HARI yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Bangun aje dari tidur terus gegendang telinga disapa oleh suara riuh-rendah yang sedang memasak di dapur, kanak-kanak yang sedang bermain dan suara beberapa orang gadis yang berada di bilik Laura. Mungkin kawan-kawannya.
Kami sekeluarga dimaklumkan majlis akad nikah akan berlangsung pada pukul 10 pagi. Masih ada masa lagi untuk Fillea berdandan. Takkanlah pengantin aje nak melawa? Sepupu pengantin pun nak juga! Tapi ini bukan kerana hendak menjatuhkan pengantin ya? Take note tu.
Sedang sibuk mengenakan gincu di bibir, pintu bilik ditolak seseorang. Cepat-cepat kepala menoleh kearah pintu tersebut. Puan Fathea dan abangnya Fateh masuk ke dalam bilik lalu berlari anak ke arah Fillea. Jelas nampak risau muka Puan Fathea. Fillea yang tengok disebalik cermin pun rasa hairan.
"Lea okey ke?" tanya Puan Fathea penuh kerisauan di dada. Fillea tidak menjawab tapi hanya mengangguk. Bermakna dia tidak ada apa-apa. Semuanya dalam keadaan yang baik. Wajah Puan Fathea nampak sedikit lega walaupun dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu betapa risaunya dia akan anak perempuannya itu.
"Lea confirm ke nak pergi?" Fillea semakin pelik. Kenapa dengan mamanya? Tak sihat ke? Tentulah dia hendak pergi. Siapa aje yang mahu tinggal dirumah sorang-sorang? Fillea mengangguk tanda 'ya'.
Puan Fathea mengeluh panjang sehingga menarik perhatian Fillea untuk memandangnya. Jari-jemari Puan Fathea digenggam erat oleh Fillea. Fillea cuba senyum seikhlas mungkin untuk melegakan hati mamanya.
"Mama jangan risau ya? Dah lupa ke apa yang Lea bagitau? Anak perempuan mama ni kuat." Terukir senyuman hambar di wajah Puan Fathea. Mungkin dia harus percaya pada anaknya. Mungkin anaknya sudah redha sepenuhnya.
"Mama, Lea, jom kita berangkat sekarang. Nak dekat pukul 10 dah ni." Fateh mencelah. Puan Fathea dan Fillea mengangguk serentak. Selepas selesai mengenakan tudung yang sesuai barulah Fillea keluar dari bilik.
Masjid yang dibina serta dicat dengan warna putih itu sangat sesuai dengan tema dua raja sehari hari ini. Tema warna yang dipilih oleh kedua mempelai itu adalah warna baby blue. Sangat sesuai dengan suasana di sekeliling. Manakala tema untuk keluarga sebelah pengantin perempuan adalah nude dan sebelah pengantin lelaki pula adalah cream.
Fillea merenung lama wajah Laith. Tak lama lagi wajah yang direnunginya itu bakal menjadi sepupu iparnya. Fillea pandang pula wajah Laura. Sangat cantik. Sangat sepadan dengan Laith. Sama cantik dan kacak. Mikrofon yang berada ditangan tok kadi diperiksa dahulu sebelum majlis bermula. Manalah tahu tengah nak akad nikah tiba-tiba mikrofon tak berfungsi?
"Laith Mateen bin Dato' Luth Kamel?" Bergema suara tok kadi dengan bantuan mikrofon tadi. Laith mengganguk kepala mengaku nama itu adalah namanya. Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya suara tok kadi sahaja yang dapat didengar.
Tok kadi yang berada dihadapan Laith itu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Biasalah nak akad nikah memang begitu kan? Laith menyambut huluran tok kadi itu. Bermulalah ayat-ayat untuk mengikat hubungan yang haram menjadi halal. Usai tok kadi bersuara, keadaan menjadi sunyi sepi semula. Orang-orang di sekeliling hanya menantikan lafaz akad dari Laith pula.
Laith cuba menarik nafas dalam-dalam. Nampak jelas reaksi wajahnya bercampur-aduk. Susah untuk diteka perasaan sebenarnya. Kemudian, Laith menoleh ke kiri memandang bakal isterinya. Senyuman seikhlas hati dihadiahkan. Laith pandang pula ke arah bidadari syurganya dan akhir sekali Laith pandang ke arah Fillea. Lama dia merenung Fillea. Fillea yang sedar akan hal itu terus berpaling wajah ke arah lain.
"Aku terima nikahnya Laura Elvina binti Eidlan Hilman dengan mas kahwin sebanyak RM25,000 tunai."
Akhirnya, Laith dan Laura selamat bergelar suami dan isteri yang sah. Alangkah gembiranya pengantin perempuan apabila dia sudah diijab kabulkan oleh lelaki idamannya. Sementara Fillea pula hanya diam. Diam sambil merenung ke arah luar masjid. Ketika sesi menyarungkan cincin sedang berlangsung, Fillea bangun dari duduknya lalu beredar keluar dari masjid. Entah kenapa dia rasa hendak menangis sepuas hati. Tak cukupkah semalaman dia menangis semalam?
Pintu di bahagian pemandu dibuka luas. Fillea duduk di dalam keretanya sambil memandang sekeping gambar di dalam telefon bimbitnya. Gambarnya bersama Laith semasa hari pertama mereka menjadi pasangan yang dilamun cinta. Hatinya bagai dicoret-coret dengan sebilah pisau yang tajam. Usaha dia menahan air matanya dari keluar. Dia tak mahukan rosakkan wajah cantiknya. Penat-penat bersolek senang aje air mata nak lunturkan solekannya. Makeup is more important than her tears.
Setelah itu Fillea keluar dari perut kereta lalu menuju semula ke arah masjid. Nampaknya pengantin sedang dalam sesi fotografi. Malas hendak menganggu, Fillea keluar semula dari masjid dan berjalan di sekitar kawasan. Seni bini masjid dan setiap corak yang ada ditilik lama oleh Fillea. Satu per satu dia meneliti setiap rekaan. Fillea teruskan lagi berjalan ke hadapan. Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berbaju melayu berwarna cream sedang duduk di kerusi batu tidak jauh dengannya. Mungkin lelaki itu keluarga pengantin lelaki.
Malas hendak ambil tahu siapa gerangannya, Fillea teruskan aje berjalan ke hadapan. Lelaki tadi diliriknya sekali.
"Macam familiar." kata Fillea dalam hati. Memang nampak familiar sebab dia adalah keluarga pengantin lelaki. Semuanya muka retis. Kedengaran riuh-rendah di luar masjid. Serentak Fillea dan lelaki itu memandang ke arah suara beberapa orang di luar masjid. Fillea mula menuju ke arah suara itu serentak dengan lelaki tadi.
"Dah selesai ke mama?" tanya Fillea. Puan Fathea mengangguk. Kemudian Fillea perasan mamanya tersenyum sendiri. Matanya melihat ke arah belakang Fillea. Fillea paling muka sedikit ke belakang. Ternyata lelaki yang dia nampak tadi.
"Mama kenal ke dia?" tanya Fillea.
"Tak kenal tapi mungkin Aunty Lufiya kenal. Pergilah tanya dia." jawab Puan Fathea.
"Ish, tak kuasalah nak tanya pasal anak teruna orang. Tak ada kena mengena pun dengan Lea." Puan Fathea terus ketawa. Berakhirlah sesi akad nikah antara Laith Mateen dan Laura Elvina. Walaupun hati Fillea sakit, tapi dia pandai sorokkan perasaannya.
PERJALANAN dari masjid ke rumah Aunty Lufiya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Memang meriah sungguh hari ini. Dalam kereta pun riuh. Fillea dah sakit kepala dengan sekelilingnya saat ini. Sangat bising. Apa boleh buat dah nama pun hari kahwin.
Apabila kereta sudah memasuki kawasan rumah, gembira hati Fillea. Akhirnya dia tidak perlu lagi dengar suara-suara bingit di dalam keretanya. Nyah semua dari kereta ini. Belum sempat Fillea hendak keluar kereta, matanya terbeliak melihat seorang lelaki jatuh terduduk di depan matanya. Lekas Fillea keluar dari kereta dah berlari ke arah lelaki itu.
"Kau okey tak?" lelaki berbaju putih berlari ke arah lelaki berbaju cream yang jatuh tadi.
"Angkatlah aku ni!" marah lelaki itu. Sebaik sahaja lelaki itu bangun, Fillea datang mendekati mereka. Nampak cemas wajah Fillea.
"Kenapa ni?" tanya Fillea cemas.
"Tak ada apa pun. Dia ni ma..." Belum sempat lelaki berbaju putih itu meneruskan ayat, perutnya disiku oleh lelaki berbaju cream. Bermakna itu adalah tanda yang lelaki itu menyuruhnya diam dan tutup mulut. Terkebil-kebil Fillea di hadapan mereka berdua.
"Sampai bila nak berdiri dekat sini? Panas tau tak?" Dengar saja dia kata begitu terus Fillea undur selangkah ke belakang. Nampak gaya macam sombong aje. Lelaki berbaju putih senyum lalu pergi membawa lelaki berbaju cream itu bersama.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomanceHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...