"KENZO, aku dah cari maklumat pasal lelaki tu."
Kenzo yang sedang sedap terbaring di atas tilam empuk, terus bangun sebaik sahaja berita gembira itu menerjah ke telinganya. Wajah Cruz ditenung lama. Kemudian, matanya lari ke arah fail yang berada ditangan Cruz.
"Bagi fail tu," minta Kenzo. Segera Cruz menghulurkan fail berwarna hitam itu kepada Kenzo. Setiap helaian dibeleknya perlahan. Sambil dia membelek, Cruz tidak henti menceritakan perihal lelaki itu.
"Sepanjang pencarian aku pasal Leo, dia adalah orang kuat Izuku. Kiranya Leo adalah orang kanan yang paling rapat dengan Izuku."
Kusyuk Kenzo membelek fail sambil telinganya peka mendengar maklumat yang diberitahu oleh Cruz.
"Siapa orang besar Izuku?" tanya Kenzo.
"Yang aku tahu, orang besar Izuku ada dalam 5 orang termasuk rida. Atakka dan Difenda ialah Taro dan Rio. Herupa ialah Leo dan Shin. Rida pulak Levi."
"One thing yang kau perlu tahu, Leo dan Levi adalah..."
"Adik dan abang. Aku tahu," potong Kenzo.
"Macam mana kau tahu?" tanya Cruz.
"Aku takkan harapkan kau sorang je yang cari maklumat," jawab Kenzo.
Fail hitam itu diletakkan ke atas meja kaca yang tertulis perkataan Kazuya ditengahnya. Setelah itu kakinya melangkah keluar dari bilik tidurnya.
Cruz yang sedar bahwa Kenzo ingin beredar terus mengekori dari belakang. Pintu bilik milik Kenzo yang besar itu ditutup rapat oleh Cruz. Terpampang besar nama Kenzo berserta nama kumpulan mereka iaitu Kazuya di hadapan pintu.
Sedang berjalan, telefon Cruz berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Langkah Cruz terus berhenti seraya membaca pesanan yang dihantar oleh Ryu, Atakka Kazuya.
Cruz, hati-hati! Budak Izumi on the way tempat korang.
Berkerut dahi Cruz apabila berita yang tidak menyenangkan itu sampai kepadanya.
Kau kat mana?
Typing...
Aku dekat mansion Izuku.
Injured. Kaki aku kena tembak."Kuso!" carut Cruz sehingga memberhentikan langkah Kenzo. Kenzo yang terdengar akan carutan itu terus memalingkan tubuhnya ke belakang. Lihat dari wajah Cruz, seperti ada sesuatu yang buruk berlaku.
"Do shita no? Kenapa muka kau pucat?" soal Kenzo. Tidak banyak bunyi, Cruz menghulurkan telefon bimbitnya kepada Kenzo. Laju anak mata membaca perbualan Cruz bersama Ryu.
"Sejak bila jantan sial ni pergi sana?! Aku takde arahkan apa-apa pun!" marah Kenzo. Tidak dia peduli Ryu sedang tercedera. Sudah terang itu salahnya. Kenapa dia pergi ceroboh kawasan orang?
Susah hendak mengawal perasaan amarahnya. Punat berbentuk mikrofon yang berada di keypad telefon ditekan.
"Aku tak arahkan kau pergi ke sana. Kenapa kau pergi?! Anata wa orokadesu!" jari diangkat dari skrin telefon lalu pesanan suara tadi terus dikirim ke Ryu.
Kemudian, pesanan suara dari Kenzo tadi dibalas semula oleh Ryu.
"Watashi o yurushite. Tolong aku, Ken. Aku sakit!" rayu Ryu. Nak tak nak terpaksa jugalah Kenzo berlembut hati dengan anak buahnya. Takkanlah dia hendak biarkan sekutunya terhimpun dengan musuh?
"Beritahu dia, aku dengan Kenji datang ke sana," arah Kenzo kepada Cruz.
"Ken, kau serius ke ni? Bahaya. Mansion kita pun nak kena serang nanti."
YOU ARE READING
Pemilik Hati Encik Arrogant (OG)
RomanceHidup sebagai seorang Fillea Elnaura sangatlah perit. Dicurangi, dikhianati dan dibenci. Lebih menyakitkan apabila dia terpaksa terima bahawa bekas tunangnya bakal menjadi sepupu iparnya pula. "Apa kurangnya aku? Aku setia pada yang satu. Tak pern...