KETIBAAN pengantin lelaki dan pengantin perempuan mengundang kedua mata seluruh manusia di dalam dewan ini untuk melihat mereka. Pakaian yang dikenakan kepada dua mempelai itu sangat cantik dan mengikut tema. Kalau tadi tak ada orang pakai kasut kaca, kali ni dah ada orang pakai kasut kaca. Siapa lagi kalau bukan pengantin perempuan?
Asap putih yang menjadi penunjuk arah untuk kedua pengantin berjalan ke arah pelamin itu mula menebal sehingga ada tetamu yang terbatuk akibat asap itu. Tapi asap tu tak berbahaya macam asap orang bakar tu.
Suhu dewan yang sejuk kerana pendingin hawa ditambah lagi dengan angin buatan yang dibawa oleh beberapa orang krew yang menjayakan majlis ini. Sungguh hebat! Nampak berseri kedua pengantin malam ini.
Penuh sopan dan santun kedua merpati sejoli berjalan menuju ke pelamin yang dihias dengan bunga mawar berwarna biru. Dalam masa yang sama sebuah lagu berjudul Perfect yang dinyanyikan oleh Ed Sheeran mula berkumandang mengiringi pengantin.
Semua anak mata tetamu lari ke arah seorang gadis dan jejaka yang sedang menyanyikan lagu itu. Nampak begitu indah sekali majlis perkahwinan ini. Macam sedang berada di dunia kayangan. Kedua penyanyi lelaki dan perempuan itu pun tampak seperti sepasang kekasih.
Tiba-tiba mikrofon yang berada di dalam genggaman penyanyi lelaki berpindah kepada seorang jejaka yang kacak dan bergaya.
"Tu Haezar kan?" Fillea bersuara sehingga menarik perhatian Haedar untuk melihat ke arah gerangan yang disebut Fillea.
"Mamat ni buang tabiat ke?" Tajam hujung mata Haedar saat mengecilkan mata memandang adiknya.
"Baby, I'm dancing in the dark. With you between my arms...," sakan Haezar menyanyi di sebelah penyanyi perempuan.
"Barefoot on the grass. Listening to our favourite song...," penyanyi perempuan itu menyambung. Kemudian, Haezar dan penyanyi itu menyanyi serentak mengikut melodi.
Haezar yang sedang memegang mikrofon mula turun dari pentas. Berlari anak dia menuju ke arah Haedar yang sedang selesa duduk di sebelah Fillea.
"Dar, sambung," mikrofon dilhulurkan kepada Haedar.
"Taknak," balas Haedar sepatah. Fillea yang berada di sebelah sudah buat muka menyampah. Iyalah, acah macho!
"Bukan selalu. Nyanyilah, Dar," paksa Haezar lagi. Haedar tetap dengan keputusannya. Kemudian, Haezar pergi meninggalkan Haedar. Nak paksa pun tak boleh juga. Kot dirinya dingap sekali? Tak pasal-pasal malu. Haedar tu bukan boleh harap sangat!
Fillea mula menoleh ke arah Haedar. Hairan. Takkanlah 24 jam Haedar ni hendak serius? Di majlis perkahwinan yang indah dan bahagia ni pun dia masih nak simpan aura dingin dia?
"Kenapa taknak nyanyi sekali?" Tanya Fillea.
"Kalau diupah, aku nyanyi," jawab Haedar singkat. Lah, sebab tak kena upah rupanya. Dasar! Bisik hati Fillea.
"Tak sporting langsung!" Omel Fillea perlahan. Tetapi masih boleh didengari oleh kedua telinga Haedar yang belum pekak itu.
"Tak perlu pun nak sporting di majlis orang. Kalau majlis kahwin aku, baru aku sporting," balas Haedar walaupun Fillea langsung tidak tanya soalan apa-apa.
"Semoga bakal isteri awak tu dikurniakan hati yang cekal untuk hadap perangai awak yang sombong dan keras kepala tu," kata Fillea sambil memusingkan kedua anak matanya ke atas.
"Kau tak habis-habis panggil aku sombong. Kau kenal aku sangat ke?" Haedar mula muak dengan Fillea. Yelah, siapa je tak muak kalau tiap kali jumpa tak habis-habis dibilang sombong? Dirinya terlalu sombongkah?
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomanceHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...