truth

16 1 0
                                    

langkah kaki berhenti apabila 5 mesej yang dihantarkan oleh renjun. awalnya Jaeha tidak mahu buka kerana dia masih terasa dengan apa yang terjadi 2minggu lepas padanya

namun tiba saja dia mahu buka mesej yang dihantar oleh renjun padanya

Renjun Huang

- kau dekat mana?
- ada masa kosong tak?
- jumpa aku di bilik seni
- ada sesuatu mahu aku katakan

- kau dekat mana?- ada masa kosong tak?- jumpa aku di bilik seni - ada sesuatu mahu aku katakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jaeha tidak membalas dan hanya ingin pergi ke sana tanpa memberitahu lelaki itu. Walaupun hatinya masih terasa dan Malu mahu berjumpa mereka tapi entah kenapa hari ini lain

sesampai saja Jaeha dalam bilik seni, kelihatan tiada seorang pun disana melainkan Renjun yang berada dimeja sendirian

" eoh Jaeha! sini sini " panggil Renjun sambil melambai kearah jaeha

Jaeha melangkah kearah Renjun lalu mengambil tempat duduk dihadapan lelaki itu

" kenapa kau tak balas mesej aku? mujur saja aku tak keluar awal tadi " kata renjun membuka perbualan mereka

" kau nak apa? " soal Jaeha tanpa banyak kata. Renjun tersenyum manis dan Jaeha hanya memandang lelaki itu

" aku ada hadiah untuk kau " kata renjun lalu ipad ditangannya diberi pada Jaeha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" aku ada hadiah untuk kau " kata renjun lalu ipad ditangannya diberi pada Jaeha

" aku baru siapkan gambar kau semalam, cantikkan? kau suka? " tanya Renjun

" kenapa tak minta izin aku dulu? " soal Jaeha dingin pada Renjun. Renjun tersenyum singkat sebelum meletakkan ipadnya kembali

" kau tak suka hasilnya? " tanya Renjun

" aku tak suka kau buat perkara berkenaan dengan aku. selepas apa yang jadi dan tiba-tiba kau buat macam ni? apa pula mainan kau semua kali ni?"

ujar Jaeha dengan amarah yang terpendam dalam hatinya

" maaf aku hanya nak kau tahu yang-

belum sempat Renjun habiskan kata-katanya, Jaeha pantas memotong

" cukuplah! hapus saja dan kau sama saja seperti mereka depan aku kau semua pijak maruah aku macam aku tak ada harga diri " kata Jaeha sudah menitis air matanya

jaeha yang ingin berlalu pergi sempat dihalang oleh Renjun

" tunggu Jaeha! kau silap aku tiada kaitan langsung dengan hal mereka. aku ikhlas berkawan dengan kau Jaeha. aku berani bersumpah " ujar Renjun

Jaeha mengelengkan kepalanya tidak mahu percaya sambil menangis teresak esak

" aku bersumpah Jaeha, Dari awal aku kenal kau sumpah aku selesa berkawan dengan kau. kau sahaja faham aku jaeha dan kau selalu sokong aku, kau selalu tolong aku " sambung Renjun sambil kedua tangan Jaeha sudah dipegang erat olehnya

" kau percayakan aku kan? aku tidak terlibat dan aku minta maaf berkenaan hari tu. aku ingat mereka hanya ingin usik kau dan apa yang Mark kata sumpah aku tak tahu yang itu benar " kata Renjun

Jaeha tidak membalas malah hanya menangis mendengar setiap apa yang dikata Renjun. melihat Jaeha menangis, Renjun menenangkan Jaeha dengan memeluk gadis itu erat sambil perkataan maaf keluar dari mulutnya

" maafkan mereka, jika ada apa-apa datang saja pada aku ya? jangan pendam luah saja " bisik Renjun lembut

beberapa minit kemudian Jaeha sudah tidak lagi menangis dan Renjun mengajaknya melukis bersama bagi meredakan tekanan dalam
fikirannya

" inilah Jaeha yang aku kenal! cantik saja bila senyum " puji Renjun ikhlas

" diam lah "

" betul aku tak tipu, kau cantik sangat sempurna depan mata aku " sambung renjun lagi sebelum satu cubitan mendapat pada bahunya

" arh sakit sakit "

" haa puji la lagi "

" baiklah baiklah jangan marah. sekarang mari ke kantin nak? aku lapar la belum makan lagi ni " ujar Renjun memasang wajah simpati agar Haeha menemaninya makan

" boleh tapi bagi aku tangkap gambar kau dengan lukisan kau dulu " kata Jaeha

" tak perlu minta ambil saja "

click!

gambar Renjun diambil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

gambar Renjun diambil. wajah polos dan comel itu tidak pernah tak buat Jaeha berhenti memuji

[ √ ] my love again  [NA.JAEMIN] fanfictionWhere stories live. Discover now