menggelengkan kepala perlahan. "Maaf, cik, saya tak tahu. Tuan Haider tak beritahu, dia cuma suruh saya jemput cik dan pastikan cik sampai ke tempat tu dengan selamat."

Sofea memandang ke arah kak Siti yang masih sibuk di dapur, mencari jawapan dalam diam. Kak Siti hanya mengangguk seolah-olah memberi izin, menunjukkan bahawa dia juga tidak tahu apa yang dirancang oleh Haider.

Sofea menghela nafas panjang, perasaan bercampur baur antara ingin tahu dan sedikit ragu-ragu. Akhirnya, dia memutuskan untuk mengikuti arahan itu.

"Okay," kata Sofea sambil berdiri. Dia melangkah menuju ke biliknya, mengambil masa sejenak untuk memikirkan apa yang mungkin menantinya.

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now