Part 8

6.3K 187 3
                                    

Sesampai kami di rumah Rizky, aku disambut mesra oleh Mummy Rizky. Wajahnya sungguh gembira menyambut kedatanganku . Aku bersalaman dengan beliau. Diikuti dengan Rizky.

Aku dijemput masuk ke dalam rumah keluarga Rizky. Aku tergamam dengan hiasan rumah tersebut. Hiasan dalamannya sungguh cantik, mewah dan elegant. Aku melihat ke semua sudut rumah dengan sungguh teliti.

Beberapa minit kemudian, mummy Rizky datang membawa dulang yang berisi teko dan beberapa cawan. Beliau menuangkan air ke dalam cawan lalu menjemputku untuk minum.

" Mia, Apa Khabar? " mummy Rizky memulakan bicara.

" Alhamdulillah, Mia sihat. Aunty pula sihat? " balasku lembut.

" Eh ? Jangan lah panggil aunty, panggil je Mummy. Kan lagi elok , tak lama lagi Mia akan jadi menantu mummy. So ? Berlatihlah awal-awal. " katanya lagi.

Aku mengangguk dan mengulangi soalanku.

" Mummy sehat? " kataku dengan nada yang teragak-agak.

" Alhamdulillah. Mummy sehat walafiat. " kata mummy sambil tersenyum.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kearah Mummy. Aku melilau ke semua sudut rumah mencari kelibat daddy Rizky namun hampa.

" Sorrylah, daddy Rizky tiada di rumah. Beliau masih di office. Si Rizky ni pun kena bagi cuti sehari je ni. " ulas beliau panjang lebar.

Aku tersenyum, aku melihat Rizky kaku tak bersuara di sampingku. Dia sibuk menekan-nekan gadjet di tangannya.

Aku dan Mummy berborak sehingga ke waktu petang. Macam-macam topik dibahaskan. Kekadang ada juga Mummy kongsikan serba sedikit tip untuk menempuh alam perkhawinan.

Rizky hanya menjawab jika perlu sahaja. Mummy juga banyak ceritakan tentang anak terunanya. Banyak ilmu yang aku dapat hari ni.

Tepat jam 5 petang, aku meminta diri untuk pulang, aku dihantar oleh Rizky. Bukan permintaan Mummy namun kehendaknya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, aku hanya melihat ke luar tingkap kereta.

" Rancak betul Mia berborak dengan Mummy kan? Sampai tak ingat dunia. " ucap Rizky sambil tersenyum.

" Heh ? Yeke ? " kataku sambil tersengeh-sengeh.

" Apa yang Mia dengan Mummy borakkan ? " soal Rizky lagi.

" Adalah rahsia. Mana boleh bagitau Rizky. " selorohku.

" Amboii ! Dia yang nervous gila tadi, Tup ! Tup ! Berborak sakan dengan Mummy " ejek Rizky.

" Elehh, Biarlah. Mia nervous, perkara biasa la tu. " ujarku.

" Yelah. " jawab Rizky.

Jauh di sudut hati Rizky, dia bersyukur sebab Mia dapat berjumpa dengan mummy dan melupakan nervousnya. Dia kesian melihat Mia yang mengeletar semasa dalam perjalanan ke rumahnya disebabkan nervous untuk berjumpa mummynya.

Hatinya berasa gembira saat melihat Mia gembira berborak dengan mummy kesayangannya.

-- Skip --

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now