PHEA | BAB 12

85 8 0
                                    

  SEMINGGU telahpun berlalu. Ini bermakna sudah seminggu juga Laura dan Laith bergelar suami isteri yang sah. Selama seminggu itu juga Fillea bergelut dengan tugasannya yang belum selesai. Hari ini dia harus hantar tugasannya itu kepada Dr. Aariz.

  Bangunan universiti itu dimasuki oleh Fillea. Nampak kelam-kabut gadis itu gara-gara dia terlambat untuk menghantar tugasannya kepada Dr. Aariz. Kalau dia lambat hantar tugasannya itu pasti Dr. Aariz akan potong markahnya. Rugi betul!

  Jam sudah menunjukkan pukul 10:50 pagi. Hanya tinggal sepuluh minit sahaja sebelum jam 11 pagi. Jika dia lewat hantar bermakna markahnya akan dipotong sebanyak 20 markah. Aduh pishang! Tepat jam 10:55 pagi, Fillea tiba betul-betul di hadapan pintu bilik yang terdapat banyak pensyarah di dalamnya. Pintu itu diketuk dahulu sebelum badan dibawa ke dalam bilik itu.

  Semua mata memandang tepat ke arah Fillea. Mungkin janggal bagi mereka kerana jarang pelajar akan masuk ke dalam bilik pensyarah jika tiada perkara penting. Fillea melemparkan senyuman manisnya kepada pensyarah-pensyarah yang ada di dalam bilik itu.

  Matanya meliar mencari susuk tubuh Dr. Aariz. Dimanakah dia? Mustahil Dr. Aariz tak datang. Akibat penat mencari, Fillea memutuskan untuk meletakkan tugasannya itu diatas meja Dr. Aariz. Nanti pasti Dr. Aariz akan tengok tugasannya.

  "Excuse me?" satu suara muncul selepas Fillea memusingkan tubuhnya untuk keluar dari bilik. Automatik kakinya berhenti. Badan pula tiba-tiba mengeras. Waktu macam ni jugalah perutnya membuat serangan bertubi-tubi.

  Perlahan-lahan Fillea memusingkan tubuhnya ke arah pemilik suara. Seorang lelaki berbaju kemeja putih dan seluar hitam. Berbadan tegap dan kacak. Rambut yang agak tidak terurus tetapi sesuai dengan wajah tampannya.

  Tangan lelaki itu sedang menguak rambutnya yang tidak terurus. Setelah itu tugasan Fillea yang terletak di atas meja diambil. Tersembul urat-urat hijau miliknya. Bagai sedang mengangkat barang yang berat, habis terserlah urat-urat seksinya. Gulp! Air liur ditelan kasar.

  "As far as I know, you have to send your assignment to Dr. Aariz by yesterday. Am I right?" lelaki itu bersuara tegas tetapi masih dapat rasakan suasana dalam keadaan tenang.

  "Yes." jawab Fillea sepatah. Fail ditangan dibelek-belek oleh lelaki itu. Lama juga lelaki itu membelek satu per satu helain kertas di dalamnya.

  "Fillea Elnaura binti Eijaz Haiman? Hmm... A beautiful name." kembang semangkuk si gadis apabila lelaki kacak memuji namanya. Tapi kembang tidak selamanya kembang apabila mata lelaki itu mula naik memandang kedua mata Fillea. Dup dap dup dap dibuatnya.

  "Hazel eyes. Interesting. Just like my nieces's eyes. Both of you has the name of a flower and hazel eyes." Fillea kembali kembang semangkuk. Mata lelaki itu kembali membelek fail tugasan ditangannya. Entah apa yang direnung pun tak tahu.

  "Unfortunately I had to subtract 20 marks from your score. Why? Because you're late in sending your assignment." Kembang semangkuk tidak selamanya. Tapi siapa lelaki ini? Sesuka hati aje tolak markah orang.

  "I'm sorry. Please don't. I'm promise I will not repeat it again." rayu Fillea. Sayang betul markahnya ditolak macam tu je.

  "Too late."

  "Sir, please."

  "I'm sorry, lady. I just followed what Dr. Aariz ordered." lelaki itu mengangkat kedua belah bahunya sambil bercakap.

  Fillea hanya tunduk memandang lantai. Apa dia boleh buat? Walaupun Dr. Aariz sangat baik padanya tapi dia tetap tegas dalam setiap tugasan. Salah dirinya juga kerana melengahkan waktu. Inilah habuannya.

BUNYI tapak kasut yang diseret bergema di sekitar bangunan universiti itu. Malas betul Fillea nak angkat kaki. Seret ajelah memandangkan moodnya melayang kelaut akibat markah dipotong.

  Nasi dah jadi bubur. Nak buat macam mana kan? Tidak lama kemudian, Fillea tiba di hadapan pintu kelasnya. Tepat pukul 11 pagi bermulalah kelas bersama Dr. Aariz. Kalau tadi Dr. Aariz tiada, kali ini dia mesti ada.

  Baru sahaja kaki kanan memijak lantai kelas, terus tangan Fillea ditarik seseorang. Seorang gadis berpakaian serba hitam dan rambut terikat cantik berdiri tegak di hadapan Fillea.

  "Aku ada cerita hot!" menggeletis Lynn sambil melompat terkinja-kinja di hadapan Fillea.

  "Kot ye pun janganlah tarik macam ada batu bata nak jatuh atas kepala aku." Fillea menjeling sahabatnya itu. Lynn tersengih seorang diri sambil buat muka tak bersalah.

  Tangan Fillea kembali ditarik lalu mereka menuju ke arah kerusi dan meja yang disediakan untuk pelajar. Kali ini perlahan aje Lynn tarik tangan Fillea. Usai mendapatkan tempat, Lynn kembali teruja seperti tadi.

  "Aku nampak something! Something yang boleh buat kau, aku dan kita semua dalam kelas ni nak datang kelas hari-hari!" beritahu Lynn. Nampak tak betapa excitednya Lynn saat ini? Fillea kerut dahi. Benda apa yang buat Si Lynn ni teruja sangat?

  Tak sempat Lynn hendak sambung ceritanya, suasana kelas automatik berubah sunyi sepi. Memang selalu sangat terjadi. Kalau suasana kelas dah tak bising, yang sedang rancak berborak terus tak jadi borak. Yang sedang rancak bercerita terus tergendala nak bercerita. Tak lain tak bukan mesti Dr. Aariz dalam perjalanan ke kelas.

  Kira-kira 5 minit, kedengaran bunyi tapak kasut dari luar kelas. Kuat betul bunyi tapak kasut Dr. Aariz kali ini. Tiba-tiba muncul susuk seorang lelaki sedang meluru masuk ke dalam kelas. Melopong mulut Fillea melihat lelaki itu.

  Inikah yang dimaksudkan oleh Lynn tadi? Something yang bakal buat dirinya, Lynn dan semua pelajar dalam kelas ini datang ke kelas setiap hari. Terutama sekali pelajar perempuan.

  "Good morning class. Welcome to your new semester. New semester new lecturer." ucap pensyarah di hadapannya. Fillea tepuk dahi. Bukan sebab ada nyamuk tapi sebab dia lupa dia sudah melangkah ke semester baru. Patutlah dia cari Dr. Aariz tadi tak ada.

  Pejam celik tak sedar ternyata dirinya sudah berada di semester empat. Tinggal lagi satu semester sahaja sebelum diplomanya berakhir. Nak dekat-dekat akhir semester ini buatkan dirinya sebak. Pasti selepas ini dia tidak akan jumpa lagi rakan-rakan diplomanya. Mungkin ada dikalangan mereka yang tidak akan menyambung pelajarannya lagi. Mungkin ada yang akan terus bekerja. Ataupun mungkin ada yang bakal naik pelamin.

  "Saya yakin awak semua tak pernah nampak saya sebelum ni kan? For your information, saya adalah pensyarah baharu di universiti ini. Saya baru masuk dalam seminggu yang lepas iaitu minggu dimana awak semua bergelut dengan tugasan yang Dr. Aariz berikan pada awak." Semua pelajar tekun mendengar apa yang dikatakan oleh pensyarah itu.

  "Unfortunately, I didn't expected there was a student in this class who was late in sending the assignment to Dr. Aariz. Awak semua tahu kan markah akan dipotong? So, it is very disadvantageous."

  Entah kenapa Fillea rasa bagai dirinya diperli dan direnung tajam. Siapa lagi yang lambat hantar tugasan selain dirinya? Tak sangka pula lelaki yang memotong markahnya sesuka hati tadi adalah pensyarah baharu di universiti ini. Tambahan lagi pensyarah yang bakal mengajar di semester empat ini.

  "Jadi, saya nak pesan dekat awak semua yang Dr. Aariz is your past. Your new chapter for this semester is with me. Throughout this semester, I really hope that none of you dare to skip my class without a valid reason, submit assignments late, not pay attention during my class, make noise like near the market and play on the phone while I'm explaining something to you. Saya tak suka. Bila saya kata tak suka, bermakna saya memang tak suka. Understand?"

  Semua pelajar bersuara serentak. Nampaknya tak bolehlah nak tidur dalam kelas macam sebelum ni. Apalah nasib semester baru dapat pensyarah yang strict.

  "Good. So let me introduce myself." Semua mata fokus melihat pensyarah itu. Telinga pula sudah bersedia untuk mengetahui siapa gerangan pensyarah baharu mereka.

  "I'm Dr. Efsar Ziqry. All of you can call me Dr. Efsar or Dr. Ef."

  Zup! Vibe dia lain macam. Dr. Efsar Ziqry. Namanya sangat sesuai dengan perwatakan dan wajah kacaknya. Boleh buat angau ni.

Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)Where stories live. Discover now