gaun mewah yang tergantung elok disana menjadi tatapan Jaeha. Berdebar-debar dirinya menunggu gilirannya nanti. namun apa yang buatkan dia tak senang adalah dengan tidak munculnya kehadiran Jaeminlelaki itu malah tidak membuka langsung pesanan yang dia hantarkan
tok tok tok
pintu diketuk Mark sebelum dia membuka dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat Jaeha masih tidak bersiap
" Jaeha kenapa kau belum bersiap? " soal Mark hairan
dia yang sudah bersiap segak ini mengeleng kecil dengan Jaeha
" aku nak bersiap lah ni " kata Jaeha ketawa malu
" mahu aku bantu? " tanya Mark sebaik saja dia tiba dipintu untuk keluar
" boleh juga "
mendapat persetujuan Jaeha, Mark tersenyum gembira. dan Jaeha berlalu ke bilik persalinan sementara mark menunggunya diluar. Jaeha keluar semula dengan gaun yang masih tak dizip dibelakang
Mark bangun dari duduknya lalu dengan berhati-hati lantas menarik zip gaun itu. satu senyuman terukir dibibirnya apabila sudah selesai
" macam mana? sesuai? " tanya Jaeha sudah tersenyum sendiri lalu memusing tubuhnya mempamerkan gaun mewahnya
" sangat sesuai " jawap Mark lalu mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda bagus!
make up kedua mereka sudah dibuat dan sekarang hanya menunggu giliran mereka untuk ke stage
dan beberapa minit kemudian MC menyeru nama Jaeha. bagai nak jatuh saja jantung apabila mendengar sudah tiba gilirannya. Tanggannya yang sudah memegang kuat tangan Mark dilepaskan
" good luck! pergi pergi! "
dengan dorongan lembut Mark menolak tubuh Jaeha untuk naik ke stage. sempat Jaeha memandang Mark sebelum langkah terakhirnya pergi
setelah dirinya tiba diatas stage, betapa gerunnya melihat penonton yang datang namun apa yang mengejutkan adalah kelihatan di big screen dream sudah melambai lambai kearahnya
Jaeha tersenyum melihat mereka dan sebelum dia mengalihkan pandangannya pada piano. sedikit kecewa kerana dia tak dapat mencari keberadaan Jaemin. lelaki itu entah datang atau tidak
piano mulai dimainkan dan keadaan mula sunyi. lampu biru yang dinyalakan membuatkan keadaan disana menjadi romantik
lagu i love you with all my heart dinyanyikan Jaeha dengan penuh mendalam. nyanyiannya saat itu membuat seisi yang datang di seoul Arena menghayati lagu itu
Mark berpeluk tubuh sambil menyaksikan persembahan Jaeha diatas
" andai kau tahu, setiap hari aku menahan untuk tidak menghancurkan moment kita bersama dengan perasaan aku ini "
detik Mark dalam hatinya. walaupun hanya melihat dibelakang stage, itu tak menjadi masalah untuknya kerana dimana saja melihat gadis itu tidak pernah membosankan malah lagi dia mahu terus memandang tanpa henti
" Jaeha sangat cantik..." bisik Renjun pada Jeno disebelahnya
" lihatlah siapa yang dah dapat hati dia, betulkan Jaemin? " pandangan seketika beralih pada Jaemin
lelaki itu hanya tersenyum dan matanya tak lepas memandang Jaeha disana walaupun Jauh. Rindu sangat pada gadis itu dan jika boleh dia mahu terus berjumpa Jaeha sebaik saja gadis itu turun pentas namun dia perlu menunggu sehingg konsert selesai
Jaeha tidak tahu akan kehadirannya kerana semasa big screen tadi mereka hanya menunjukkan jeno renjun jisung chenle dan Haechan sahaja
" sayang, kita sudah hampir dijalan impianku. Bahkan aku rela menjadi manusia gila yang terus menerus berusaha untuk mempertahankan hubungan ini. aku tahu ini bodoh, tapi aku mahu dan tetap mahu kan ia tercapai "
detik Jaemin dalam hatinya, lalu dengan sendirinya dia tersenyum
" aku tidak sabar mahu kau bertemu dengan Jaeha, aw sangat romantik! " bisik Haechan pada Jaemin dengan suara gembira
" Aku mahu melihat drama secara live lepas ini dan mahu rakam moment itu nanti " kata Chenle
mereka ketawa kecil dengan omongan mereka sendiri
Dan setelah 3 minit 45 saat Jaeha diatas stage, akhirnya dengan tundukan hormat, Jaeha berikan sebelum turun. Tepukan gemuruh dari penonton kedengaran sebelum bayangan Jaeha sudah tiada
dan tak lari juga Jaemin yang awal lagi bangun memberi sokongan dan semangat untuk jaeha walaupun gadis itu tidak tahu akan kehadirannya
Dan setelah itu tibalah giliran solo Mark. dream dan penonton lainnya bersorak kuat apabila Mark sudah tampil di atas stage. kerana solo Mark mengubah suasana disana menjadi kembali riang semula
aura yang sangat berbeza dengan Jaeha. Mark menjadikan suasana disana lebih bersemangat.
lagu solonya yang berjudul golden hour mendapat sorakan kuat dari fans
YOU ARE READING
[ √ ] my love again [NA.JAEMIN] fanfiction
Fanfiction" kau berhasil membuat aku merasakan selalu ada harapan, tapi terkadang kau juga berhasil membuat aku merasa tidak ada harapan " ⋆˚࿔ marklee 𝜗𝜚˚⋆