DARAH anak bongsu membara di dalam tubuh. Berani betul cakap orang playvictim! Siapa yang buat cerita ni? Selera makan nasi terus bertukar menjadi selera makan orang. Memang dia terkam juga orang yang buat mulut tentangnya.
"Pura-pura terkejut ke?" soal Haedar penuh sarkastik.
"Pura-pura kepala H kau! Siapa yang buat cerita? Bagitahu sekarang!" Jelas membara api kemarahannya saat ini. Dia tidak peduli kalau orang sekeliling pandang. Sabarnya sudah hilang.
"Calm down, miss. Kalau betul kau bukan playvictim, kanapa kau mengamuk tak tentu pasal? Seolah betul yang kau sebenarnya playvictim." Haedar cuba berbincang cara baik. Tidak elok gaduh-gaduh. Ada baiknya berunding cara baik dan selamat.
Fillea terduduk. Dia hanya mampu diam. Apa lagi perkara buruk yang direka? Apa lagi perkara buruk tentang dirinya? Apa lagi yang dijaja oleh orang? Terus pinggan yang berada dihadapan ditolak tepi. Fillea bangun lalu pergi membersihkan jari-jemari yang disaluti beberapa butir nasi dan kuah ayam masak merah. Usai membasuh tangan, dirinya dibawa ke tempat yang jauh dari orang ramai.
"Apalah nasib kau ni Fillea? Dulu kena tuduh takde dara. Sekarang pula kena tuduh playvictim. Lepasni nak tuduh apa lagi? Perampas suami orang ke?" Fillea meluah seorang diri sambil mata memandang ke arah batu-batu kecil yang bertaburan di tanah.
"Aku tak tuduh kau playvictim." Suara Haedar dari arah belakang menyapa Fillea.
"Awak nak apa lagi? Pergilah jauh-jauh. Saya taknak dengar apa-apa dah."
"Aku nak bagitahu dekat kau yang aku tak tuduh kau." Terang Haedar lagi sekali.
"Ya, baik. Awak tak tuduh saya pun. Sekarang boleh pergi?" pinta Fillea dengan suara yang seakan merayu agar Haedar tinggalkan dia seorang. Kedengaran Haedar mengeluh. Haedar duduk dibelakang Fillea. Jarak mereka sekarang ini lebih kurang 4 tapak kaki.
"Aku, Haezar dengan Haider tak ada langsung pertalian darah dengan Laith. Kami cuma kawan." Haedar cuba menerangkan satu per satu kepada Fillea.
"Jadi apa kena mengena dengan saya? Walaupun tak ada pertalian darah, awak tetap kawan dia."
"Tapi aku dengan Haezar tak macam dia. Kau kena tahu yang tu dan bukan aku yang tuduh kau playvictim. Faham?"
"Habistu siapa? Laura? Hahaha."
"Macam mana kau boleh teka Laura yang tuduh kau?" Haedar kerut dahi. Pasti ada sesuatu yang terjadi antara Fillea dan Laura. Tapi dirinya putuskan tidak mahu ambil tahu kecuali kalau Fillea rela hati ingin ceritakan.
"Sebab dulu pun sama. Mestilah sekarang pun sama kan?" jawab Fillea.
"Aku taknak tahu masalah kau dengan dia dan aku bukan nak backup Laura. Aku cuma nak betulkan apa yang salah. Bukan Laura yang tuduh kau. Tapi Laith..."
"Laith?"
"Termasuk dara."
"Sekejap. Apa maksud awak? Macam mana awak tahu semua ni? Awak kata awak kawan je?" Rasa ingin tahu Fillea semakin membuak-buak. Entah kenapa dia seakan tidak boleh percaya tentang apa yang Haedar katakan.
"Aku..." Haedar tiba-tiba gagap. Mata bengis Fillea punca dia tidak tentu arah.
"Awak siapa sebenarnya?"
"Aku Haedar lah."
"Stop loyar buruk. Saya serius, Haedar."
"Ikut aku." Haedar tarik tangan Fillea lalu bawa ke tempat yang lebih jauh dari orang ramai. Kalau boleh dia mahukan tempat yang sunyi dan tiada gangguan dari orang lain.
"KITA nak ke mana?"
Soalan Fillea dibiar sepi. Haedar masih kekal dengan wajah seriusnya. Pergelangan tangan Fillea masih didalam genggaman Haedar. Kira-kira sudah jauh dari majlis, barulah mereka berhenti berjalan.
"Jauhnya nak patah balik. Kenapa tak naik kereta je?" keluh Fillea.
"Nanti orang ingat kita dating." Fillea pandang Haedar atas bawah. Buang tabiat ke mamat ni cakap macam tu? Tanpa hiraukan Fillea yang sedang acah jual mahal, Haedar terus buka telefon bimbitnya. Satu nombor yang tidak dikenali ditekan lalu ditunjukkan pada Fillea.
"Dengar semuanya satu per satu." arah Haedar. Fillea terus capai telefon bimbit itu lalu pesanan suara yang dikirim kepada nombor asing itu ditekan.
"APA sebab cinta kau berpaling arah tiba-tiba?"
"Takde sebab."
"Jangan jadi jantan bodoh boleh tak?"
"Mungkin Laura lebih menawan dari Fillea. Dia lebih pandai tarik perhatian aku dari Fillea."
"Alasan bodoh!"
"Terpulanglah apa yang kau nak cakap. Aku dah takde hati dekat dia."
"Macam mana kau nak tinggalkan dia?"
"Bukan aku yang tinggalkan dia. Tapi dia yang akan tinggalkan aku."
Pesanan suara langsung ditutup. Fillea tidak kuat untuk dengar rancangan Laith yang sudahpun berjaya itu. Hatinya luruh tapi air mata tidak cukup untuk terus keluar dan mengalir. Sudah banyak hari dia menangis. Hampir kering air matanya.
"Saya tak sangka." ucap Fillea dengan suara yang sedikit serak.
"Maafkan aku. Kalau aku jumpa kau lebih awal pasti kau takkan menderita macam ni." kata Haedar dengan nada kesal. Matanya tidak lari dari memandang gadis anggun dihadapannya itu. Rasa kasihan mula menebal dalam hatinya. Perlukah dia masuk campur dalam masalah Fillea? Ataupun menjadi hero dalam kisah yang tiada penghujung ini?
"Kenapa awak bagitahu saya semua ni? Awak kan kawan Laith?" tanya Fillea.
"Sebab aku dah rasa betapa sakitnya dikhianati." balas Haedar.
Jawapan Haedar jelas buat Fillea terkejut. Tak sangka wujud lelaki seperti Haedar didunia ini.
"Sudahlah. Saya nak balik. Saya penat." kata Fillea. Entah kenapa dia rasa dirinya tidak bermaya dan tidak bersemangat. Entah kenapa dia rasa dendam dengan Laith. Dendam yang bakal dia lepaskan satu hari nanti.
Haedar mengangguk. Dia faham dengan keadaan Fillea. Sudahlah dikhianati, dicurangi dan tambahan lagi menyaksikan bekas tunangnya sendiri bersanding dihadapannya. Perit apa yang Fillea hadapi sekarang ini.
Fillea menyusun langkahnya ke arah majlis semula. Kakinya bagai tiada tulang. Tubuh juga terasa longlai. Haedar pun satu. Boleh aje kan naik kereta? Terpaksa dia berjalan kaki. Jauh pula tu.
Cuaca semakin lama semakin panas. Panas terik sehingga mengundang sakit kepala yang teramat. Badan tiba-tiba terasa tidak bermaya. Entah kenapa terasa ingin rebah.
Mata Fillea semakin lama semakin ingin tertutup. Sedikit demi sedikit pemandangan bertukar menjadi gelap. Fillea rebah ke tanah.
"Fillea!" bergegas Haedar lari ke arah Fillea. Tidak sempat dia menyambut tubuh Fillea. Pasti sakit kerana rebah di atas jalan tar yang keras.
Tiada cara lain bagi Haedar selain mencempung tubuh Fillea yang terkulai layu tidak sedarkan diri untuk dibawa ke rumah Aunty Lufiya.
Haedar berlari anak sambil membawa gadis malang itu ke dalam rumah. Haedar dan Fillea menjadi tumpuan ramai mata tak kira yang sedang makan, berfotografi, bersembang mahupun yang sedang ingin pulang ke rumah.
"Ya Allah, anak aku!" jerit Puan Fathea. Dia memang cukup kenal anak perempuannya. Terkejut Puan Fathea melihat Fillea yang sedang terbaring di tengah-tengah ruang tamu.
"Tolong isi air dalam bekas dan bawa ke sini. Sekarang." arah Haedar kepada salah seorang daripada tiga anak gadis yang sedang berkerumun di ruang tamu itu. Angguk gadis itu lalu laju kaki melangkah ke arah dapur.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomanceHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...