Bab 9 - Kasar

3K 22 4
                                    

Trauma hingga beberapa hari tak bercakap sesama mereka. Pertama kali ditampar sekuat hati oleh perempuan. Seumur hidupnya yang diisolasi dari orang lain. Sekalipun tak pernah terlintas perkara sebegini akan terjadi. Meskipun sakit pada pipi lama hilang, Rudi masih belum sembuh dari luka dalam hatinya. Luka yang berpunca daripada tindakannya yang hilang kawalan sendiri.

Kewujudannya di pusat tuisyen bagaikan bagaikan orang halimunan. Langsung tak ada mesej atau panggilan masuk. Begitu juga dengan jemputan ke rumah.

Seminggu lebih masa yang berlalu terasa sangat lama. Dihantui rasa bersalah akan tindakan sendiri setiap detik.

Rudi dikejutkan dengan kehadiran kereta Cikgu Tasha depan rumahnya. Sementara, tak ada apa yang berlaku. Rudi memerhati menerusi tingkap ruang tamu.

Diam. Apa yang berlaku dalam kereta tak nampak jelas. Telefon pintar berdering Panggilan dari Cikgu Tasha. Segera dia jawab. Kemudian bergegas mempersiapkan diri dan meluru keluar.

Dalam kereta, seorang pun tak bersuara. Kali pertama dia melihat Cikgu Tasha tanpa mengenakan tudung di luar. Di tempat duduk belakang terdapat bungkusan makan segera. Daripada saiz bungkusan, nampak banyak. Mungkin untuk dua orang atau lebih.

Lama perjalan. Ke tempat yang jauh bertentangan dari arah rumah Cikgu Tasha. Rudi takut untuk bertanya. Membisu dan hanya melontarkan pandangan ke arah sekeliling. Memang kawasan yang sangat asing.

Berhenti. Rudi disuruh tunggu dalam kereta. Cikgu Tasha pula keluar bersama-sama bungkusan makanan segera tadi.

Pusing, entah apa yang patut dibuat. Kelibat Cikgu Tasha juga sudah hilang dari pandangan. Dia mengisi masa dengan bermain telefon pintar sahaja. Seketika kemudian, Cikgu Tasha kembali dengan sebuah kotak kayu sederhana besar. Diletakkan pada tempat duduk belakang. Perjalanan diteruskan. Perasan ada bauan aneh datang dari Cikgu Tasha. Tak seperti haruman selama ini.

Di rumah kotak tadi disimpan dalam bilik tidur. Rudi duduk di ruang tamu, tak tahu apa patut dibuat. Suasana masih janggal dengan Cikgu Tasha masih enggan bersuara. Kini di dapur menyediakan makan tengah hari.

Cikgu Tasha: Makan.

Sekadar nasi goreng cakar ayam. Lauk hanya telur dadar. Memadai mula untuk mengalas perut yang

berkeroncong. Sedikit makan dijamah, kemudian diletakkan semula sudu. Cikgu Tasha membentangkan tubuh pada kerusi, memerhati Rudi makan. Habis, pinggan dibersihkan dan masuk ke bilik.

Rudi: Jadi, ada apa-apa cikgu nak saya buat?

Cikgu Tasha: Nothing. Suka hati awak.

Perlahan-lahan Rudi menghampiri Cikgu Tasha yang berbaring sambil bermain telefon pintar. Duduk melutut di lantai dekat dengan katil.

Rudi: Cikgu, sorry dengan apa yang jadi. Saya melampau batas sekali lagi.

Tak ada sebarang respons.

Rudi: Entah apa yang tak kena. Tapi saya lost control waktu tu.

Cikgu Tasha: Biasalah, budak laki-laki- Dah lumrah. Nak buat macam mana. Terima sajalah hakikat.

Rudi: Tapi, cikgu yang terluka sebab saya.

Cikgu Tasha: It's okay. Saya pernah lalui things way worse than that.

Rudi: Cikgu selalu kata macam tu...

Bangun dan angkat tubuh. Cikgu Tasha menapakkan kaki pada salah satu peha Rudi. Air muka bersahaja bertukar.

Cikgu Tasha: Kenapa? Ingat saya tipu?

Rudi: Taklah. Cuma...

Cikgu Tasha: Let's just forget about it. Tak payah fikir perkara macamtu lagi. Buat kusut fikiran saja.

Cikgu Tasha - Kotak PandoraWhere stories live. Discover now