3

14 0 0
                                    

Zea bersiap untuk ke hospital. untuk hari ini sahaja dia akan mendapat 4 pesakit untuk dibedah. nampak gayanya, kerja sampai larut malam lagilah. Zea masuk ke dalam lif dan pada yang sama, Jihoon juga masuk ke dalam lif " good morning, Paji " kata Zea dan Jihoon memandangnya " Paji? " Zea mengangguk " kan awak cakap nama awak Park Jihoon so saya amik Pa dengan Ji " kata Zea dengan polosnya

" ikut kaulah " balas Jihoon " haa? serious ni saya boleh panggil awak , Paji ? " soal Zea teruja " asalkan nama tu ada kena mengena dengan nama aku " balasnya lagi " yay! " Zea bersorak gembira

setibanya di aras bawah apartment itu, mereka terus masuk ke dalam kereta masing - masing, Zea bergerak keluar terlebih dahulu dan memandu ke arah hospital tempatnya bekerja

sesampainya di hospital, dia memarkirkan keretanya dan masuk ke dalam ruangan hospital " nanti tolong hantarkan file pesakit untuk dibedah hari ini " katanya kepada jururawat yang bertugas dan melangkah masuk ke dalam biliknya

" Doktor Zea " Zea mengangkat wajahnya " good morning , Doktor Karina " ucapnya " I will be your assistant today " kata Karina dan duduk di hadapan Zea " great, I really need you for that " kata Zea



setelah berjam - jam melakukan pembedahan, Zea terus memeriksa fail - fail pesakit yang dibedah sehingga larut malam " eh Doktor Zea, ingat dah balik tadi " tegur jururawat tersebut ketika melintasi bilik doktor itu

" kejap - kejap lagi saya baliklah. saya tengah check file pesakit ni " katanya bersama dengan senyuman " oh.. jangan balik lewat malam ya doktor " kata jururawat tersebut dan terus menuju ke lobi

Zea mengemas barangannya dan dengan langkah yang lemah dia terus keluar dari hospital dan menghampiri keretanya. dia memboloskan diri ke dalam kereta dan menutup mata sebentar

tiba - tiba sebuah kereta membunyikan hon. Zea menurunkan tingkap " oh Jihoon, kenapa? " soalnya, masih mampu memberikan sebuah senyuman

" kau tak balik ke? " soalnya " nak balik lah ni cuma saya nak rehatkan diri sebelum drive " balasnya " nak tumpang tak? nanti sampai lambat pula " Jihoon mula membuat tawaran " kereta saya? " Zea ragu - ragu " nanti Yoshi amik " jawabnya, dalam beberapa minit akhirnya Zea bersetuju

" thank you sudi hantarkan saya balik " kata Zea " no problem " kata Jihoon " kau dah dinner? kalau belum jom dinner sama - sama " Jihoon membuat tawaran lagi " bolehlah " balas Zea. Jihoon memandu ke arah sebuah restoran. sesampainya di restoran itu, mereka membuat pesanan. sambil menunggu pesanan mereka berborak tentang kerja dan lain - lain sehinggalah makanan mereka sampai

Zea melentokkan kepalanya di pintu kereta Jihoon dan melelapkan matanya. Jihoon memandang Zea dan tanpa disedarinya, dia tersenyum

sampai sahaja di aras bawah, Jihoon terus memarkirkan keretanya. mahu membangunkan Zea, rasa serba salah kerana gadis itu jelas kepenatan. dia mengalihkan beberapa helai rambut yang menutupi wajah jelita gadis itu. cantik. Zea memang cantik

tok! tok! cermin kereta diketuk, Jihoon menurunkan cermin " ya? " rupa - rupanya pengawal keselamatan " encik buat apa disini dengan kekasih encik? " soal pengawal keselamatan tersebut " oh dia tertidur, saya nak kejutkan dia " jawab Jihoon dengan ramah " oh saya ingatkan encik buat apa berdua - duaan. tak apalah kalau macam tu, saya sambung kerja saya " Jihoon mengangguk dan terus membangunkan gadis disebelahnya

" bangun Zea. dah sampai " kata Jihoon dan Zea terbangun. mereka berdua keluar daripada kereta dan menuju ke arah lif. Zea berjalan dengan lemah jadi Jihoon terpaksa memegang gadis itu dan Zea masih mampu tertidur walaupun dalam keadaan berdiri

" macam mana pula aku nak buka password rumah dia ni? ah tidur sofa ah malam ni " gerutu Jihoon sendiri

sesampai di apartmentnya, Jihoon membaringkan Zea di atas katil dan menyelimuti gadis itu lalu keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. nasib sempat mengambil selimut lebih yang ada di dalam biliknya

Jihoon pun tertidur.

ᴍʀ ᴛʀᴏᴜʙʟᴇᴍᴀᴋᴇʀWhere stories live. Discover now