PHEA | BAB 13

70 6 0
                                    

RALIT semua mata memandang Dr. Efsar. Lagi-lagi pelajar perempuan. Bukan main fokus dalam kelas Dr. Efsar. Kalau kelas Dr. Aariz sebelum ni tak ada pula fokus sampai begini. Maklumlah, Dr. Aariz tu sudah berkahwin. Badan pun tak adalah tegap mana. Sekali masuk semester baru tak sangka pula pensyarahnya segak dan hot!

Sedang kusyuk menulis tiba-tiba pinggang Fillea dicubit Lynn. Terkejut Fillea dibuatnya. Nasib baik Fillea tak ada tabiat melatah, kalau tak dah lama Fillea menjadi bahan tarikan ramai mata di dalam bilik itu.

"Kau nak apa?" soal Fillea sambil berbisik. Maklumlah, Dr. Efsar sedang mengajar. Fillea tidak mahu suaranya menggangu suasana.

"Handsome kan lecturer new sem kita? Aku angaulah tengok badan ketak-ketak dia." beritahu Lynn. Cis, gatal betul! Fillea jeling mata pada Lynn.

"Kau jangan gatal-gatal boleh tak? Kot Dr. Efsar tu suami orang habis kau kena cekik dengan bini dia." kata Fillea.

"Ish, mustahil Dr. Ef tu suami orang. Kali ni aku yakin seratus peratus yang dia bukan suami orang." keyakinan Lynn mengundang ketawa Fillea. Fillea geleng kepala melihat kawannya itu. Desperate nak boyfriend sado agaknya.

"Both of you!" suara lantang Dr. Efsar menarik anak mata Fillea dan Lynn untuk pandang ke arahnya. Dua gadis itu teguk liur. Kedua tangan mereka menggenggam tangan masing-masing. Badan mereka pula bagai batu tidak dapat bergerak ke mana-mana.

"Apa yang awak berdua bualkan?" soal Dr. Efsar.

"Fillea!" nama Fillea disebut Lynn sambil jari telunjuk menunjuk ke arah Fillea. Pantas Fillea pandang wajah Lynn. Terkejut gadis itu apabila namanya disebut tiba-tiba.

"She asking me, are you married or not."

"What?!" terjerit kecil Fillea. Apa dia? Sejak bila dia tanya soalan itu pada Lynn? Memang nak kena perempuan ni.

Pap! Lengan Lynn ditampar. Suka hati saja dia cakap macam tu. Kan dah mendapat penampar. Nasib baik di lengan kalau di muka mahu hilang solekan lima incinya itu.

Kelihatan Dr. Efsar tersengih sendiri. Malu Fillea dibuatnya. Aduhai pipi dah naik warna merah. Malunya! Kemudian, Fillea dipanggil untuk datang menghadap Dr. Efsar.

Fillea dipandang dari atas ke bawah oleh Dr. Efsar. Fillea rasa bagai hendak menampar dirinya sendiri. Tak guna punya Lynn!

"Why you asking? Wanna be my future wife, hm?" Hujung lidah Fillea terus mengejung. Ya Allah, malunya! Tak sampai sebulan Dr. Efsar jadi pensyarah di universiti ini sudah ada pelajar yang gatal mengurat.

Fillea bisu. Dia tidak tahu hendak cakap apa. Lagipun ini semua angkara Lynn. Sepatutnya Lynn yang berada ditempatnya. Tebal betul mukanya saat ini.

"Saya 32 tahun. Awak pula 21 tahun. Saya rasa jarak usia kita takde apa-apa masalah kalau nak jadi suami isteri kan? Lagipun ibu saya memang nak menantu."

"Erk, nevermind Dr. I'm too young." tersengih Fillea.

"Then, why you asking?"

"I... I'm sorry Dr." Fillea rasa macam nak hentuk kepala dekat dinding. Rasanya kalau terjun bangunan sekalipun malunya takkan boleh hilang. Ini semua salah Lynn!

BEBERAPA jam kemudian tamatlah kelas bersama Dr. Efsar. Sepanjang kelasnya, Fillea langsung tak pandang wajah Dr. Efsar. Kalau boleh dia nak elak daripada bertembung mata. Malunya masih tak hilang.

Segala alatan tulis disimpan semula ke dalam kotak pensil berwarna merah jambu. Cepat-cepat Fillea mengemas barangnya agar dia cepat beredar dari kelas itu.

"Fillea!" Dr. Efsar memanggil Fillea. Belum sempat dia hendak keluar namanya sudah diseru. Dr. Efsar ni macam tahu-tahu aje Fillea hendak larikan diri.

Nak tak nak terpaksa juga dia pergi ke arah gerangan yang memanggil namanya tadi. Tertunduk-tunduk Fillea.

"Give me your number." Nak terkeluar biji mata Fillea. Salam takde khabar pun takde terus minta nombor telefon?

"Untuk apa?"

"Kalau ada apa-apa perkara penting saya akan terus inform pada awak dan awak pula wajib inform pada classmate awak. Faham?"

"Saya lead class untuk sem ni?"

"Yes." jawab Dr. Efsar sepatah.

"Tapi Dr. saya..."

"Tiada bantahan." Fillea buat muka. Kenapa mesti dirinya? Mesti dia akan lebih stres selepas ini. Hadap ajelah Fillea. Apa boleh buat?

Nombor telefonnya diberikan pada Dr. Efsar. Notifikasi dari telefon Fillea berbunyi. Itu pasti nombor telefon Dr. Efsar.

Setapak demi setapak kaki melangkah ke arah Lynn. Fillea renung muka Lynn dalam-dalam. Asyik-asyik sengih. Gila ke apa?

"Kenapa Dr. Ef panggil kau?"

"Dia minta nombor aku."

"Apa? Seriously?" terkejut beruk Si Lynn. Bagai tidak percaya. Minta nombor untuk jadi calon isteri ke? Wow!

"Kau tak payah nak buat reaction macam tu sangat. Aku dilantik jadi lead class untuk sem ni. Haish, aku taknak."

"Kau taknak? Kalau macam tu bagi aku jelah eh?"

"Kalau aku boleh bagi dekat kau, dah lama aku bagi." pasrah suara Fillea. Kenapa tiba-tiba dia dilantik? Aneh.

"Ala pujuklah Dr. Ef tu. Bagi je dekat aku. Aku ni rajin dan bertanggungjawab. Lebih sesuai jadi lead berbanding kau kan?" Cis! Isi bakul angkat sendiri.

"Kau nak kata aku ni pemalas ke?" Fillea side eye Lynn. Kan dah kena side eye.

"Hmm... Kau beruntung tau dapat jadi lead class. Lead class paling rapat dengan lecturer. Kalaulah aku dekat tempat kau memang aku bersorak yak yak yey dah tau."

"Kau je kot yang bersorak macam tu sebab kau memang minat lelaki macam Dr. Efsar tu kan? Aku ni tak minat." Fillea buat muka sombong agar dapat meyakinkan Lynn yang dia tidak minat lelaki yang berbadan sado seperti Dr. Efsar itu.

Lynn pandang Fillea lama. Betul ke kawannya ini tidak suka? Dengar boleh percaya jangan.

"Yelah tu. Kalau tak suka kenapa kau terima jadi lead class?"

"Ish! Aku nak tolak tapi Dr. Efsar paksa tahu tak?"

"Alasan! Boleh je kalau kau berkeras tolak jadi lead class." Lynn sengih jahat.

"Kau nak kena tampar lagi ke Lynn? Aku geram ni."

Meletus ketawa Lynn. Akhirnya mereka berdua berjalan ke arah kafeteria memandangkan jam menunjukkan pukul 2 petang. Perut pula sudah berkeroncong nak menagih makanan. Apa lagi yang ditunggu? Ayuh mulakan sesi menyumbat makanan ke dalam mulut.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now