THIRTEEN

16 2 0
                                    

"Drive la kereta tu, pandang belakang buat apa. Nak pergi hospital tak nak", marah Sofea kepada Daniel yang memandang ke arah Sofea dan Adryan di seat belakang serta memerli Adryan yang tidak ingin pergi ke hospital melawat luka di perutnya.

"Daniel, kau call la Dr. Mallek suruh tunggu kat rumah", kata Adryan kepada Daniel.

Ubat dituangkan sedikit di atas kapas dan Sofea fokus membersihkan luka di muka Adryan.

"Mana kau belajar rawat orang", tanya Adryan kepada Sofea, kagum melihat gadis itu membersihkan lukanya dengan sangat cermat.

Tiada jawapan keluar dari mulut gadis di depan matanya itu.

Adryan cuba bangun dari pembaringannya namun Sofea terus menahan dahi lelaki itu.

"Ishh baring jelah diam-diam", tegas Sofea berbicara.

Adryan yang cuba untuk bangun tidak jadi kerana dibebel oleh Sofea.

"Noah and Tisya?", teka Adryan cuba mengagak Noah dan Tisya punca kecederaan Sofea.

Sekali lagi Sofea tidak memberikan sebarang reaksi akan pertanyaan itu dan terus meletakkan ubat di bibir dan dahi Adryan tanpa menjawab soalan itu.

Tangan Sofea digenggam Adryan menghentikan tindakan Sofea meletakkan ubat itu.

"Answer me", kata Adryan memendang serius ke arah Sofea.

"Kalau diorang pun kau nak buat apa, nak bunuh diorang", soal Sofea menarik tangannya dari genggaman Adryan.

"I will if you want", jawab Adryan.

Sofea sedikit terkedu mendengar jawapan lelaki itu. Selepas kejadian Adryan dan konco-konconya membantai Noah dan Tisya haritu, Sofea berasa takut ingin bertanya akan khabar mereka. Entah masih hidup ataupun telah mati.

...

"Dr. macam mana keadaan Adryan", tanya Sofea kepada seorang doktor yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan sebentar tadi.

"He's fine. Saya dah bersihkan dan attach luka tu. Nanti bagi dia makan ubat dan rehat jelah", kata Dr. Mallek memandang Sofea dan Daniel.

"Thank you Dr", kata Daniel.

Sofea bergegas masuk ke dalam bilik itu melihat Adryan. Lelaki itu berbaring di atas katil dengan tidak memakai baju.

Hampir sahaja Sofea ingin berpatah balik keluar dari bilik itu setelah melihat Adryan tidak memakai baju, namun mengingatkan Daniel berada di belakangnya, terus Sofea cuba berjalan dengan selamba menahan hatinya.

Muka Adryan ditenung memastikan lelaki itu betul-betul melelapkan matanya ke alam mimpi mungkin kesan ubat yang diberikan oleh doktor.

"Macam mana nak cakap ni Adryan dah tidur", desis hati Sofea menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Hati Sofea mula berasa bersalah melihat Adryan yang cedera disebabkan dirinya. Sebelum Sofea ingin pulang ke rumahnya pada waktu pagi tadi, Adryan melarangnya untuk balik. Kata Adryan tidak selamat bagi Sofea untuk pulang ke rumahnya ketika itu. Namun Sofea berkeras ingin pulang ke rumahnya.

Kerusi yang digunakan Dr. Mallek tadi Sofea tarik dan duduk diatas kerusi itu. Termenung panjang Sofea memikirkan dirinya adalah punca kecederaan Adryan.

...

"Urmm Sofea, kalau nak tidur, dekat sana ada bilik tau", kata Daniel melihat Sofea sedang termenung memandang Adryan.

"Aaa... okay", jawab Sofea ringkas kembali ke alam realiti.

Daniel berjalan keluar dari bilik itu.

"Dah aku ni takkan nak stay dalam bilik ni je", soal Sofea dalam hatinya. Kepalanya yang tidak gatal digaru sekali lagi.

Mata Sofea beralih ke arah sofa yang berada berhampiran pintu itu dan langkahnya mula menuju ke arah sofa itu.

Badaannya dibaringkan di atas sofa itu dan tanpa disedari matanya terlelap ke alam mimpi.

..........

Still With You (On Going)Where stories live. Discover now