FILLEA menundukkan pandangannya. Dia rasa takut. Lelaki berhoodie hitam itu pasti lelaki yang dia lihat pada malam tadi. Seluruh tubuh Fillea menggeletar ketakutan.
"Lea, kau okey tak ni?" Bahu Fillea disentuh Lynn. Terjongket kedua bahu Fillea serta matanya terus laju lari ke arah wajah Lynn.
"Lea, kenapa ni?" Soal Lynn. Mata Fillea jelas menunjukkan yang dia memang sedang takut.
"A...ada...," Fillea bersuara dalam keadaan gagap.
"Ada apa?" Lynn menekan Fillea untuk memberitahunya. Namun Fillea tidak dapat membuka mulutnya apabila melihat lelaki berhoodie hitam itu melambai-lambai ke arahnya.
"Lea, kau pandang apa?" Tanya Lynn yang masih buntu di hadapan Fillea.
Malas hendak menunggu kata dari Fillea, Lynn terus pandang ke arah yang sama Fillea sedang pandang. Kosong. Tiada sesiapa. Tiada apa-apa yang menggerunkan.
"Woi!" Jerkah Lynn. Secara automatik Fillea terjerit kuat lalu memeluk Lynn seeratnya. Lynn tersentak dengan tindakan spontan Fillea.
"Lea, calm down. Take a breath," satu tangan Lynn mengurut lembut belakang Fillea.
"A...aku...," Fillea memejamkan matanya serapat yang mungkin di dalam pelukan Lynn.
"Go on, Lea. Kenapa?"
"Aku nampak... Lela...ki."
"Lelaki?"
"Dekat sebelah... kereta aku."
Terus Lynn pandang semula ke arah kereta Fillea. Fillea kerut dahi melihat seorang lelaki berbaju hitam bersama sebuah motor. Lynn tersengih lalu menepuk bahu Fillea.
"Tu Haedar lah!"
"Apa?" Fillea terus angkat kepala. Tubuhnya ditegakkan. Haedar? Sejak bila Haedar ada di situ? Bisik hati Fillea.
Haedar menangkap susuk tubuh Fillea yang sedang duduk di meja kafeteria. Satu tangan diangkat melambai ke arah Fillea.
Betul ke apa yang aku nampak tadi? Ataupun tu semua khayalan aku je? Apa semua ni? Bisik hati Fillea lagi.
"Kita tahulah awak tu girlfriend dia, tak salah nak tenung lama-lama sampai tembus. Tapi, beringatlah sikit kita yang kat sebelah awak ni single menyingle lagi," perli Lynn di sebelah.
Pakk! Lengan Lynn ditampar Fillea. Mengaduh sakit gadis itu. Fillea ni kalau dapat pukul orang memang sekuat hati dia pukul. Sakit tahu tak? Omel hati Lynn.
"Kan aku dah kata aku bukan girlfriend dia!"
"Memanglah kau bukan girlfriend dia, tapi kalau aku dah kata tu kau aminkan ajelah," lawan Lynn.
"Takde pasal aku nak aminkan," Fillea menjeling. Secara tiba-tiba Haedar muncul di hadapan Fillea dan Lynn. Terkejut dua gadis itu.
"Sejak bila awak ada dekat sini? Bukan ke tadi awak dekat..."
"Aku ada kaki dan fungsi kaki aku untuk berjalan," cantas Haedar. Lynn yang berada di sebelah melopong mulut melihat Haedar. Apabila perasan dirinya dilirik hingga tidak berkelip mata, Haedar terus melarikan pandangannya kepada Lynn.
"Kawan kau ni ada sindrom ke?" Tanya Haedar sambil memerli Lynn. Mulut yang terbuka luas terus ditekup dengan kedua belah tangan. Dia kata apa tadi? Sindrom? Kurang ajarnya! Marah hati Lynn.
Lynn muncung mulut tanda marah. Suka hati aje kata ada sindrom. Dasar mulut puaka! Fillea ketawa kecil apabila Lynn diperli. Biasalah, dah nama pun kawan? Mestilah gelak dulu baru tolong.
"Suka hati je cakap macam tu. Nanti kena dekat anak awak sendiri baru tau!" Lynn jeling mata ke atas.
"Benih aku segar dan sihat. Tak sama macam benih jantan lain. Kau yakin ke anak aku akan ada sindrom macam kau tadi?" balas Haedar. Sakit betul ayat Haedar bak hujung pisau yang tajam. Lynn terus diam dan sentap dengan Haedar.
"Macam mana awak boleh begitu yakin mengatakan benih awak tu adalah segar dan sihat? Mana buktinya sampai awak nak bandingkan dengan lelaki lain pulak?" Kali ini Fillea pula berani melawan. Backup member itu penting. Tak baik biarkan member kalah. Haedar pandang tepat ke anak mata Fillea sambil tersengih jahat.
"Kau nak bukti? Boleh, tapi...," Haedar melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Fillea dan Lynn.
"Kau kena jadi bahannya untuk hasilkan bukti. Nak?" Sambung Haedar selamba. Merah merona dua gadis di hadapannya itu. Mamat ni gila ke? Harap je anak Tan Sri tapi perangai takde beza dengan buaya Tasik Chini! Getus hati Fillea.
"SAYA taknak lah!" Fillea tetap ingin mengelak dari balik bersama Haedar. Bukan apa, dia cuma tak mahu timbul berita yang tidak enak didengari. Macam tadi, hampir semua pelajar ingat Haedar adalah kekasih Fillea.
Haedar naik berang dengan Fillea yang tidak habis ingin berdegil. Nasib baik dia sabarkan hati dan kuatkan iman. Kalau tidak memang dia ketuk kepala guna topi keledarnya itu.
"Kau sendiri nampak tayar kau pancit. P. A. N. C. I. T. Pancit. Buta ke?" Giliran Haedar pula memarahi Fillea.
"Dalam bonet kereta ada pam tayar."
Haedar menepuk dahinya. Pam? Tayar punya besar macam ni dia boleh kata pam pakai pam tayar? Bodoh ke minah ni? Haedar kutuk dalam hati.
"Tayar kau kempislah bebal! Kau pulak nak pam pakai pam yang kecil tu. Kau ingat tayar kereta kau ni tayar basikal?"
Fillea tayang muka tidak puas hati. Takkanlah dia kena naik motor dengan Haedar? Apa pulak orang kata nanti?
"Habistu takkanlah saya kena naik dengan awak pulak?" Soal Fillea dengan nada tidak puas hatinya.
"Kau ada nampak orang lain ke selain aku dekat sini?"
Mata Fillea melilau-lilau seraya Haedar melontarkan soalan tadi. Pap! Dr. Efsar. Fillea nampak Dr. Efsar selain Haedar di sini.
"What if saya naik dengan Dr. Efsar?" Jari telunjuk kanan naik mengurut dagunya. Automatik mata Haedar bertukar bengis.
"No!" Haedar bersuara tegas.
"Dia lecturer saya,"
"Still no. Naik dengan aku jelah, Fillea. Jangan panjangkan kisah lagi,"
"Kenapa awak nak larang saya? Saya bukan isteri awak,"
"Jangan sampai aku panggil bapak kau dan 4 orang saksi lepastu terus akad nikah dekat sini, Fillea." Kedengaran Haedar menghembus kasar nafasnya. Tetapi sikit pun tidak menggerunkan hati Fillea.
"Berani ke?"
"Stop provoking me!" Haedar terus mencempung tubuh Fillea. Terjerit gadis itu dengan tindakan spontan Haedar. Tubuhnya diletakkan di atas tempat duduk sportbike milik Haedar. Tanpa banyak bunyi Haedar terus menghidupkan enjin motor dan memulas minyak.
"Haedar!" Bahu Haedar ditumbuknya berkali-kali. Sikit pun Haedar tidak hairan. Seketika itu pinggang Haedar dicubit tetapi Haedar masih tenang menunggang sportbikenya.
"Turunkan saya!" Fillea masih tidak berputus asa. Kini motor itu berhenti kerana lampu isyarat berwarna merah. Malangnya, Fillea tidak berani untuk turun sendiri. Tinggi!
"Haedar, turunkan saya!" Topi keledar Haedar diketuk berkali-kali.
"Duduk diam-diam sebelum aku raba peha kau!"
Usai diugut begitu terus Fillea patuh dengan kata-kata Haedar. Akibat takut diraba, Fillea terus berdiam diri dan langsung tidak buat bising lagi. Dia lebih rela terima takdirnya yang terpaksa naik bersama Haedar daripada pehanya diraba.
"Saya benci awak! Dah lah sombong." Fillea muncung mulut sambil tidak berhenti menyumpah saranah.
"Macamlah aku kesah," kata Haedar perlahan. Kalau dia cakap kuat-kuat mahu riuh jalan raya ni.
Lampu isyarat bertukar warna hijau. Sportbike yang ditunggangi Haedar dan Fillea bergerak meninggalkan semua kereta yang berada di belakang.
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomanceHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...