PHEA | BAB 9

67 6 0
                                    

JAUH Fillea termenung sehingga tidak sedar bahawa dirinya dipanggil oleh Uncle Eidlan untuk bergambar sekali bersama pengantin. Acuh tak acuh saja Fillea bangun ingin sertai sesi fotografi itu. Fillea mendapatkan tempat di sebelah Medina. Tidak ingin dia berdiri di sebelah Laura. Silap-silap boleh jadi perang dunia pengantin. Tahu-tahu ajela perangai Laura macam mana kan?

Wajah dipaksa senyum agar dirinya tidak nampak seperti baru lepas merana kerana bekas kekasih kahwin dengan orang lain. Walaupun hakikatnya benar. Sepanjang sesi fotografi, dirinya perasan seperti diperhatikan seseorang. Entah kenapa Fillea rasa seperti Haider sedang meliriknya.

Laju anak mata lari ke arah jejaka yang meliriknya tanpa izin. Haider tenung Fillea sangat dalam. Terasa panas kedua pipi Fillea. Kemudian dirinya perasan mata Haedar sedang memerhatikan gelagat dirinya dan Haider. Serius wajah lelaki tampan itu. Terus Fillea teguk liur dan fokus ke arah kamera dihadapannya semula.

  Usai sesi fotografi terasa perut Fillea sedang mengadakan parti tanpa mengundang dirinya. Bermakna Fillea sudah ada selera untuk melahap segala jenis makanan sekarang ini. Laju kaki melangkah ke arah lauk-pauk yang terhidang. Ada ayam masak merah, gulai kepala ikan, sayur kolok kulit rambai, kerabu ayam goreng dan ulam-ulaman berserta sambal belacan.

  Rasa terliur melihat pelbagai jenis makanan dihadapannya. Pantas tangan mengaut nasi putih dan lauk-pauk yang terhidang. Paling tak boleh dilepaskan ialah ulam-ulaman dan sambal belacan. Memang favourite betul! Sedang kusyuk mengaut sambal belacan, lengan Fillea disiku seseorang. Nasib baik sudu kecil ditangannya tidak jatuh. Kalau tak memang sebalang sambal belacan itu dicurah ke muka gerangan yang menyikunya tadi.

  Automatik kepala Fillea menoleh kearah kanannya. Terukir senyuman kerang busuk di wajah Haider. Apalah yang mamat ni mahukan darinya?

  "Banyaknya ambil makanan. Habis ke?" tegur Haider. Fillea side eye Si Haider. Apa dia fikir badan kurus sepertinya tak mampu habiskan sepinggan nasi dan lauk ini? Silap oranglah!

  "Habis je. Kalau tak habis takdenya saya nak ambil banyak-banyak." Balas Fillea. Usai itu Fillea terus mendapatkan tempat tidak jauh dari meja Haedar dan Haezar. Hanya selang 2 buah meja sahaja. Kemudian dia diusuli dengan Haider. Kerusi depan dihadapan Fillea ditarik lalu Haider melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Haedar perhati sahaja gelagat Haider. Dari tadi lagi menggatal dengan anak dara orang. Menyirap dibuatnya.

  "Tak takut gemuk ke makan banyak-banyak?" tegur Haider lagi.

  "Buat apa nak takut? Jadi gemuk bukannya mati pun."

  "Siapa cakap tak mati? Ada yang makan banyak-banyak sampai obesiti. Kemudian, umurnya tak panjang." ketawa Haider dihujung ayat. Apa yang kelakar tak tahulah.

  "Kalau makan tak beringat memanglah boleh obesiti. Saya ni beringatlah jugak." Fillea menghadiahkan side eyenya lagi. Seperti yang kita tahu, Fillea dan side eye berpisah tiada.

  "I'm Haider. And you?"

Fillea kelip mata berkali-kali. Tiba-tiba aje nak kenalkan diri. Tak tanya pun nama dia siapa kenapa tiba-tiba nak beritahu?

"Fillea." jawabnya sepatah. Haider angguk kepala.

"Such a beautiful name... Like the owner. Gorgeous and adorable." puji Haider melambung. Kembang semangkuk Si Fillea. Tiba-tiba kedua jejaka bernama Haedar dan Haezar datang menghampiri mereka berdua. Automatik wajah Haider berubah tegang dan dingin serta dalam masa yang sama Haider bangun dari tempatnya dan beredar ke arah pengantin. Berkerut wajah Fillea dibuatnya. Kot ye pun bergaduh janganlah obvious sangat. Buat malu orang sekeliling aje.

"Haider tu adik korang kan? Dia nak pergi mana?" soal Fillea tanpa rasa segan lagi.

"Berapa lama dah kau kenal Haider?" soalan Fillea dibalas dengan soalan dari Haedar. Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Inilah lelaki!

"Baru je kenal tadi. Kenapa?"

"Takde apa. Kau selesa ke dengan dia?" tanya Haedar lagi. Macam detektif pula nak tahu semua benda.

"Selesa? Tak kot." jawab Fillea tak pasti.

"Kot?"

"Iyalah. Kan baru kenal? Manalah saya tahu saya bakal selesa ataupun tak." Terus diam Haedar. Ada betul juga apa yang Fillea kata. Haezar yang berada di sebelah membetulkan kedudukan. Kalau tadi sedang santai bersandar kali ini pula duduk tegak hingga nampak tubuhnya yang tegap.

"Minta maaf kalau awak rasa tak selesa sebab terlalu banyak tanya. Haider tu adik bongsu kami. Kami ni abang kembar dia." Haezar pula bersuara.

"Kembar?" melopong mulut Fillea. Macam bukan kembar aje. Muka tak sama langsung. Kembar tak seiras ke?

"Non-identical twins." Haedar jawab seakan tahu apa yang ada di isi kepala Fillea. Fillea angguk kepala tanda faham. Tapi kenapa Haedar tanya macam-macam soalan tadi? Ke sebab adik bongsu dibawah jagaan abang-abang? Mustahil. Haider bukan perempuan.

"Kenapa banyak tanya ya? Ada apa-apa ke? Kalau awak berdua syak yang saya dengan Haider ada hubungan, minta maaf ya. Saya tak berminat nak bercinta dengan orang yang ada pertalian darah dengan keluarga Laith Mateen." Fillea terus sembur tanpa hiraukan perasaan dua jejaka dihadapannya itu. Apa dia kesah? Baik dia terus-terang awal-awal kan? Di waktu yang sama, Haezar terbatuk tiba-tiba. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba terbatuk. Kena umpat dek orang ke?

"Kau ada masalah apa dengan Laith?" Tanya Haedar serius. Fillea teguk liur. Dah berapa kali dia teguk air liurnya sendiri. Haedar ni cuba senyum sikit? Asyik serius memanjang. Gerun dibuatnya.

"Awak kan keluarga dia? Takkanlah tak tahu? Oh mungkin Laith rahsiakan kot?" Fillea ketawa mengejek dihujung ayat. Bukan mengejek Si Haedar tapi dirinya sendiri.

"Wait, wait. Are you Fillea Elnaura? Ex fiancee Laith?" Haezar bersuara seakan terkejut. Kalau Haezar terkejut biasa, Haedar pula terkejut beruk! Tapi cepat-cepat dia kawal reaksi wajahnya. Ceh, nak nampak macho lah tu!

"Yes, I am." dengan bangga Fillea mengaku dirinya. Haezar angguk berkali-kali tapi versi perlahan manakala Haedar hanya merenung tajam wajah Fillea.

"Jadi kau lah perempuan playvictim tu?" tanya Haedar dengan suara yang dingin.

"What?!" terjerit kecil Si Fillea. Tengah sedap melahap tiba-tiba terus hilang seleranya. Playvictim? Siapa yang buat cerita ni?!

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now