8:30 PagiJam yang menunjukkan 8:30 pagi membuat Jaeha berlari menyiapkan diri. Dirinya sudah lewat mahu ke kelas dan pagi itu dia sangat menyumpah pada dirinya kerana lupa mengunci jam
Puan Choi dan Encik Choi awal pagi lagi sudah berangkat ke kampung menguruskan rumah lama mereka yang ingin disewakan
Kasut dipakai dan Sebelum melangkah pergi sempat dibetulkan bajunya dan skirt yang dipakai
*Pakaian Jaeha*
Namun apabila Jaeha sudah keluar dari pagar rumah, tiba-tiba Puan Na menegur Jaeha. Jaeha sudah lewat dan dia kalau boleh tidak mahu menyapa Puan Na kembali namun itu sangat tidak sopan jadi dia menyapa Puan Na
Puan Na yang menyedari Jaeha kelewatan cepat-cepat menyuruh gadis itu pergi ke kelas. Mahu suruh Jaemin hantar pun anak nya sudah pergi ke kelas
.
.
.Keluhan lega dilepaskan sebaik saja kelas pertama habis. Mujurlah dia sempat sampai kalau tidak pasti tidak boleh masuk kedalam kelas
Pen dan barangan alat tulis yang lain dimasukkan kedalam pencil box. Hanya dia yang masih tidak keluar dari kelas dan itu langsung tidak dipedulikannya. Jaeha masih belum menemukan rakan sejak dia mula berpindah ke seoul. Jaemin? Dia hanya Jiran yang menyakitkan hati
Sedang Jaeha mengemas barangnya, tiba-tiba kedatangan Mark mengejutkan Jaeha. Lelaki berkelahiran kanada itu tersenyum manis kearah nya
" seorang saja? " tanya Mark
" hm seorang saja " balas Jaeha
" kelas seterusnya lambat lagi, apa kata kau ikut aku " kata Mark
" kemana? " tanya Jaeha
" ikut saja, nak tak? "
jaeha diam beberapa saat sebelum setuju dengan ajakan dari Mark. Dia tiada kawan dan Mark kawan Jaemin jadi tidak salah dia ikut dia kan?
Mark tersenyum bahagia apabila Jaeha bersetuju. Mereka berdua keluar dari kelas dan Mark membawa Jaeha ketempat yang dia ingin bawa gadis itu. Lama mereka berjalan akhirnya mereka sampai taman kolej.
Kedatangan Jaeha dipandang tajam oleh Jaemin sehingga membuatkan Jaeha tidak selesa
" oiii Mark " sapa Haechan dan mereka berdua berpeluk tubuh
Mark mempelawa Jaeha duduk disebelahnya. Ideal nakal muncul dalam fikiran Jaeha untuk kenakan Jaemin
" bukan ke kau jiran Jaemin? " tanya Renjun cuba mengecani wajah Jaeha
Tidak salah lagi, ini adalah gadis yang Jaemin bawa malam mereka bermain badminton. Pertanyaan Renjun diangguk Jaeha
Melihat Jaeha tersenyum-senyum dan bergurau senda dengan Mark Haechan Jaemin Jeno membuatkan Jaemin mula naik menyampah dan lagi menyampah apabila Mark meletakkan beg miliknya diatas riba Jaeha menutup paha Jaeha yang terdedah
" Jaemin kau kenapa diam saja? " tanya Haechan
Jaemin yang tadi leka bermain telefonya mengangkat muka memandang Haechan dan yang lain. Dari tadi mereka berbual dan jaemin hanya diam saja
" eoh aku tak selesa ada perempuan, rasa rimas " kata Jaemin menjeling Jaeha lalu sambung bermain telefonnya
Mereka yang mendengar itu tidak terasa apa-apa kecuali Jaeha. Terasa dengan kata-kata Jaemin padanya. Bila sudah dikata begitu, Jaeha meminta diri untuk beredar dan apabila Jaeha sudah pergi, Mereka semua memandang Jaemin
" tak baik lah Jaemin kau ni, kesian dia " ujar Jeno sebaik saja Jaeha sudah tiada
" pergilah kejar dia, kisah pula aku kasihankan dia " balas Jaemin
Rakannya yang lain hanya diam dan tidak lagi berkata apa-apa. Mereka sudah kenal lama dengan Jaemin dan dia sangat anti dengan perempuan jadi dengan mulut Jaemin kata begitu tak mengejutkan mereka pun
YOU ARE READING
[ √ ] my love again [NA.JAEMIN] fanfiction
Fanfiction" kau berhasil membuat aku merasakan selalu ada harapan, tapi terkadang kau juga berhasil membuat aku merasa tidak ada harapan " ⋆˚࿔ marklee 𝜗𝜚˚⋆