PHEA | BAB 5

80 6 0
                                    

"WAALAIKUMMUSSALAM." Fillea menjawab salam Laith. Kedua kaki Laith melangkah menuju ke kerusi yang berada di hadapan Fillea. Kerusi itu ditarik lalu dilabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut. Fillea kembali memasukkan telur rebus ke dalam sarung telur manakala Laith hanya memerhatikan setiap gerak-geri Fillea. Tak senang duduk dibuatnya. Nak masuk ke dalam rumah tapi sudah penuh dengan barang dan makcik-makcik. Kenapalah Laith mesti ada?

"Fillea sihat?" tanya Laith ingin memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Soalan Laith tidak dijawab. Fillea tetap fokus dengan kerjanya.

"Fillea masih marahkan Laith?" Laith menambah lagi soalan. Masih seperti tadi. Soalan Laith dibiarkan sepi. Laith menghembus kasar nafasnya. Dia tahu Fillea masih marahkan dia.

"Fillea memang taknak bercakap dengan Laith ke?" sekali lagi Laith menyoal Fillea. Berharap soalannya dijawab. Jika tidak, dia akan segera bangun dan beredar dari situ. Dia tidak mahu menggangu perasaan Fillea.

Anak mata hazel Fillea memandang tajam ke arah wajah Laith. Perasaan amarahnya membuak-buak. Tapi dia tetap akan kalah dengan wajah tampan Laith. Marahlah macam mana sekalipun, hatinya akan cair juga bila menatap muka jejaka itu.

"Laith tu bakal suami orang." pendek jawapan Fillea. Laith tidak puas hati. Alasannya tidak kukuh langsung. Walaupun bakal menjadi suami orang, takkanlah langsung tak boleh bercakap?

"Takkanlah sampai nak buka suara pun susah? Lagipun Laith bukan sesiapa dengan Fillea. Tomorrow, I will be your cousin in law." Sungguh sakit ayat terakhir Laith. Fillea seakan tidak boleh terima Laith bakal menjadi sepupu iparnya. Macam mana dia hendak biasakan diri nanti? Bekas tunangnya bakal menjadi sepupu ipar? Memang tidak boleh terima dek akal walaupun banyak kes begini jadi di Malaysia ini.

"Saya taknak bertengkar mulut dengan Laura dan saya taknak apa-apa perkara buruk bakal terjadi." Mudah jawapan Fillea. Betul lah kan apa dia kata? Lagipun Fillea kenal Laura bagaimana orangnya. Fillea tidak mahu pisang berbuah dua kali walaupun bukan pada dirinya lagi.

"Tinggal sehari aje lagi saya dengan Laura bakal bergelar suami isteri yang sah. Saya yakin tak ada benda buruk akan jadi."

"Janganlah terlalu yakin, Laith. Kita tak tahu rancangan Allah..." Fillea menarik nafas dalam-dalam sebelum dia hendak menyambung ayatnya. Entah kenapa dia rasa berat hati ingin lontarkan ayatnya itu. Rasa macam dia terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri pun diabaikan.

"Sedangkan kita dulu pun boleh berpisah walaupun seminggu sebelum menuju ke alam perkahwinan. Inikan pula sehari sebelum." Fillea ketawa seakan mengejek dirinya. Betapa sakitnya hati dia apabila otak automatik mengimbau kembali kenangan lama. Betapa sakitnya hati dia apabila rumah lamanya itu bakal menjadi rumah kepada orang lain. Betapa sakitnya hati dia apabila dia terpaksa melepaskan lelaki yang berada dihadapannya itu kepada wanita lain. Tanpa sedar mutiara jernih Fillea meluncur turun ke pipi. Lekas dia bangun dan masuk ke dalam rumah. Terpaksa dia tinggalkan kerjanya demi tidak bersemuka lagi dengan Laith.


PINTU bilik yang diperbuat daripada kayu jati itu diketuk sebanyak tiga kali. Cepat-cepat Fillea mengelap air matanya yang sudah membasahi pipi mulusnya. Muncul wajah wanita separuh umur disebalik pintu kayu jati itu. Tersenyum dia kearah Fillea. Senyuman itu dibalas dengan senyuman Fillea yang hambar. Dia tidak bermaksud tapi dirinya tidak baik sekarang.

  "Boleh aunty masuk?" Aunty Lufiya meminta izin sebelum separuh badannya masuk ke dalam bilik. Fillea mengangguk tanda memberi izin kepada Aunty Lufiya. Aunty Lufiya berjalan perlahan ke arah Fillea lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Fillea. Tangan kanan Fillea ditarik dan digenggam penuh kasih sayang.

  "Maafkan aunty ye, nak? Aunty berdosa dengan Fillea." Wajah Aunty Lufiya ditatap lama oleh Fillea. Apa yang Aunty Lufiya buat pada dirinya? Jelas nampak raut wajah wanita itu penuh dengan rasa serba-salah. Fillea tidak mampu membuka suara. Tenaganya hilang kerana terlalu banyak menangis.

  "Aunty nampak apa yang dah jadi tadi. Aunty nampak Laith jumpa Fillea dekat bawah khemah. Aunty nampak Fillea menangis. Aunty nampak betapa rindunya Fillea pada Laith..." Fillea terkesima. Dia tak sangka Aunty Lufiya mengeluarkan ayat sebegitu rupa walaupun benar. Rindu? Rasanya Fillea tidak dapat menyembunyikan perasaan itu lagi. Sampai bila dia hendak tipu dirinya? Ya, benar. Fillea terlalu rindukan Laith.

  "Maafkan aunty, Fillea. Aunty sembunyikan rancangan Laura dari semua orang sebab aunty taknak tengok anak aunty sedih." sambung Aunty Lufiya. Kali ini betul-betul buat Fillea terkesima, terkedu dan terdiam. Rancangan? Sembunyikan dari semua orang? Apa maksud Aunty Lufiya? Fillea masih mendiamkan diri memberi ruang pada wanita itu untuk meneruskan ceritanya.

  "Laith seorang yang setia. Dia sayangkan Fillea. Tapi tak sangka Laura pun ada hati pada Laith. Seperti yang Fillea tahu, Uncle Eidlan dan ayah Laith adalah business partner kan? Dari situlah Laura mula jatuh hati pada Laith walaupun dia tahu Laith berhubungan dengan Fillea. Maafkan aunty sebab gagal didik anak sendiri. Kalau Tok Halwa masih hidup, pasti dia akan benci dengan aunty."

  "Laura tak pernah berahsia dengan aunty jadi Laura ceritakan semuanya pada aunty tentang perasaan dia terhadap Laith. Tentang rancangan dia hendak merampas Laith dari Fillea. Ya Allah, berdosanya aunty kerana merosakkan kebahagiaan orang. Aunty halang Laura, aunty cuba Fillea, tapi aunty gagal. Aunty gagal halang anak sendiri. Aunty kalah dengan anak sendiri. Aunty terlalu manjakan Laura." Aunty Lufiya menangis di sebelah Fillea. Sebal hatinya kerana telah mengkhianati anak saudaranya sendiri. Fillea tidak dapat berkata apa. Hatinya sendiri pun sudah retak seribu. Fillea ketawa seakan seorang psikopat.

  "Setahun. Selama setahun Fillea macam orang bodoh kerana masih berbuat baik dengan pemusnah kebahagiaan Fillea. Selama setahun Fillea ditipu hidup-hidup." Fillea melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Entah kenapa dia rasa benci dengan keluarga ini.

  "Aunty taknak tengok Laura sedih sampai sanggup biarkan dia musnahkan kebahagiaan Fillea. Fillea pula yang sedih, hahaha. Sementara Laura, gembira dengan pencapaian dia. Congratulations, mom and daughter. I'm very proud of you both." Fillea menepuk tangannya seakan menyindir perbuatan Aunty Lufiya dan Laura. Malas Fillea hendak duduk di dalam bilik itu, terus dia bangun meninggalkan Aunty Lufiya seorang diri. Bukan nak kurang ajar tapi hatinya sudah berkecai.

Kereta Honda Civic dihidupkan lalu pantas Fillea menekan pedal minyak dan beredar dari rumah itu. Bukannya hendak melarikan diri tapi hendak mencari ketenangan sedikit. Sepanjang dia memandu, fikirannya asyik teringatkan kejadian yang lepas sahaja.

Fillea masih ingat di hadapan matanya sendiri, Laith dan Laura bercumbu mesra didalam bilik pejabatnya. Sakitnya itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Separuh badan bagai hendak lumpuh melihat mereka berduaan di dalam bilik pejabatnya itu. Disebabkan dia tidak boleh mengawal perasaannya, pintu bilik pejabat itu ditolak sekuat hati.

"Ini ke sibuk yang awak maksudkan, Laith Mateen? Sibuk melayan sepupu saya sendiri?!"

Fillea masih ingat ayatnya sendiri walaupun sudah setahun berlalu.

"Apa kurangnya saya Laith? Awak sedar tak kita ni lagi seminggu bakal bergelar suami isteri? Awak sedar atau tak, Laith Mateen?!"

"Laura, sampai hati kau khianat aku. Aku ni sepupu kau bukan orang asing. Kau tak malu ke rampas hak orang? Tak sangka aku ada sepupu yang murah harga dirinya macam kau."

Fillea masih ingat pipi kanannya dilempang kuat oleh Laith ketika itu. Sangat dayus.

"Fillea Elnaura binti Eijaz Haiman, mulai saat ini, hari ini dan sampai bila-bila, aku dan kau takkan ada lagi apa-apa hubungan istimewa. We're done!"

Ayat yang paling menyakitkan Fillea pernah terima dari Laith.

"Kau tanya apa kurangnya kau? Cermin diri kau dulu. Kau tilik diri kau dalam-dalam. Apa yang kurang pada diri kau tu bukan sedikit tapi banyak. Banyak sampai aku sendiri pun tak mampu nak terima! Kau nak tau apa?"

"Kau. Tak. Ada. Dara. Hahaha. Kau tu kotor! Jijik! Aku taknak memperisterikan perempuan yang dah ditebuk tupai macam kau. Sekarang ni kau faham kan kenapa aku lari dekat sepupu kau?"

Hatinya bagai disiat-siat apabila dia teringat semula setiap ayat yang keluar dari mulut Laith. Begitu jijik dirinya di mata Laith. Begitu mudah Laith diperdayakan. Fillea difitnah. Tidak pernah Fillea relakan hati ingin merosakkan dirinya sendiri.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now