PHEA | BAB 1

143 11 0
                                    

BZZZ... Bzzz...

Seperti biasa setiap pagi mesti telefon bimbit jenama Iphone XS kesayangan Fillea itu berbunyi dan bergetar menandakan telah tibanya cahaya pagi datang menyapa seluruh alam.

Sempat Fillea mengeliat di atas katil sebelum dia bangun menegakkan tubuhnya. Iphonenya dicapai dahulu sebelum melakukan perkara yang lain. Biasalah anak muda, apa-apa mesti telefon dulu.

Lama Fillea merenung skrin utama telefon. Kusyuk dia melihat waktu yang tertera di skrin telefonnya. Jam menunjukkan pukul 6:21 pagi. Lekas Fillea bangun untuk menunaikan solat subuhnya sebagai pembuka kisahnya hari ini. Bak kata mamanya, solat itu ibarat tiang rumah. Sendiri-sendiri fahamlah. Sejadah dibentang menghadap ke arah kiblat. Telekung disarung ke tubuh lalu segera Fillea melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah.

Usai menunaikan solat, Fillea merangkak ke arah birai katil. Telefonnya diambil. Laju jari menggesel skrin telefon. Aplikasi WhatsApp diketik sekali. Berdesup pesanan keluar diruangan utama. Tetapi pesanan yang menarik perhatiannya adalah pesanan dari grup Essalwa Family. Berkerut seribu dahi Fillea membaca karangan panjang dari Aunty Lufiya iaitu isteri kepada abang papanya, Eidlan Hilman.

Terasa malas hendak membaca ayat pembuka undangan majlis perkahwinan itu, terus Fillea melarikan anak matanya ke ayat yang seterusnya.

...menjemput Dato' / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik serta keluarga untuk menyerikan Majlis Raja Sehari Puteri kami:

Laura Elvina dengan pasangannya Laith Mateen...

Fillea terus berhenti membaca apabila mulutnya menyebut nama pasangan sepupunya itu. Mengucap Fillea sebaik sahaja sebelah tangannya menekup mulut.

"Laith Mateen? Laith Mateen anak Dato' Luth Kamel?" Fillea masih tidak percaya yang sepupunya itu bakal berkahwin dengan anak Dato'. Tiba-tiba notifikasi muncul di skrin telefon. Beberapa mesej dari sepupunya diterima.

Why Lea? You're not happy for me?

Fillea menepuk dahinya berkali-kali. Dia fikir yang keluar dimulut hanya dimulut. Tapi tak sangka keluar di keyboard juga. Tambahan lagi sudah dikirim ke dalam grup keluarga! Fillea kembali ke pesanan Laura tadi. Lama dia membaca soalan mudah Laura. Mudah sampai rasa nak ludah.

Siapa cakap aku tak happy? I'm totally happy. Congrats, cousin.

Emoji smile dikirim selepas itu.

Typing...

Stop pretending like you're okay with that, Fillea.
Yes, he is Laith Mateen. Laith Mateen bin Dato' Luth Kamel. Your ex fiance. Surprise!

Fillea mengepal penumbuk. Kalau ikutkan hatinya hendak saja dia tarik rambut Laura sampai botak. Biarkan dia tak ada rambut sewaktu hari bersanding nanti. Nasiblah jauh.

You know what, Laura Elvina? I'm totally don't care about your future husband or should I say 'my ex fiance'.
Sudahlah. Tahniah, Laura. Jangan risau aku akan datang majlis kahwin kau. Gerenti tak menangis punya.

  Emoji wink di penghujung ayat selepas itu. Berharap ayatnya dapat membuktikan yang Fillea sudah seratus peratus lupakan Laith. Tak ada guna nak meroyan atau menangis untuk seorang lelaki yang tak hargai kita.

ALAT kawalan jauh ditekan-tekan untuk menukar siaran televisyen. Sepatutnya hari ini Fillea patut pergi bekerja tapi tak sampai beberapa minit, dia batalkan niatnya apabila mendapati Gemoy jatuh sakit. Siapa Gemoy? Semestinya kucing parsi yang dihadiahi oleh Laith.

Sepatutnya Fillea harus pulangkan semula Gemoy kepada Laith tetapi dia sendiri pun sudah jatuh sayang pada Gemoy. Mana mungkin dia akan pulangkan? Sedang asyik termenung, kaki Fillea terasa digesel sesuatu. Kepalanya menoleh ke bawah. Tersengih Fillea melihat Gemoy yang kembali sihat dan normal.

  Fillea sangat sukakan kucing. Tak kisahlah kucing bandar, kucing kampung atau kucing jalanan sekalipun dia tetap suka. Kucing sentiasa comel dimatanya walaupun hakikatnya ada setengah kucing yang nampak tidak begitu menyenangkan mata.

Tapi itu semua normal bagi Fillea. Seperti manusia juga, tiada yang sempurna, inikan pula haiwan. Kita semua makhluk ciptaan Allah, yang penting harus sentiasa bersyukur. Kucing itu sendiri pun tidak minta dirinya jadi seperti itu. Takdir Allah, kita harus terima dan redha.

  "Lepasni jangan gesel-gesel kepala dekat pasir depan rumah tu lagi ya? Kalau jadi balik macam tadi, kakak taknak bawa awak pergi klinik dah. Kakak dah warning ya?" kata Fillea sambil menggomol Gemoy. Tidak berhenti Gemoy mengiau akibat digomol Fillea.

Apabila mengimbau kembali kejadian yang berlaku tadi, sangat membuatkan Fillea tidak keruan. Fillea terkejut apabila doktor haiwan memberitahunya bahawa Gemoy pernah memakan pasir. Macam tak betul kan? Tambahan lagi, kalau Gemoy amalkan setiap hari boleh menyebabkan penyumbatan usus. Tak sanggup Fillea dengar apa kesannya terhadap Gemoy. Gemoy masih kecil. Pasti dia bakal sedih seperti mak mati anak nanti.

Sedang asyik bermain bersama Gemoy, Iphone XS milik Fillea bernyanyi sakan di atas sofa. Gemoy dibawa bersama ke arah yang dituju. Telefon dicapai dengan pantas lalu melihat gerangan yang menelefonnya itu. Tertera nama abangnya.

Fateh Elhan
Slide to answer

Slide to answer digesel oleh ibu jari Fillea. Jarang Fateh hendak menelefonnya jika tiada perkara yang penting. Jadi kalau dia menelefon pasti ada perkara penting yang ingin dia sampaikan. Sebab itu laju aje Fillea menjawab panggilan Fateh.

Telefon didekatkan ke telinga kanan. Belum sempat Fillea bersuara abangnya dulu memberi salam. Fillea menjawab salam abangnya. Gemoy yang digendongnya tadi dilepaskan ke bawah. Berlari entah ke mana Si Gemoy itu. Badan disandarkan ke sofa agar dia dalam keadaan yang selesa.

"Lea dah baca?" pendek Fateh menyoal. Walaupun pendek soalan itu namun Fillea sudah boleh agak apa yang dimaksudkan 'dah baca' oleh Fateh. Tak lain tak bukan mestilah berkaitan dengan undangan perkahwinan Laura dan Laith.

"Ya, dah baca. Kenapa?" Kedengaran sedikit geram didalam nada bicara Fillea. Lama Fateh diam. Kemudian dia bersuara semula.

"Lea nak datang ke? Kalau nak abang ambik Lea."

"Lama lagi kan harinya? Tak apa. Lea boleh drive sendiri. Lea nak drive sendiri ke sana."

"Lama apanya, Lea. Lusa hari kahwinnya tu." Fillea terkejut. Lusa? Tanpa banyak tanya terus Fillea buka grup keluarga papanya semula. Ya, benar apa yang Fateh beritahu. Lusa adalah hari perkahwinan Laura dan Laith. Kiranya Fillea harus bertolak hari ini ke Terengganu dan ambil cuti untuk esok.

Tanpa sedar panggilan tadi telah terputus. Mungkin Fateh yang mematikan panggilan mereka. Telefon yang berada ditangan dicampak ke atas sofa. Kedua tangannya meraup wajah. Macam manalah dia hendak menghadap muka sepupunya yang macam ahli sihir dan bekas tunangnya yang acah setia itu. Paling tak boleh nak elak nanti, mulut makcik bawang dan makcik kepoci.

"Nasib kau lah, Fillea. Dah takdir ditulis begitu, takkan kau nak halang dan memberontak? Aku redha." Kata Fillea sebelum dia mengangkat punggungnya dari sofa.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now