05🫀

5 0 0
                                    

Malam sudah tiba, Xiaojun masih berada di rumah Mark dan Haechan. Bukan tak nak balik, tapi Mark dan Haechan memaksa nya untuk tidur sehari dua di rumah itu, dia pun tidak tolak.

"Mark macam mana hidup kau sekarang?"

"Macam yang tengok lah bahagia je" Mark menjawap sambil memeluk bahu Haechan. 

Situasi mereka, MarkHyuck duduk bersama di sofa panjang tapi Xiaojun duduk di single sofa. 

"Kau Haechan?"

"Saya?" Tanya Haechan.

Xiaojun tersenyum dia memandang kearah Mark.

"Setahu aku lah, korang kahwin dah nak dekat 2 bulan kan? Takde apa-apa good news ke" Mark yang seakan faham dengan senyuman sinis Xiaojun membaling bantal sofa yang terletak di atas peha nya itu.

"Ah kau, itu aja yang kau fikir. Takde rezeki lagi. Lagi pun baru 2 bulan bukan 2 tahun" Xiaojun tergelak.

"Hahaha, kay-okay sorry, aku nak gurau je" Xiaojun masih dengan gelak nya.

Sekali lagi Mark membaling bantal sofa kearah Xiaojun. Haechan terus bangun memintak izin untuk naik keatas.

Hilang sahaja kelibat Haechan di dalam lift itu wajah Xiaojun menjadi serius.

"Mark, aku nak tanya kau sesuatu. Pasal adik kau Jeno" Mark membetulkan pakaian nya, kaki disilang dan badan bersandar pada sofa.

"Kenapa dengan Jeno?" 

Xiaojun membuka phone nya, apps geleri di tekan.

"Lelaki yang sebalah Jaemin tu, nama dia Lee Jisung, anak Jaemin" Phone diberikan pada Mark

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lelaki yang sebalah Jaemin tu, nama dia Lee Jisung, anak Jaemin" Phone diberikan pada Mark. Mark hanya tengok dan memandang Xiaojun kembali.

"Jadi? Apa kena mengena dengan Jeno?" Tanya Mark pelik.

"Kau masih tak faham? Nama dia Lee bukan Na" Pada mula nya Mark masih tidak faham, tapi dia diam seketika ingin memahami apa yang dikata kan oleh Xiaojun itu.

"Maksud kau... Dia Lee Jisung, anak Lee Jeno?" Tanya Mark suara nya agak kuat sedikit. Xiaojun memukul kuat peha Mark sambil membuat isyarat diam. Dia memandang kearah tangga atau lift risau ada Haechan.

"Diam lah sikit bodoh. Ye itu anak Jeno. Tujuan aku datang sini bukan hanya sebab kerja, tapi sebab aku nak jumpa dengan kau" 

"Ini kan anak Jeno, kenapa kau nak jumpa dengan aku?" tangan menggosok-gosok peha yang di pukul tadi. Sakit beb.

"Habis kau nak aku jumpa Jeno pastu cakap straight macam tu? Jisung tu dah nak 21 tahun dah, Jeno tu macam takde usaha langsung untuk cari Jaemin." Mark memahmi apa yang baru sahaja Xiaojun kata kan.

Mereka pun hanya diam sahaja.

~ OUR ~

Ayden dan Jisung sedang bermain bersama diluar rumah ditemani Renjun.

"Papi, penat"

"Samchon mana papa? Dari tadi Jaem tak nampak?" 

Ayden anak sulung bagi Renjun dan Guanlin. 

"Papa keluar dengan Mingrui pergi kedai tak silap. Kenapa Jeam cari papa?" Renjun memeluk bahu anak sulung nya yang sedang menarik nafas berkali-kali kepenatan.

"Takde lah saja je cari, Ayden jom ikut hyung." 

"Pergi mana hyung?" Tanya Ayden.

"Adalah, jom cepat" tangan kecil Ayden ditarik laju masuk kedalam rumah. Renjun masih diluar rumah ingin mengambil angin sejuk musim salji itu. 

"Papi, buat apa kat luar ni?" Guanlin yang baru sahaja balik dari kerja pergi kearah si isteri. 

"Takde apa saja duduk kat luar ambik angin sejuk. Bila papa balik? Tak dengar pun kereta?" Guanlin tersenyum dia meletak kan jaz kerja dan beg kerja ke tepi, dia menarik Renjun untuk bangun dia duduk kerusi bangku itu sementara Renjun yang masih berdiri.

"Duduk sini" peha ditepuk berkali-kali, Renjun tidak membantah melainkan dia hanya duduk sahaja dia atas peha suami nya.

"I want to recharge my energy, so just shut up" keras tapi tenang dari Guanlin. Renjun terdiam tidak mahu menjawap atau membantah.

~ OUR ~

"Hyung, kita buat apa kat dalam bilik samchon Jaem?" Tanya Ayden, dia melihat seluruh bilik pakcik saudara nya yang rapi itu.

Jisung yang masih mencari sesuatu hanya diam, sehingga dia terjumpa satu gambar yang dia cari.

Jisung yang masih mencari sesuatu hanya diam, sehingga dia terjumpa satu gambar yang dia cari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ayden tengok ni" Ayden melihat kearah gambar yang di tunjuk. 

"Ni siapa?" Ayden menunjuk kearah gambar seseorang yang duduk dibawah sambil memandang kearah Jisung.

"Hyung pun tak tahu, tapi hyung rasa dia ni lah daddy hyung, sebab papa selalu nangis setiap malam sambil pegang gambar dia. Pastu papa ada sebut nama dia, Jene? Jena? Jeno? Hah! Jeno!" Ayden memandang Jisung.

"Hyung rasa, hyung nak cari data dia. Hyung nak tahu apa hubungan dia dengan papa."

"Ayden nak ikut juga" Jisung hanya angguk dia mengelus kepala adik saudara nya itu, dia membawa gambar itu dan keluar dari bilik Jaemin. 

~ OUR ~

Our {NOMIN}Where stories live. Discover now