TELEFON bimbit jenama Iphone yang terletak di atas meja makan tidak henti berbunyi. Banyak betul pesanan yang masuk. Fillea yang mendengarnya pun terasa bingit. Ikutkan hati nak aje dia lempar ke luar rumah.
Nak tak nak Fillea pergi juga menjenguk pesanan yang masuk itu. Semua pesanan itu kebanyakkan dari grup keluarga. Maklumlah, malam esok hari bersanding Laura dan Laith lagi. Bezanya kali ini pihak lelaki pula.
Kusyuk Fillea membaca satu per satu mesej di grup keluarga itu. Katanya nak buat majlis di hotel. Mentang-mentanglah anak orang kaya. Untung Laura dapat berjodoh dengan orang yang senang-senang.
Tiba-tiba satu nombor yang tidak dikenali mengirim satu pesanan kepada Fillea. Walaupun nombor itu tidak disimpan di kenalan, Fillea tetap kenal pemilik nombor itu.
Pesanan dari Laith itu dibuka lalu dibaca oleh Fillea.
Assalamualaikum.
Laith jemput Lea datang malam esok.
Jangan lupa datang ya?Waalaikummussalam.
Insya Allah.Typing...
Laith harap sangat Lea datang.
Dahi mula berkerut seribu. Tetiba aje nak berharap dirinya datang. Saja nak sakitkan hati ke? Mesej itu hanya dibaca sahaja. Nak balas? Buang masa aje.
Alhamdulillah. Tak sangka dirinya dapat juga merelakan Laith bersama Laura. Betul juga cakap orang, setakat kata dah move on tapi hati tidak rela, tiada guna juga. Walaupun takdir itu terasa pahit untuk ditelan, nak tak nak nasi dah jadi bubur.
Baru sahaja Fillea ingin menutup skrin telefonnya yang menyala, satu pesanan masuk lagi ke telefon bimbitnya itu. Takkanlah Laith mesej dia lagi?
Satu pesanan yang diterima itu adalah dari nombor yang tiada dalam kenalannya. Nak kata dia kenal nombor itu tak juga. Siapa pulak yang mesej dia ni?
Aplikasi WhatsApp dibuka dan pesanan itu dibuka Fillea. Menggeletar seluruh tubuhnya apabila melihat sekeping gambar yang dikirim kepadanya itu.
Typing...
You look so pretty.
I'm obsessed, baby.Dua pesanan yang diterima kemudiannya itu membuatkan Fillea hendak menjerit. Gambar yang dilihatnya itu adalah gambarnya sendiri semasa di kafeteria universiti petang tadi. Adakah nombor ini adalah nombor lelaki berhoodir hitam itu? Naik semua bulu roma Fillea akibat seram dan takut.
Kau siapa?
Balas Fillea. Soalan Fillea itu tidak dijawab tetapi orang itu mengirim lagi satu foto kepadanya. Haedar?
Typing...
Stay away from him.
Aku tak suka lelaki lain dekat dengan kau.Kau siapa?
Dia kawan aku. Kau siapa nak arahkan aku untuk jauh dari dia?Typing...
Stay away from him!
Or...
I will kill him.
Just because of you, baby.Telefon bimbit ditangan langsung dilempar jauh ke atas tilam empuk bersaiz queen. Telefon itu berdering seraya dilempar. Nombor yang tidak dikenali itu sedang menelefonnya. Nak jawab atau tak nak? Getus hati Fillea.
Lambat-lambat jari ingin menggesel skrin telefon. Tak sempat Fillea ingin menjawab, panggilan itu terus dimatikan. Dua pesanan lagi diterima olehnya. Sekeping gambar dan satu mesej dari nombor asing itu.
Gambar yang sangat mengerikan hingga membuatkan seluruh organ dalam badan Fillea ingin tercabut. Gambar sebilah pisau berserta cecair berwarna merah di bahagian bilah pisau itu. Da... Darah? Bisik hati Fillea dalam ketakutan.
Remember Fillea. I will kill him!
Siapa lelaki ini? Apa yang dia mahukan? Fillea sudah rasa dirinya tidak selamat lagi berada diluar seorang dirinya. Macam kena spy!
PUK PANG! Puk pang! Bergema bunyi palunan kompang di dalam hotel yang megah ini. Hiasan yang sangat menarik perhatian seluruh tetamu yang bakal hadir ke hari persandingan Laith dan Laura malam ini.
Anak mata Fillea melilau-lilau melihat pelbagai jenis hiasan tak kira di atas meja, di pelamin, di pintu gerbang dan di seluruh tempat! Lebih menarik perhatiannya adalah jenis pakaian yang dipakai oleh tetamu.
Tema untuk malam ini adalah ala-ala Cinderella and Prince Charming. Berkilau mata melihat gaun yang dipakai tetamu. Nampaknya tetamu yang diundang pun bukan calang-calang. Nampak macam orang-orang yang berpengaruh aje. Maklumlah, bersanding di pihak lelaki. Pihak lelaki pula anak dato'. No wonder kan?
Lelaki mahupun perempuan sama aje. Keduanya segak bergaya dan cantik jelita. Lelaki berpakaian persis Prince Charming manakala perempuan pula persis Cinderella. Kurangnya tiada yang pakai kasut kaca. Hahaha.
"Look so gorgeous, Cinderella."
Suara garau menerpa ke telinga Fillea yang sedang tegak berdiri menilik hiasan dan gaun yang dipakai tetamu. Fillea pandang ke belakang. Gaun kembang berwarna biru muda yang dipakainya agak berat juga. Susah untuk dia pusing tubuh ke belakang.
Haedar yang tinggi lampai berbadan tegap itu mengundur sedikit beberapa tapak ke belakang. Kerana gaun kembang itu, jarak antara mereka agak jauh sedikit.
"Same goes to you. Look so handsome tonight," balas Fillea sambil tersengih. Haedar dan Fillea didatangi oleh Haezar. Tiada beza dua jejaka tampan di hadapan Fillea ini. Keduanya segak bergaya. Handsome! Smart! Kalau pejam mata pun tak salah pilih.
"Mana lagi sorang?" Soal Fillea hairan. Bukankah mereka ada tiga beradik?
"Haider?" Sebut Haezar.
"Ya. Mana dia?"
Haezar hanya mengangkat bahunya. Haedar pula diam bagai batu. Fillea pandang lama wajah Haedar. Bukan sebab kacak sangat tapi sebab ada kesan sesuatu di pipi kiri Haedar.
"Kenapa dengan pipi awak tu?" Tanya Fillea ingin tahu.
"Kau taknak duduk ke? Tak letih ke berdiri tegak dekat sini macam tunggul kayu? Ke nak jadi maskot?" Soalan Fillea dibalas dengan soalan yang bertalu-talu. Cis! Nak mengelak ke? Kutuk Fillea.
Ucapan pengerusi yang diupah untuk menguruskan majlis mula bergema di seluruh dewan di dalam hotel ini. Sekarang ini tetamu hanya menantikan ketibaan putera dan puteri yang bakal duduk di pelamin di atas pentas. Ada juga tetamu yang tidak sabar hendak pelahap makanan yang terhidang di atas meja.
Kehadiran seseorang yang tiba-tiba duduk di kerusi kosong di sebelah Fillea mula disedari orang ramai. Fillea yang berada di situ pun terkejut. Apa Haedar buat di sini? Bukankah dia patut duduk bersama keluarganya?
"Dont mind if I sit here, Cinderella?" Tanya Haedar dengan penuh sopan. Fillea hanua senyum dan mengangguk kepalanya.
"Stop calling me Cinderella. I'm not her," kata Fillea sambil rambut yang disanggul dikemas-kemaskan.
"Gaun biru muda, rambut perang bersanggul dan kasut kaca. Bukan ke tu Cinderella?" Beritahu Haedar sambil matanya tidak lari memandang pengacara majlis yang segak dan cantik di atas pentas.
"Kasut kaca?" Lantas Fillea menjenguk kasut tumit bersarung yang dipakainya. Sejak bila dia pakai kasut kaca? Mahu pecah kaca itu kalau dia pakai.
"Ni bukan kasut kaca. Mata mana mata? Mata tu lain kali tengok dulu kasut ni sebelum nak cakap. Bukan kusyuk tengok pengacara majlis tu. Mentang-mentang dia cantik," balas Fillea dengan nada geram bercampur... Cemburu?
"Sound like you're jealous, Cinderella."
"Eh, mana ada! Memandai je."
"Yes you are."
"Tak adalah!"
"Nak nafikan pulak."
"Awak diam boleh tak?!"
Automatik suara dua pengacara majlis tadi tidak lagi kedengaran. Suara kuat Fillea itu menjadi perhatian para tetamu yang ada di dewan itu. Aduh malunya. Ni semua salah Haedar! Bisik hati Fillea.
Tak lama selepas itu keadaan menjadi normal semula. Rasa malunya pun mula menghilang. Nasib baik orang tak ambil peduli sangat.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomantiekHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...