Hari ni adalah hari yang amat memenatkan. Selepas majlis akad nikah, majlis persandingan diadakan di Hotel Zenith Putrajaya. Badanku terasa sangat letih . Aku melepaskan penat di katil.
Kami membuat keputusan untuk terus mengambil beberapa buah bilik memandangkan hari sudah lewat malam. Rizky masih di dewan hotel melayan para tetamu yang masih ada di dewan tersebut. " Nasib baik lah Rizky still di dewan. Dapat juga aku berehat sekejap. " omelku sambil memejamkan mata.
Mama dan mummy pun sudah masuk bilik disebabkan kepenatan. Papa dan daddy masih di dewan. Tengah aku 'shiok' berbaring, aku terdengar pintu bilik dibuka
Automatik aku terus bangkit dan duduk di tepi katil. " Nasib baik aku belum buka tudung. " aku sempat mengomel." Assalamualaikum? " Rizky memberi salam sambil mendekatiku di katil. Aku berasa cemas. " Waalaikumsalam." jawabku ringkas. Aku menundukan kepalaku. Entah kenapa tiba-tiba aku berasa malu. " Mia dah mandi ke? " soalnya . Aku mengeleng lalu meminta diri untuk mandi.
Aku segera membuka baju lalu berendam di tab mandi. Sungguh menyelesakan setelah seharian melayan tetamu. Aku bermandikan air susu.
Selesai mandi, baru aku tersedar yang aku lupa membawa sekali baju salin . Aku mulai gelisah. Takkan lah nak keluar hanya dengan sehelai tuala. Aduhhh ! Aku ke hulu - ke hilir.
" Arh ? Biarkanlah . Dia bukan siapa - siapa jugak. Dia suami aku . " aku memujuk hatiku sendiri. Aku mengambil keputusan untuk keluar. Badanku hanya ditutupi dengan sehelai tuala yang hanya paras separuh peha.
Setelah setengah jam di tandas, aku pun keluar dari bilik mandi. Rizky yang sedang membelek telefonnya terus terhenti seketika apabila melihat keadaanku yang hanya ditutupi dengan sehelai tuala. Matanya membulat menbuatkanku tidak keruan.
Apabila dia tersedar yang aku malu dilihat sebegitu, dia memandang telefonnya semula . Aku terus mencari baju.
" Alamak ?! " jeritku dalam hati sambil memukul dahi. Rupanya aku terlupa membawa baju ganti untuk tidur di hotel. Aku sangkakan kami akan balik terus ke rumah.Aku hanya membawa pakaian dalam sahaja. Aku malu sendiri . Aku terus melihat Rizky yang sedang bersandar di katil " Rizkyy ? " aku memanggil . Lalu Rizky menoleh ke arahku . Aku tersengih . " Emm ? Kenapa ? " dia bertanya . " Pinjam baju awak. Mia lupa bawa bajulah . " kataku sambil tersengih.
Jelas kelihatan pipi aku yang merona merah kerana menahan malu . " Lahhh ? Tak payah lah pakai baju , tidur je tanpa baju " usiknya sambil gelak . Mataku membulat bila mendengar kata-katanya . Aku mencebik. Sejak bila pulak Rizky ni pandai menyakat aku .
Rizky ketawa melihatku . " Ehhh . betul-betullah . Cepatlah bagi baju . Sejuk nii ! " marahku . " Kejap . " Rizky melangkah ke begnya yang diletakkan dalam almari. Dia mengambil baju kemeja putih yang bersaiz besar disebabkan badan Rizky yang agak berisi.
Dia memberiku baju tersebut " Nah, Sorrylah ni je yang sempat saya bawa. " jelas Rizky sambil memberikanku baju tersebut. " Oh, takpa. Ni pun dah cukup. " aku menjawab sambil mengukir senyuman. Rizky masuk ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Aku berasa lega. Dapat juga aku pakai baju dengan selesa.
Aku segera memakai baju kemeja tersebut. Aku melangkah ke hadapan cermin. Hampir terkeluar biji mata aku bila melihat baju tersebut hanya menutup ke paras peha. Malahan lebih pendek daripada tuala tadi.
Sedang aku memikirkan soal baju tersebut, Rizky keluar dengan hanya tuala yang menutupinya dari pusat ke lutut . Aku tidak menoleh ke arahnya namun aku boleh nampak badanya yang berisi dan bidang itu melalu cermin. Rizky melihatku dari bawah ke atas. Aku berasa seram sejuk apabila melihat dia merenung ke arahku. Bukan apa, sudah lah singkat. Jarang pulak tu sehingga boleh nampak pakaian dalam yang aku pakai. Aku menoleh ke arahnya. " Hello ! Apa yang direnungkan tu . Dah lah. Pegi pakai baju. " marahku . Rizky tersedar lalu terus memakai baju.
Dia hanya memakai baju singlet berwarna hitam dan berseluar panjang . Aku segera ke katil. Aku cuba untuk melelapkan mata namun asyik memikirkan Rizky yang akan tidur disebelahku.
Aku merasakan seperti seseorang duduk di katil. Pastinya itu adalah Rizky . Aku menarik selimut hingga ke paras bahu. Rizky melihatku dalam keadaan gelisah dan tidak selesa.
" Mia okey tak ni ? " kata Rizky melihatku .
" Okey je lah . " jawabku .
" Ohh . Kalau Mia tak selesa saya tidur sebelah Mia, saya boleh tidur kat bawah ni . " Rizky menawarkan dirinya untuk tidur di lantai.
" Eh, Tak lah. Mia selesa. Rizky tidur lah sebelah Mia. Mia okey je lah ." jelasku terpaksa. Kesian juga bila aku tengok dia tidur kat bawah,mesti sakit badan. Dah lah penat seharian melayan tetamu.
Rizky pun berbaring di sebelahku. Dia sempat wish goodnight kepadaku dan melelapkan matanya. Aku pun terus terlelap bersama Rizky.
YOU ARE READING
Dia JodohKu
Romance"Dia Jodohku" Miasarah akur akan kehendak keluarganya untuk menjodohkan dia dengan anak sahabat kepada papanya . Lelaki yang dia sendiri tidak mengenal siapa dirinya sebenar . Dia tidak pernah menemui gerangan empunya badan . Namun dia hanya berhara...