T-shirt hitam. Rambut paras bahu diikat. Cikgu Tasha duduk di meja besar sambil memeriksa kertas soalan. Fokus, ada kala menghirup kopi yang dibancuh. Sekejap saja, beberapa set latihan habis disemak.
Rudi panggil. Duduk bersebelahan. Cikgu Tasha menerangkan beberapa bahagian yang Rudi lemah daripada matematik kertas 2. Perlahan-lahan, satu per satu jalan kira ditunjukkan agar dia faham. Memang ambil masa. Tapi Cikgu Tasha sabar, meskipun terpaksa mengulang perkara sama berulang kali.
Masing-masing tak sedar masa pantas berlalu. Matahari sudah terbenam dan malam menjelma. Cukup sekadar di sini. Barang-barang dikemaskan. Cikgu Tasha masuk ke dalam bilik mengambil hoodie lengan panjang. Tudung instant dikenakan.
Mereka singgah di warung burger mendapatkan makanan untuk mengalas perut. Selepas itu barulah mereka ke rumah Rudi. Kereta diparkir. Gelap-gelita dalam rumah. Tak ada orang di dalam Tangan dihulurkan, Cikgu Tasha tersengih.
Cikgu Tasha: Ada apa-apa untuk saya?
Rudi hendak menggeleng, cuba menipu. Hasrat tersebut dilupakan apabila terpandang renungan tajam Cikgu Tasha.
Rudi: Tunggu kejap. Saya pergi ambil.
Segera dia masuk. Sebuah kotak kecil dikeluarkan dari bawah katil. Isinya yang berbalut sapu tangan. Ditatap seketika. Berfikir sejenak dalam-dalam. Teragak-agak untuk membuat keputusan. Memandang semula ke kereta Cikgu Tasha. Rudi mendengus dan ambil balutan sapu tangan tersebut dan kembali semula. Berat hati untuk melepaskan, balutan tersebut akhirnya bertukar tangan.
Sangsi dan terus membuka balutan sapu tangan itu. Cikgu Tasha membeku seketika melihat muka depan sebuah buku bahasa Jepun. Bukan kerana bahasa, tapi buku tersebut menampilkan seorang model perempuan yang diikat dengan tali berwarna merah. Gambar yang diambil dari belakang itu tak menunjukkan wajah model berkenaan. Apa tertulis padanya tak dapat dibaca.
Buku tersebut dibalut semula. Tak diperiksa kandungannya kerana itu akan mencalarkan hati Rudi lagi. Cikgu Tasha letak di tempat duduk belakang.
Cikgu Tasha: Ni saja?
Rudi : Ya...
Wajah ditundukkan sedikit ke bawah. Elak daripada berpandangan dengan Cikgu Tasha. Turun dan terpandang pada dada Cikgu Tasha. Terus teringat apa yang berlaku. Dia beralih, menyembunyikan wajah merah.
Cikgu Tasha : Tengok mana tu?
Perutnya dicubit. Tak begitu sakit. Hanya untuk menyakat Rudi.
Cikgu Tasha : Satu ni saja?
Rudi : Ya....
Percaya walaupun tak begitu yakin.
Cikgu Tasha: Baiklah kalau macam tu. Jumpa lagi nanti.
Dengan itu, Cikgu Tasha bertolak pulang. Rudi masuk, dia baring atas katil dan berfikir semula keputusan yang dia buat. Entah kenapa, dia akur saja dengan kata-kata Cikgu Tasha. Ikut saja semua cadangan.
Sepatutnya sesuatu yang memalukan apabila orang lain tahu mengenai minat sebegini. Lagi-lagi kalau orang perempuan. Tapi dengan Cikgu Tasha, perasaan ini beza. Seolah-olah dia boleh jujur mengenai apa yang dia rahsiakan selama ini.
Cepat masa berlalu. Sudah tiba hujung minggu. Beg dikemas dengan buku-buku rujukan. Rudi duduk di ruang tamu sambil menunggu kehadiran Cikgu Tasha. Sempat dia menghabiskan secawan kopi dalam pada itu.
Cikgu Tasha tiba beberapa minit kemudian. Mereka singgah di warung dalam perjalanan. Menjamah nasi lemak yang menjadi menu utama pernah viral beberapa kali dekat media sosial. Kenyang, mereka menyambung perjalanan. Di rumah Cikgu Tasha, Rudi menumpukan perhatian pada kerja sekolah terlebih dahulu. Tak begitu banyak. Tapi dicampur beberapa subjek, makan masa juga untuk dihabiskan.
YOU ARE READING
Cikgu Tasha - Kotak Pandora
RomanceCerita mengenai Rudi dan Cikgu Tasha yang melalui hubungan berunsurkan BDSM dan bondage