Part 39

3.3K 87 3
                                    

Tiga bulan berlalu, hari ni adalah hari yang sangat bermakna buat Natasya dan Shafiq . Hari penyatuan cinta yang telah lama terjalin, akhirnya diakhiri dengan hubungan yang halal di sisi Tuhan .

Mia membaringkan kepalanya di dada Rizky sambil melihat wajah Rizky yang sedang nyenyak tidur. Dia tersenyum. Rizky tersedar dadanya terasa berat lalu membuka matanya dan melihat ke arah dadanya.

" Good Morning , Sweetie ! " ucap Rizky sambil mengusap rambut Mia. " Good Morning! " Mia mengukir senyuman lalu duduk bersila di tepi Rizky sambil menyanggulkan rambutnya yang terurai.

" Selamat Pagi anak ayah . Anak ayah sihat ? Anak ayah ni nakal tak kat dalam tu . Ada susah kan mama tak ? " Rizky mengusap lembut pula perut Mia yang mulai membesar. Mia tersenyum . Mia turut mengusap perutnya. " Anak ayah ni sihat . Dia tak nakal la ayah . Dia baik jee , tak susahkan mama dia pun la. " Mia membalas soalan Rizky mewakili anaknya.

Rizky tersengih . " Dah la . Jom kita siap . " kata Mia sambil mulai mengangkat punggungnya. Rizky mengerutkan keningnya. " Nak pergi mana ? " soal Rizky . Mia memandang Rizky.

" Ya allah ! Takkan dah lupa . Kan hari ni Natasya dengan Shafiq nak nikah . Ish , abang ni. " bebel Mia . Dia melangkah masuk ke bilik air selepas mengambil tuala di penyangkut baju.

" Oh ! " ujar Rizky . Dengan segera dia melangkah ke bilik air dan menahan pintu bilik air daripada tertutup . Mia membuka kembali untuk melihat . " Nak join sekali ? " ucapnya sambil melihatkan barisan giginya. Mia mencebik . Laju tangannya mencubit lengan suaminya .

" Ish , nakal! " Rizky mengaduh kesakitan . Dengan segera Mia menutup pintu bilik air tersebut .

Mia mengenakan gaun kembang berwarna ungu lembut bersama bawal manakala Rizky mengenakan pakaian simple iaitu kemeja dan seluar jean . Selesai menyembur wangian di badan, Rizky turun ke bawah untuk menghidupkan enjin kereta.

Mia mengekori dibelakang Rizky . Dia menuruni tangga dengan berhati-hati . Skirt gaunnya diangkat. Beg bimbitnya disangkut di tangan , iphone 6 miliknya dimasukkan ke dalam beg. Dia sempat mengemaskan tudungnya di cermin berdekatan dengan pintu rumah.

Selepas mengunci rumah , Mia masuk ke perut kenderaan . Dengan bacaan basmalah, Rizky memulakan perjalanannya.

Tepat jam 2:20 petang, Natasya telah pun sah menjadi isteri kepada Shafiq Arffendy. Jelas terpancar wajah kelegaan dan kegembiraan di wajah kedua-dua sahabat Mia itu.

Mia yang duduk di sebelah Natasya mendakap tubuh langsing kawan baiknya itu. " Tahniah, Tasya. " ucap Mia sambil meleraikan pelukannya . Natasya mengukir senyuman.

Shafiq yang segak mengenakan baju melayu moden berwarna biru laut menambahkan lagi kekacakan di wajah manakala Natasya yang anggun mengenakan gaun juga berwarna biru laut yang dihiasi dengan manik-manik serta solekan yang simple tetapi elegent.

Selepas acara akad nikah, Mia dan Rizky sempat berbual dengan Natasya dan Shafiq. Rizky turut mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Natasya dan Shafiq dari tadi tak menang tangan melayan tetamu yang datang ke majlis mereka. Rizky mengerling ke jam tangannya . Jam 4 petang .

" Mia , Jom balik . Dah jam empat ni . " bisik Rizky. Mia menoleh ke arah suaminya.
" Okey. Jap. " ucap Mia kembali . Rizky mengangguk.

Mia mendekati Natasya yang sedang berbual dengan Ibu mertuanya yang ingin berangkat pulang . " Natasya. Aku nak pulang dah ni. " ujar Mia. " Oh , okey. Thanks tau sudi datang. " kata Natasya. " No problem. Kan aku dah janji. " Mia mengukir senyuman.

" Oh ya , malam ni aku tak dapat datang tau. Tak larat la nak keluar malam. " ujar Mia lagi. " Oh takpe. Aku faham . Yang penting anak buah aku ni sihat. " kata Natasya sambil mengusap perut Mia.

" Esok insha allah , aku datang . Okey la . Aku pulang dulu . Bye . " Mia meninggalkan Natasya lalu mendekati Rizky. Rizky mengangkat punggungnya dan beriringan bersama Mia untuk ke kereta.

Dari sudut lain , seorang wanita yang berkebaya merenung tepat ke arah Rizky dan Mia yang beriringan pulang . Mukanya kelihatan kecewa dan marah . Hatinya meronta-ronta apabila melihat kebahagian yang dikecapi mereka . " Kau tunggu , Nur Miasarah Aisya . Kebahagian yang kau dapat sekarang takkan lama . Shahrizky tetap jadi milik aku ! " bisik hatinya dan berlalu pergi.

"Huarghh ! Penatnyaaa ! " Mia mengeliat sambil masuk ke dalam rumah lalu mengempas badannya di sofa. Rizky terhibur melihat telatah isterinya itu. Dia turut duduk di sebelah Mia. " Mia buatkan abang Hot Chocolate, boleh ? " Rizky meminta . Mia mengangguk lalu melangkah ke dapur.

Mia melangkah keluar dengan membawa secawan Hot Chocolate yang di minta oleh Rizky. Rizky menyambut . Mia duduk semula di sebelah Rizky selepas menghidupkan television . " Abang . " Mia memanggil . " Hmm . " jawab Rizky sambil menoleh ke arah Mia .

" Mia rasa nak makan Chicken Chop lah . Boleh tak abang belikan ? " pujuk Mia sambil membuat muka comel . " Hmm , alaa . Malas laa . Abang penat ni . " Rizky acah-acah penat untuk mengacau Mia.

Dengan serta-merta , riak wajah Mia berubah muram kerana hajatnya tidak ditepati . " hmm takpe lah . " baru sahaja Mia ingin mengangkat punggungnya namun tangannya ditarik lembut oleh Rizky.

Mia merenung mata Rizky dengan muka yang masam mencuka . " Nak pergi mana tu ? " Rizky bertanya. " Nak naik atas . Nak mandi. " Mia tunduk . Rizky tersenyum melihat isterinya merajuk.

Rizky mengangkat dagu Mia supaya mata Mia merenungnya . Rizky mengukir senyuman . " Mia nak Chicken Chop kan ? " tanya Rizky . " hmm , takdelah . " Mia menjawab ringkas . " Okeylah , kita pergi makan Chicken Chop malam ni , okey ? Abang acah je tadi tu . Dah jangan buat macam tu . Dah macam muka itik dah . " pujuk Rizky sambil mencuit hujung hidung Mia .

Muka Mia terus berubah gembira . Senyuman terukir semula di bibir Mia. " Okey . Ish , abang jahatt . " laju saja tangan Mia mencubit perut Rizky . Rizky mengadu . " Thank you , abang . Mia sayang abang. " Mia spontan memeluk Rizky.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now