angin malam menepis rambut panjang milik Jaeha lembut. bintang dilangit menjadi tatapan mereka berdua pada malam itu
walaupun agak ramai malam itu, itu tak menjadi masalah untuk mereka berdua turut menikmati malam indah ini
habis saja waktu kerja, Jaemin mengajak Jaeha ke sungai Han, saja mahu berbual dan meluangkan masa yang ada dengan orang yang dia sayang. walaupun Jaeha sekarang sedang berlatih lagu baru yang akan dikeluarkan bersama Mark namun atas paksaan Mark, Jaeha setuju keluar
mungkin Mark sudah tahu berkaitan tujuan Jaemin
" aku nak deeptalk dengan kau "
Pandangan teralih pada Jaemin yang mula membuka perbualan setelah mereka duduk ditikar yang mereka buka
" apa? macam serius saja " tanya Jaeha dan mereka berdua mengubah posisi duduk
kini mereka saling menghadap tanpa ada perasaan jangkal
" aku mahu berkahwin " kata Jaemin
" wahhh tahniah! aku tak sangka secepat ini waktu nya " ujar Jaeha menumpang gembira meraikan Jaemin
" will you marry me? aku mahu punya keluarga kecil bersama kau " ujar Jaemin lalu meraih kedua tangan Jaeha namun Jaeha masih blur
apakah Jaemin bercakap tentangnya saat ini?
" kau serius? " tanya Jaeha memerlukan kepastian
" bahkan dari dulu niat pertama aku selepas habis belajar dan kerja aku mahu melamar kau dan sekarang sudah tiba waktunya untuk aku ungkapkan segalanya " ucap Jaemin sedang berharap agar Jaeha menerima lamarannya
" kalau begitu mana cincinya? "
Jaemin melebarkan senyumnya apabila mendapat persetujuan Jaeha. pantas saja kotak cincin didalam bag galasnya dikeluarkan
cincin yang terletak manis dijari manis Jaeha membuatnya ingin teriak kegembiraan
" aku tidak sabar mahu beritahu ibu! terima kasih sebab tunggu aku dan terima kasih kerana perasaan kau pada aku masih sama Jaeha aa.. " ucap Jaemin lalu memeluk tubuh Jaeha erat
pelukan dibalas oleh Jaeha sehingga tak sedar air mata sudah tumpah kerana terlalu gembira saat itu. saat yang ia inginkan kini telah tercapai
" terima kasih kerana selalu dengan aku Na Jaemin.. " ujar Jaeha perlahan namun sangat didengari oleh Jaemin
malam yang indah dan bermakna buat mereka
" aku mahu bina keluarga kecil dengan kau dan dalam rumah kita nanti aku mahu cipta banyak memori dengan kau " cerita Jaemin tak lepas dari tersenyum
Malam tanpa gangguan dan hanya mereka. masing-masing bercerita mengenai apa yang mereka inginkan nanti
Yang paling bersemangat tentu saja Jaemin. Sampai sakit perut Jaeha dengan lawak darinya kerana meme mukanya membuatkan Jaeha sakan ketawa
-
" Renjun? Termenung apa? " soal Mark melihat Renjun asyik dalam lamunan
Kesedaran dari lamunan dengan sapaan Mark membuat Renjun ketawa kecil
" kau okey? " tanya Mark memandang Renjun
" hm okey, Mark " mark mengangkat sebelah keningnya apabila Renjun memanggilnya
" kau rasa aku sudah terlambat ke? " tanya Renjun membuat Mark seketika bingung namun kemudian Mark faham maksud yang renjun katakan
" hanya Jaemin sahaja dalam hatinya, dan bukan saja kau bahkan aku juga lambat jun..." jawap Mark
" dia biasa sahaja, tapi entah kenapa dimata aku dia sangat istimewa walaupun aku sendiri tidak tahu dimana letaknya keistimewaan itu jun.." ucap Mark dan kedengaran oleh Renjun keluhan kecil lelaki iti
" bahkan sampai sekarang aku masih ingat janji-janji dan kata-kata manis dia, sampai sekarang jun.." sambung Mark meraup wajahnya merasakan penyesalan dalam dirinya
walaupun cinta pertamanya bukanlah Jaeha tetapi dia bingung kenapa hatinya masih melekat pada gadis itu sedangkan mereka tidak lama
" kau sudah cuba dengan orang baru? " tanya Renjun
" sudah jun..aku sudah cuba dengan orang lain, ternyata cuma dia sahaja yang aku mahu jun.." jawap Mark
Renjun mengukirkan senyuman kecil lalu menepuk bahu mark cuba menenangkan rakannya
" kau jangan fikirkan sangat lagi pun anak mereka nanti akan jadi anak kita semua juga bukan? " kata Renjun lalu ketawa senang bersama Mark
" aku kena buat baik dengan Jaemin baru setiap hari nanti aku boleh jaga anak dia kan? betul tak? "
Renjun mengangguk setuju dengan cadangan Mark. Ada betul juga kan tidak pasal Jaemin murka dengan mereka semua
Sedang mereka asyik ketawa, kedatangan Jeno dan Haechan disapa mereka
" apa yang lucu? " soal Haechan pada mereka berdua kerana dari jauh lagi melihat terlihat ketawa
" apa kau buat kalau suatu hari nanti Jaemin ada anak dengan Jaeha? " tanya Mark pada jeno dan haechan
Mereka berdua saling berpandangan dengan soalan Mark itu
" Mestilah setiap hari aku yang akan ambil anak dia sekolah " jawap Jeno
" kalau aku...aku akan suruh dia buat lagi sebab satu tak cukup. Kita ada 7 orang jadi anak dia perlu ad 7 juga " ujar Haechan sudah tersenyum jahat
" banyaklah kau! Lebih baik kau jadi babysitter anak dia " cadang Mark lalu diiringi tawa mereka berempat
Kalau jaemin tahu mereka sedang mengumpat tentang dia pasti jumpa anak dia pun tak boleh. Takut berjangkit perangai gila mereka pula nanti
YOU ARE READING
[ √ ] my love again [NA.JAEMIN] fanfiction
Fanfic" kau berhasil membuat aku merasakan selalu ada harapan, tapi terkadang kau juga berhasil membuat aku merasa tidak ada harapan " ⋆˚࿔ marklee 𝜗𝜚˚⋆