Part 22

4.9K 180 2
                                    

Dalam perjalanan pulang, Mia masih terlelap di kerusi kereta. Aku memandu menuju ke rumah Papa. Aku mengerling ke arah Mia, jelas kelihatan keayuan wajah isterinya. Bulu mata Mia yang panjang membuat matanya menawan.

Aku tersenyum melihat Mia lena di sampingku. Sesampai di rumah, aku mengangkat Mia ke bilik. Aku tidak sanggup untuk membangunkan dia. Nasib baiklah Papa dan mama tiada di rumah , mereka keluar ke rumah kawan papa.

Aku membuka pintu bilik kami dan meletakkan Mia di atas. Aku tersedar wajah Mia pucat dan lesu. Aku tempatkan tanganku ke dahinya . " Ya Allah , panasnya ! " aku terkejut apa bila merasakan suhu badan Mia panas.

Aku terus turun ke bawah semula untuk mengambil ubat dan semangkuk air bersama tuala. Kelihatan peluh Mia berjatuhan dari dahinya, aku pun membuka tudung yang dipakai oleh Mia. Aku segera menempatkan tuala tersebut kedahinya untuk meredakan panas.

Mia terasa ada benda sejuk didahinya . Dia membuka mata lalu memegang dahinya . " Hmm ? Apa ni ? " soal Mia lemah. " Eh ? Mia dah bangun. Jangan lah kacau. Biarkan. Mia demam ni . Dah , Mia duduk dulu . Kita makan ubat. " pujukku sambil membantu Mia untuk bersandar.

" Eh ? Bukan Mia tadi kat kereta ke ? Kenapa tetiba Mia kat sini ? " Soal Mia kehairanan. Aku ketawa kecil . " Saya yang angkat Mia ke bilik. Tak sampai hati nak kejutkan Mia tadi. " jawabnya sambil mengambil ubat panadol untuk Mia.

Sebenarnya, sangat sukar untuk memujuk Mia makan ubat disebabkan dia seorang yang cerewet dan pantang dengan ubat sejak kecil lagi walau Mia sering jatuh sakit.

Namun selepas dipujuk , Mia akur dan mengikut arahanku. Aku membaringkan Mia semula. Aku menyelimutkan badannya agar badannya hangat.

Aku duduk di tepi katil sambil melihat wajah pucat Mia. Aku kesian melihatnya. Tentu pasal takut teramat dengan cerita tadi, dia jatuh sakit . Timbul rasa bersalah. Aku mengusap pipi mulus Mia. " Maafkan saya, Mia. Pasal saya, Mia sakit. " pintaku sedih melihat Mia demam.

------------

Walaupun aku sakit , namun kewajibanku sebagai seorang isteri harus aku laksanakan . Aku memaksa diriku untuk bangun pagi walaupun aku terasa badanku berat. Rizky masih terlelap dibuai mimpi. Aku mengukir senyuman apabila teringat Rizky semalaman menjagaku.

Aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk Rizky, mama dan papa. Aku membuat Mee gorang , roti bakar , seteko kopi dan secawan Milo panas. Aku meletakkan makanan tersebut di atas meja makan. Tak lupa jugak , jem berperisa strawberry,coklat dan kaya, aku sertakan bersama roti bakar.

Aku terasa kepalaku berpusing-pusing lalu aku mengambil tempat di sofa yang berada di ruang tamu. Aku berbaring dan terlelap .

-----------

Aku meraba-raba tempat tidur Mia . Aku membuka mata , dia tiada di tempat tidurnya . Mataku melilau mencari kelibatnya.

Aku terus bangun lalu mencarinya di bilik mandi namun hasilnya tetap sama. Hatiku resah. Aku terus turun ke dapur , tiada kedengaran orang yang sedang masak .

Tiba-tiba , mataku tertacap pada susuk tubuh yang amat aku kenali dia sedang berbaring di sofa . Aku mengukir senyuman. Hatiku lega melihat isteriku lena berbaring di atas sofa .

Aku mendekatinya , mataku terlihat sarapan terhidang di meja makan . " Mesti Mia yang hidangkan ni. " aku bermonolong . " Yaa allah ! Aku bersyukur kau telah kurniakan isteri yang amat sempurna bagiku. Dia tetap menjalankan tanggungjawabnya walaupun beliau sedang sakit. Sejujurnya , aku sudah mulai mencintainya dan aku mulai menyayangi dirinya. Aku berharap jodoh kami berkekalan. Kau bukakan hatinya untuk menerimaku di dalam hidupnya . Sesungguhnya, kau sahaja tahu hikmah di sebalik pernikahan ini. Amin . " pohonku sambil mengusap rambut Mia lalu aku hadiahkan dia sekucup ciuman di dahinya.

Dia JodohKuWhere stories live. Discover now