PHEA | BAB 2

94 9 0
                                    

STERENG kereta Honda Civic dipulas 90 darjah ke kiri untuk menuju ke destinasi yang dituju. Taman Perdana Botanical menjadi tempat singgahan Fillea sebelum dia berangkat ke Terengganu. Setelah 20 minit mencari tempat parkir akhirnya Fillea keluar dari perut kereta bersama Gemoy.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Taman Perdana Botanical ini menjadi pilihan kan? Kerana tumbuhan-tumbuhan yang menghijau di taman ini sangat menyegarkan mata Fillea. Keindahan tasik yang berada di kawasan taman ini juga sangat menenangkan minda dan jiwa Fillea. Taman ini sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga, bersenam dan sebagainya.

Lama Fillea merenung tasik dihadapannya itu. Automatik kepala mengimbau kembali kenangannya bersama Laith dahulu. Tasik inilah menjadi saksi kisah cinta mereka selama dua tahun. Walaupun dua tahun tetap bermakna kalau dah dilamar menjadi isteri walaupun akhirnya tak dapat jadi isteri. Kisah mereka berakhir seminggu sebelum mereka bergelar suami dan isteri yang sah.

Bukan itu sahaja, di tasik ini jugalah Laith melamar Fillea untuk menjadi tunangnya. Hanya tuhan sahaja tahu betapa gembiranya apabila datang seorang lelaki ingin mengambil alih tugas seorang bapa terhadap anak perempuannya. Namun kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz jodohnya bukan bersama Laith Mateen.

"Pandai betul Laith. Dia tahu kakak suka kucing sebab tu dia kasi awak dekat kakak. Tengoklah sekarang, nak buang awak pun kakak tak sanggup. Terpaksalah kakak simpan hadiah Laith yang seketul ni." bebel Fillea pada kucingnya itu. Kalau hadiah yang Laith berikan bukan seekor kucing, dah lama Fillea lempar ke laut. Ataupun sedekah aje dekat orang yang nak barang tu. Dapat juga pahala.

"Tak sangka Laith jodoh Laura. Tak sangka pula Laith tak ditakdirkan untuk aku tapi untuk Laura..." keluhan berat dilepaskan. Mata masih memandang tasik yang menjadi tempat bermulanya kisah cinta manis dan pahit. Jari-jemari juga tidak berhenti mengusap bulu-bulu tebal milik Gemoy.

"Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pernah berniat hendak mendua. Baik buruknya juga aku mampu terima tanpa banyak alasan..." Tanpa sedar menitis jua air mata Fillea. Kali terakhir dia menangis disebabkan Laith pada hujung tahun lepas. Tak sangka dia masih punya sedikit rasa sedih terhadap Laith.

"Setia mana pun seseorang itu, mereka akan tetap kalah dengan yang lebih menarik. Cantik didalam tidak cukup jika diluar masih buruk. Tetap akan ditinggalkan." Fillea menyeka air matanya dengan tangan kanan. Dikerling jam tangannya hampir pukul 3 petang. Dia harus bertolak segera kalau nak elak dari late night driving.

TERASA dahaga apabila anak mata tiba-tiba berhenti tepat pada perkataan Tealive. Gulp... Fillea menelan air liur yang tiada rasa itu. Tekaknya kering akibat tidak dibasahi dengan air walaupun setitis. Tak sangka dah pasang aircond pun masih panas. Daripada dia terus menyeksa tekaknya baik dia turun dari kereta dan masuk ke dalam Tealive Cafe yang berada tidak jauh dengannya.

  Pintu ditolak perlahan lalu loceng yang terletak di atas pintu itu berbunyi. Suasana di dalam kafe memang sangat menenangkan fikiran. Sunyi tapi tenang. Fillea melangkah ke arah kaunter. Matanya kusyuk melihat pelbagai jenis minuman mengikut kategori yang disediakan.

Tiba-tiba anak tekak meminta untuk merasa minuman yang baharu. Mata Fillea tertancap pada Nishio Fine Matcha. Satu per satu nama minuman dibaca. Wajah barista yang berada dihadapannya itu dipandang. Satu senyuman dihadiahkan sebelum mulut bersuara ingin memesan minuman.

"Saya nak Nishio Matcha with Brown Sugar Warm Pearls." pesan Fillea. Barista itu mengangguk.

"Ada lagi?"

"Tak ada. Itu sahaja." Barista itu mengangguk lagi sekali. Meja dan kerusi yang disediakan menjadi tempat menunggu Fillea sementara airnya dalam proses pembuatan. Ting! Notifikasi itu menarik perhatian Fillea untuk membuka telefonnya. Satu gambar dikirim ke dalam grup Essalwa Family.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now