misunderstanding

12 0 0
                                    

berhentinya kereta mewah milik Jaemin sebaik saja dia tiba digedung besar syarikat Jaeha bekerja. sangat gembira kerana hari ini dia mahu mengajak gadis itu ke beberapa tempat yang sudah dia siapkan

langkah kaki dilajukan tidak sabar mahu mengejutkan Jaeha setelah dia muncul, pasti gadis itu terkejut dengan kehadirannya kerana sudah 5 hari mereka tidak berjumpa

senyuman lebar Jaemin terukir sebaik saja tiba diruang latihan. pintu dibuka Jaemin lalu

BAM

bunga ditangannya terlepas apabila melihat adegan dihadapannya dimana Mark dengan tidak berbaju dan Jaeha dengan baju yang sudah basah

" Jaemin.. "

Jaemin menelan air liurnya lalu pandangannya menghala kearah lain. bunga yang jatuh tadi diambil lalu matanya terpandang bakul sampah ditepi pintu. bunga dibuang kedalam bakul sampah sebelum dia menutup pintu lalu beredar pergi

tak menunggu lama, Mark mengambil baju yang dia buka lalu terus mengejar Jaemin

" Jaemin tunggu! "

pergelangan tangan Jaemin dipegang Mark sebelum Jaemin menghentaknya. kelihatan wajah Jaemin sudah menatapnya kesal

" Jaemin kau salah faham, aku dengan j-

tak sempat Mark habiskan kata-katanya Jaemin terlebih dahulu memotong

" kau tahu dari dulu kau bercinta dengan dia, sikit pun aku tak kacau kau berdua. tapi bila turn aku, kau buat aku kecewa Mark " kata Jaemin ketawa kecil menutup perasaanya yang kini sudah marah

" no! kau dengar penjelasan aku dengan Jaeha dahulu. kau salah faham Jaemin! " sedaya upaya Mark memujuk Jaemin

namun Jaemin mengukirkan senyuman sebelum menepuk bahu Mark lalu pergi dengan perasaan hancur

Mark meraup wajahnya bingung. apa patut dia buat kali ini kerana Jaemin langsung tak mahu dengar penjelasannya malah lelaki itu sudah memikirkan perkara yang mereka tidak buat

ting

mesej masuk dari telefon milik Jaeha. nama Jaemin naik dari noti telefonnnya pantas dibuka

Jaemin ❤️

- jumpa aku ditempat biasa
- sama ada kau mahu berterus terang atau kita batalkan saja pertunangan ini

membaca mesej yang dihantar oleh Jaemin, Jaeha mengeluh berat. tidak habis dengan Ujian yang datang dalam hidupnya

dengan segera Jaeha mengambil cardigan miliknya lalu dipakai. Mark yang baru saja masuk kedalam ruangan latihan langsung tidak dipandang dan segera pergi

-

JAEHA POV

Kakiku melangkah laju kearah tempat yang kami selalu berjumpa. peluh sudah membasahi permukaan wajah ku

setelah tiba, kaki aku sudah tak lagi berganjak sebaik saja melihat Jaemin bersama seseorang disana. kelihatan wanita itu sudah bersama Jaemin dari tadi. aku hanya diam melihat mereka disana sedang berbual

seketika keningku berkerut melihat wanita itu memegang tangan Jaemin. jantung berdebar melihat mereka disana. tak lama itu wanita itu memeluk Jaemin

" dia curang...? " detik aku dalam hati

masih tak mahu aku mendekat namun Jaemin mengalihkan pandangan kearah aku. Mata kami saling bertembung untuk beberapa saat sebelum aku mengalihkan pandangan

[ √ ] my love again  [NA.JAEMIN] fanfictionWhere stories live. Discover now