Sudah beberapa bulan berlalu sejak kali terakhir mereka berpisah. Kehidupan Rudi kembali seperti sebelum ini. Melewati hari-hari terakhir sebelum peperiksaan dengan ulang kaji pelajaran. Hanya itu saja dalam fikirannya.
Sekalipun dia tak cuba untuk hubungi Cikgu Tasha. Dekat pusat tuisyen, hanya bertentang mata. Tiada kata-kata ditukar. Walaupun ada kalanya terdetik, Rudi segera batalkan hasrat tersebut.
Buat masa sekarang, hanya satu matlamat dia. Lupakan semua perkara lain. Dengan masa yang singkat berbaki, setiap saat dia gunakan sebaik mungkin.
Hinggalah tiba musim peperiksaan. Selain sekolah, Rudi habiskan masa dalam bilik. Ulang kaji pelajaran. Entah bila kali terakhir dia benar-benar berbual dengan orang lain.
Sekelip mata. Semuanya berakhir. Kertas terakhir berjaya dia harungi. Keluar sebentar bersama-sama rakan sekelas. Selepas itu, dia kembali kepada kehidupan seperti sebelumnya. Seminggu. Rudi habiskan masa rehatkan tubuh serta minda. Belum ada rancangan untuk apa yang hendak dibuat selepas ini.
Hinggalah suatu pagi dia dapat meses dari Cikgu Tasha. Ringkasan mesej, ajakan untuk bercuti bersama-sama. Jantung terasa hendak luruh. Begitu teruja hinggakan dia langsung tak teragak-agak untuk terima ajakan tersebut. Beg pakaian siap dikemas dalam sekelip mata. Cuma tunggu kehadiran Cikgu Tasha menjemputnya.
Kedengaran bunyi kereta Cikgu Tasha. Rudi segera bangun dan meluru keluar bersama beg pakaian. Beg tersebut diletak pada tempat duduk belakang, mereka mula bertolak.
Meskipun sukar, Rudi cuba tahan diri daripada tersengih setiap masa. Tak dapat dinafikan betapa gembiranya saat ini.
Beberapa minit pertama, belum ada apa yang terjadi. Cikgu Tasha memandu seperti kebiasaan. Minuman dihirup beberapa kali, membasahkan tekak.
Selepas agak jauh, radio diperlahan. Ketika itu barulah Cikgu Tasha mula buka mulut.
Cikgu Tasha: Rudi, do me a favour. Lepas ni panggil nama saya saja. Jangan panggil cikgu lagi.
Rudi: Eh. Kenapa?
Cikgu Tasha: Obviously, awak bukan student saya lagi. So, let's stop calling me that name.
Rudi: Tak marah?
Cikgu Tasha: Of course.
Sambung memandu. Hanya perbualan ringan sepanjang perjalanan. Sekali saja berhenti untuk ke tandas. Selain itu, 2 jam pemanduan terasa sangat singkat.
Process check-in di hotel lancar. Selepas itu mereka terus ke bilik yang berada di tingkat 7. Pintu balkoni di buka. Pemandangan menghadap laut. Sangat indah. Tasha duduk di kerusi, melepaskan penat. Tudung dibuka.
Rudi datang sambil menghulurkan botol air sejuk. Perasan wajah Tasha sikit susut. Tapi cuba untuk tak endahkannya. Seketika berehat, mereka masuk semula ke dalam.
Tasha: Rudi, let me remind you something. Anything happens here. Stays here. I mean any thing.
Rudi: Maksudnya?
Tasha: Saya assume awak dah 18 tahun. As both of us are adult. In a same room pulak tu. Apa-apa boleh jadi.
Masih lagi belum jelas. Nampak pada raut wajah Rudi- Tiba-tiba Tasha memeluk. Erat, sambil mengusap-usap kepala dan belakang Rudi. Rasa terharu. Dakapan tersebut dibalas. Lembut Rudi meletakkan tangan pada Tasha. Dapat dirasa degupan jantung masing- masing yang kian laju.
Wangi haruman Tasha kenakan. Seketika kemudian, masing-masing angkat wajah. Rapat antara satu sama lain. Meskipun bukan kali pertama. Rudi rasa sesuatu yang beza. Bagai ada yang bisik sesuatu tatkala menatap wajah Tasha dari dekat. Lagi-lagi apabila hidung mereka bersentuhan.
YOU ARE READING
Cikgu Tasha - Kotak Pandora
RomanceCerita mengenai Rudi dan Cikgu Tasha yang melalui hubungan berunsurkan BDSM dan bondage