BBQ!

41 4 0
                                    


" CHOI JAEHA BANGUNNNN!! "

jeritan Puan Choi dari bawah menyedarkan Jaeha dari tidurnya. Walaupun dia sudah bangun namun matanya masih tertutup dan dia masih dalam dunia lenanya. Maklumlah hari ini cuti tapi Puan choi langsung tidak membiarkan dia tidur lama

Tidak mahu puan choi memanggilnya banyak kali, jaeha bangun lalu ke tandas mencuci muka. Dengan tidak mandi, dia turun ke bawah mencari keberadaan Puan choi. Apabila puas mencari, Jaeha ke ruang tamu membuka televisyen apabila puan choi tidak dijumpai

Cerita Train To Busan menjadi tontonan buat Jaeha sehingga dia tertidur di sofa

" masuk lah "

Puan Choi dan Jaemin masuk kedalam rumah apabila dipelawa Puan Na. Puan Choi yang melihat anak perempuanya yang tidur di ruang tamu terus kejutkan agar bangun

" 5 minit, jaeha mengantuk " renget Jaeha lalu sambung tidur

Puan Choi mengelengkan kepalanya apabila Jaeha liat mahu bangun. Sudahlah mereka ada tetamu

" biarkan dia tidur, dia penat tu " kata Puan Na

Jaemin sempat mengerling Jaeha lalu mengekori ibu nya masuk kedapur Puan Na. Hari ini dia dipaksa ibunya menolong kerana malam ini mereka mahu adakan BBQ sempena kedekatan mereka

Puan Choi setuju dan persiapan dilakukan dirumah Puan Choi kerana rumah Puan Na dipenuhi barang perniagaannya. Selang beberapa minit, Jaeha akhirnya bangun dari tidur

Namun apa yang membuatnya terperanjat apabila melihat Jaemin di sofa depan sedang bermain telefon. Jaeha menelan air liurnya malu. Apa patut dia buat ni jaemin betul-betul dihadapannya dan jika dia bangun pasti lelaki itu melihatnya dengan pakaian tidur

Malas mahu berfikir, Jaeha bangun dari tidur seolah-olah tiada apa yang berlaku. Jaemin yang sedar Jaeha sudah bangun tidak hiraukan gadis itu dan fokus pada telefonnya. Melihat Jaeha sudah naik keatas, Jaemin mengurut dadanya

" macam ni kau dekat rumah, seksi sangat huh "

Batin Jaemin melepaskan keluhan lega apabila Jaeha sudah tiada. Mahu tercabut jantungnya melihat Jaeha mengenakan seluar tidur yang pendek menampakkan betis

Aduhai

.
.
.

Malam sudah tiba dan dua keluarga itu sudah mulakan BBQ mereka. Jaemin juga mengajak rakannya atas suruhan ibu nya. Mark Jeno Renjun Haechan datang dan disambut Jaemin

Jaeha, Renjun dan Mark sibuk memanggang daging dan yang lain berada di meja makan. Mereka bertiga sukarela memanggang dan menyuruh yang lain hanya menunggu dan makan

" kamu bertiga mari makan dulu "

Panggil Puan Na dan mereka bertiga datang sambil membawa daging dan ayam yang sudah siap dimasak

Jaeha tercengang apabila tempat duduk yang masih tersisa hanyalah disebelah Jaemin. Kerana hatinya masih terasa dengan kata-kata Jaemin minggu lepas, Jaeha memutuskan untuk berdiri saja

" Jaeha duduk lah, tu kerusi sebelah Jaemin kosong "

Jaeha mengeleng menandakan tiada apa, dan Puan choi hanya memandang hairan pada anaknya. Hairan melihat Jaeha dan Jaemin tidak lagi bertegur sapa sedangkan awal mereka pindah mereka selalu bergaduh

Melihat Jaeha berdiri, Haechan bangun lalu duduk disebelah Jaemin dan membiarkan Jaeha duduk disebelah Renjun. Malam itu mereka semua makan sambil menceritakan apa yang mereka lalui. Gelak tawa mereka seperti keluarga yang lengkap dan sangat bahagia

" Mereka berlima semuanya sesuai dijadikan teman lelaki, kamu tak mahu pilih ke Jaeha? "

Puan Choi yang melihat anaknya perempuanya diusik Encik Na hanya ketawa halus termasuk Puan Na

" h-huh mereka? " soal Jaeha

" mana satu ciri-ciri lelaki pilihan kamu? " tanya Encik Na

Jaemin dan jaeha sempat saling memandang antara satu sama lain sebelum mereka berpaling kearah lain

" hm Mark? " kata Jaeha

Mereka semua bersorak kecuali Jaemin diam tidak beriaksi. Mark yang dipilih Jaeha sebagai ciri-ciri lelaki yang dia inginkan

" lena Mark tidur malam ni " kata Puan Na sambil tertawa

" lena sangat ahjuma, Jaeha pun ciri-ciri perempuan yang Mark cari " ujar Haechan

Mereka semua ketawa senang dapat melihat wajah malu Mark dan Jaeha. Encik Na menyiku isterinya agar melihat Jaemin yang diam tidak menunjukkan sebarang riaksi

Kedua suami isteri itu tersenyum dapat mengenakan anak lelaki tunggal mereka

[ √ ] my love again  [NA.JAEMIN] fanfictionWhere stories live. Discover now